Tuesday, November 29, 2011

Tiada Lagi - Amy Search

Saya diberitahu oleh seorang rakan yang Amy Search akan mengadakan Konsert Terbilang Borneo 2011 di Kuching pada 9 Disember nanti. Semestinya beliau akan pasti menyanyikan lagu fav saya, 'Tiada Lagi'..

Saturday, November 26, 2011

Salam Maal Hijrah 1433

Saya ingin mengucapkan Salam Maal Hijrah 1433 kepada para pengunjung blog ini. Setiap perubahan menuntut suatu penghijrahan. Semoga tahun baru ini mendatangkan kebaikan dan perubahan yang lebih baik kepada kita. Hidup lebih bermakna apabila ia dimanfaatkan sepenuhnya.

Rio Ferdinand

Sebagai seorang peminat setia pasukan Manchester United, sudah pastinya saya tidak senang dengan prestasi semasa pertahanan kental Rio Ferdinand. Masalah kecederaan telah menggoyahkan kedudukan beliau di kelab dan pasukan negara, England.

Kontraknya dijangka akan tamat pada musim 2012-13 dan terdapat ura-ura menyatakan beliau akan berpindah ke Chicago Fire. Walaupun Ferdinand telah diketepikan dari pasukan England untuk aksi kelayakan Euro 2012, dia masih mampu mencabar untuk mendapatkan tempat dalam kejohanan akhir musim panas depan.

Bekas bintang Leeds dan West Ham ini telah bergelut dengan kecederaan dan masalah tersebut sedikit sebanyak telah menjejaskan sedikit prestasinya di atas padang.

Come On Rio Ferdinand!!!

Wednesday, November 23, 2011

Kemenangan 'Penakut' Ditarik Balik

Saya mengikuti laman Twitter penyanyi Yuna. Dan beliau telah mengesahkan mengenai penarikan balik trofi Lagu Terbaik menerusi Penakut yang dimenanginya dalam Anugerah Industri Muzik (AIM) 18 baru-baru ini.

Berlaku kesilapan pada pemilihan pemenang bagi kategori itu sehingga Penakut dinobatkan sebagai lagu terbaik secara keseluruhan walaupun ia tidak memenangi dalam kategori Lagu Pop Terbaik pada anugerah itu.

Turut dilaporkan, anugerah itu akan diserahkan kepada komposer Edry Abdul Halim dan Anuar Zain menerusi lagu Sedetik Lebih yang memenangi dalam kategori Lagu Pop Terbaik.

Pada anugerah itu, Yuna menggondol tiga anugerah iaitu Persembahan Vokal Wanita Terbaik menerusi lagu (Penakut) dan Anugerah Kembara atas pencapaian cemerlangnya di Amerika Syarikat selain Lagu Terbaik (Penakut).


Tuesday, November 22, 2011

Tahniah Harimau Muda

Final Sukan Sea 2011 di Jakarta. Perlawanan yang cukup mendebarkan. Syukur alhamdulillah, pasukan Malaysia berjaya menewaskan pasukan tuan rumah Indonesia dalam sepakan penentuan sepakan penalti 4-3 selepas terikat 1-1 sepenuh masa tambahan.

Seperti sedia maklum, Stadium Gelora Bung Karno Senayan di Jakarta sememangnya tempat keramat bagi Indonesia. Difahamkan seramai hampir 80,000 peminat setia pasukan merah putih memberi sokongan padu kepada pasukan negara mereka. Berkat semangat tidak kenal erti penat lelah serta pengalaman beraksi di tempat yang lebih mencabar seolah-olah menjadi perangsang untuk pasukan Malaysia.

Malaysia ketinggalan seawal minit ke-5 melalui tandukan simple oleh pemain bek Indonesia, Gunawan. Pada minit ke 35, Asraruddin berjaya menyamakan kedudukan. 1-1 seterusnya kekal hingga ke sepakan penalti. Skipper Malaysia, akhirnya menjadi wira apabila menyempurnakan sepakan ke-5.

Tahniah sekali lagi Malaysia!!!..Kemenangan yang kedua berturut untuk pingat emas dalam acara bolasepak Sukan Sea.

"We are the Champions"..(Queen)






Sunday, November 20, 2011

Konsert Maher Zain

Nama Maher Zain memang tidak asing lagi di negara kita. Lagu-lagu dendangan beliau memang begitu popular sekali. Konsert beliau di Kuching pada 19 November yang lepas bukan sahaja menarik perhatian peminat dari Sarawak, bahkan juga dari Brunei, Indonesia dan tidak ketinggalan juga peminat Semenanjung yang sanggup terbang ke sini semata-mata untuk menonton konsert beliau.

Difahamkan jualan tiket beliau yang berharga Rm103, Rm 203, Rm303 dan tempat duduk VIP bagaikan pisang goreng panas larisnya. Hujan yang turun dengan lebatnya di sekitar bandaraya Kuching tidak menghalang mereka untuk ke Stadium Perpaduan (Indoor Stadium).

Persembahan yang bermula pada 8.15 malam dimulakan dengan artis jemputan Irfan Makki dan Mesut Kurtis yang menyanyikan sekurangnya 5 buah lagu masing-masing.

Selepas itu, barulah diikuti dengan persembahan Maher Zain yang dinantikan oleh peminatnya. Beliau telah menyanyikan seluruh lagu dalam albumnya termasuk yang mempunyai versi Bahasa Melayu untuk lagu Insha Allah.


Tiket Maher Zain

Walaupun konsep lagu beliau adalah dalam bentuk dakwah Islam, ia tidak menghalang segelintir penonton yang bukan Islam untuk turut sama hadir. Begitulah indahnya. Dengan izin Allah, ia dapat menyentuh hati-hati lain. Keikhlasan dalam melakukan kebaikan.


Penonton yang padat dan penuh


Saya memang terhibur dengan konsert beliau. Ditambah lagi dengan aksi dan celoteh pengacara dari Cats Fm yang begitu mencuit hati. Lebih-lebih juga, kebanyakan lagu dendangan beliau memang sudah sinonim dengan jiwa dan raga saya sendiri. Saya juga telah memiliki album CD beliau sejak tahun lepas lagi.

Penonton di bahagian utama, VIP


Terima kasih kepada pihak penganjur terutamanya Cats FM dan stesen tv rasmi, TV3 yang menjayakan konsert ini dengan berkesan sekali. Saya pasti semua yang hadir turut terhibur dengan penganjuran konsert ini.

Di akhir konsert dengan nyanyian 'Insha-Allah'

Thursday, November 17, 2011

Indonesia 0-1 Malaysia [SEA Games 2011]

Malaysia menewaskan pasukan tuan rumah Indonesia 1-0 dalam perlawanan terakhir peringkat kumpulan di temasya Sukan Sea malam ini. Dengan kemenangan ini, Malaysia menduduki tempat pertama kumpulan dan akan berentap dengan Myanmar pada peringkat separuh akhir sabtu ini..

Wednesday, November 16, 2011

Ada Apa Dengan Cinta

Negara jiran kita, Indonesia memang tak lekang dengan filem-filem hebat mereka. Saya masih ingat dengan satu filem yang saya gemari pada pertengahan tahun 2002, 'Ada Apa Dengan Cinta'. Antara pelakon nya adalah seperti Nicolas Saputra dan Dian Sastro. Ia berkisarkan kepada kisah percintaan di zaman persekolahan.

Soundtrack filem yang dipopularkan oleh Melly Goeslow juga sering menjadi siulan ketika itu. Bukan itu sahaja, bahkan terdapat lagu lain juga yang dimuatkan bersama. Selain itu, filem ini begitu indah dengan beberapa puisi yang sinonim dengan jalan ceritanya.


Tuesday, November 15, 2011

Jika - Melly feat Ari Lasso

Ketika memandu pagi semalam, tetiba satu stesen radio memainkan lagu ini. Memang agak lama sudah tidak mendengar nya. Ketika pertengahan tahun 2000, lagu ini memang begitu popular dan hits sekali.. one of my fav song too..:)

Saturday, November 12, 2011

Mr. Os

Jikalau anda menonton pertandingan Maharaja Lawak Mega, pasti tidak kering gusi ketawa dengan telatah Mr. Os bersama Abon dalam Kumpulan Osbon. Nampaknya, beliau telah kembali aktif dalam dunia hiburan tanahair sejak beberapa tahun tiada publisiti atau berita mengenainya.

Mr Os atau nama sebenarnya, Mohd Yusof Abdul Hamid merupakan seorang pelawak terkenal tanahair sekitar pertengahan tahun 1980-an. Pasti anda akan mengingati dengan sitcom bersiri Santan Berlada pada tahun 1984 yang mana beliau terkenal dengan watak Mr. Os. Antara filem lakonan Mr. Os yang terkenal adalah seperti Balik Kampung, Mr.Os, Keluarga 99, Boss, Cikgu Romantik.

Diharap beliau akan terus berkecimpung aktif dalam dunia hiburan tanahair. Secara tidak langsung ia akan mengekalkan popularitinya.

Thursday, November 10, 2011

Persembahan mantap skuad junior Malaysia

Petang kelmarin, saya hanya berkesempatan menyaksikan separuh masa kedua perlawanan antara pasukan negara dan pasukan Thailand dalam peringkat kumpulan maut Sukan Sea 2011 di Jakarta. Selepas persembahan yang hambar ketika bertemu dengan pasukan Singapura tempohari, corak yang berbeza pula ditayangkan oleh anak-anak buah Ong Kim Swee ini ketika menang 2-1 kelmarin. Gerakan pantas serta beberapa gerakan serangan yang kemas.

Begitu banyak peluang untuk menjaringkan gol disia-siakan oleh pasukan negara pada perlawanan tersebut. Ketumpulan bahagian serangan memang tidak dapat dinafikan lagi. Terima kasih diucapkan kepada penyerang gantian, Izzaq Faris Ramlan yang menjaringkan gol yang cantik dan mengelirukan penjaga gol Thailand pada minit ke 85.

Perlawanan seterusnya adalah bertemu dengan pasukan Kemboja pada hari ahad nanti. Nampaknya, jersi hitam kuning membawa tuah kepada pasukan Bawah-23 tahun negara ini. Teruskan perjuanganmu Harimau Muda!!!!

Wednesday, November 9, 2011

Kenalan 'laman sosial'

Ketika membaca satu berita utama di sebuah akhbar tempatan hari ini, rasa terkejut dan terkilan atas apa yang berlaku. Hanya berkenalan melalui 'laman sosial', sehingga membawa kepada penangkapan seorang gadis dari Sarawak di Australia akibat membawa bungkusan heroin.

Ini bukanlah kes yang asing bahkan sebelum ini, sudah banyak yang kita dengar mengenai modus operandi yang hampir serupa. Ada juga yang hanya melibatkan kemasukan wang ke dalam akaun 'teman siber' sehingga beratus-ratus ribu jumlahnya.

Kegiatan penipuan kiriman bungkusan dipercayai oleh sindiket warga Afrika semakin berleluasa ketika ini. Semakin ramai pengguna internet begitu mudah 'diperbodohkan' oleh sindiket tersebut melalui cinta siber. Sehingga sanggup menjadi 'keldai dadah'.

Oleh itu, sentiasalah berhati-hati dan tidak mudah percaya dengan kenalan 'laman sosial' kita.


Monday, November 7, 2011

Dept: No sign of unusual weather between now and March

Kebiasaannya, musim hujan di akhir tahun atau lebih dikenali sebagai 'Musim Tengkujuh" mula melanda pada ketika ini. Dengan keadaan waktu yang tidak menentu, diharap kita dapat bersedia lebih awal dengan hujan yang akan kerap turun. Kemungkinan, hujan yang lebat yang berpanjangan jika diiikuti dengan air pasang juga mungkin akan mendatangkan banjir di kawasan yang rendah. Kadangkala, cuaca yang panas pada awal paginya jangan disangka akan berpanjangan cerah hingga ke petang. Terutama ketika kita menjemur pakaian di luar rumah. Berwaspada selalu...

Berikut adalah petikan daripada The Star Online, 7/11/2011..:-


KUCHING: There is no indication to an unusual weather in Sarawak between now and middle of March, at least for now.

State Meteorological Department director Wong Teck Kiong said the east coast of the peninsula, Sabah and Sarawak were experiencing the northeast monsoon, which brings heavy rain to the coastal areas.

He said the monsoon season, which usually starts in early November would end in March.

He said the amount of rainfall was expected to increase between 20% and 40% in Peninsular Malaysia and Sabah and 20% in Sarawak.

“A few episodes of two to three days of continuous heavy rain are expected to occur in some parts of the state. If it happens, flood may occur, especially in the low-lying areas and where the drainage system is poor,” he told The Star yesterday.

He said the department would remain alert for any eventualities.

“We will monitor the weather pattern every day and if there is any indication of unusual weather phenomena, we will keep the public informed,” he said.

Sunday, November 6, 2011

Selamat Hari Raya Aidiladha

Saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada pengunjung-pengunjung blog saya yang beragama Islam. Aidiladha adalah berkaitan dengan konsep pengorbanan. Paling penting, pengorbanan haruslah kepada perkara yang mendatangkan kebaikan. Setiap manusia diduga dengan bermacam-macam ujian dalam hidup, tetapi ia menuntut pengorbanan diri mereka supaya redha dengan ujian Allah SWT itu...Insya-Allah..

Saturday, November 5, 2011

25 tahun kegemilangan Sir Fergie

Pada 6 November 1986, Alex Ferguson telah dilantik menjadi pengurus Manchester United menggantikan Ron Atkinson. Ketika itu, pasukan MU berada dalam kedudukan yang kritikal iaitu di tangga ke 19 diantara 22 kelompok di Liga lama Divisyen 1.

Tiada siapa yang menjangkakan beliau akan bertahan lama di kelab itu. Pada tahun 1990, beliau hampir dipecatkan kerana gagal untuk memenangi sebarang piala kejuaraan. Sehinggalah pada Final replay Piala FA 1990, MU memenangi kejuaraan sulungnya. Dari detik itu, bermulalah monopoli kejuaraan beliau selanjutnya.

Diikuti dengan menjuarai Piala Cup Winners (kejohanan Eropah yang telah dilupuskan) pada tahun 1991. Piala Liga (kini Carling Cup) pada 1992 dan Kejuaraan Liga Perdana pada tahun 1993. Sehingga ke detik ini, beliau telah menjuarai sebanyak 37 kejuaraan untuk pasukan Manchester United.

Detik paling manis adalah pada tahun 1999 ketika menjuarai 'Treble'. Sehingga beliau dinobatkan gelaran Sir oleh Queen Elizabeth 2. Dan kini ulangtahun ke 25 tahun, beliau telah mentranformasikan Manchester United menjadi kelab paling berjaya dalam sejarah bolasepak England.

Wednesday, November 2, 2011

November - Musim cuti sekolah

Anak kembar ku sentiasa happy selepas kembali dari sekolah

oh yeah...bulan November datang kembali. Hanya tinggal beberapa minggu saja lagi untuk musim persekolahan pada tahun 2011 ini akan berakhir. Tentunya, ada di kalangan ibu bapa sudah merancang untuk mengambil cuti yang panjang untuk bersama-sama anak-anak dan keluarga.

My twins...Adek dan Akak juga dijangka akan ke Kuching pada pertengahan bulan November ini. Selamat bercuti!!!

Sunday, October 30, 2011

Manchester United selamanya..

Saya tertarik dengan satu artikel/rencana dalam sebuah suratkhabar nasional pada hari ini. Semestinya berkaitan dengan pasukan pujaan saya, Manchester United...


Bola dan kejutan

Ada kejutan berkaitan sukan bola sepak yang menarik perhatian ramai peminat sukan negara ini.

Hujung minggu lalu, kekalahan 1-6 Manchester United (Man U) kepada Manchester City dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) menjadi perbualan ramai.

Man U yang dianggap kelab bola sepak terhebat dan mempunyai ramai penyokong di seluruh dunia termasuk Malaysia, bukan sahaja dikejutkan.

Malah pasukan itu dimalukan di gelanggang sendiri, Old Trafford, mencatatkan keputusan terburuk dalam tempoh 54 tahun.

Rata-rata peminat Man U sugul dan ada yang bagaikan tidak percaya. Tetapi bola bulat. Itulah yang selalu dikatakan betapa kejutan boleh menimpa ke atas pasukan yang lebih kuat dan favourite.

Awang bukanlah peminat Man U tetapi percaya pasukan itu mampu bangkit kerana mempunyai tradisi keunggulannya tersendiri. Kekalahan di tangan Manchester City bukan cerminan kepada keseluruhan prestasi Man U termasuk dalam EPL. Itu hanya satu perlawanan yang sekadar gagal meraih tiga mata. Tentang sejarah gemilang dan ego Man U terutama di Old Trafford yang telah dirobek oleh Manchester City, itu persoalan lain.





Sunday, October 16, 2011

Alleycats

Saya telah membeli CD album Alleycats untuk hiburan ketika memandu. 3 in 1 CD memang amat berbaloi sekiranya anda memang meminati kumpulan tersebut. Antara lagu hits yang menjadi kegemaran saya:-



Liverpool vs Manchester United 2011/2012

Timing yang begitu baik sekali untuk menyaksikan match di luar. Game bermula pada 7.45 malam...

Kali ini, MV kami diadakan di Damai Central, Santubong. Sebuah tempat rehat peranginan di tepi laut yang baru saja dibuka kepada orang ramai. Perlawanan yang melibatkan musuh tradisi Liverpool sememangnya dinantikan oleh peminat kedua-dua pasukan.

Kesudahan perlawanan dengan keputusan seri 1-1. Kepuasan terserlah di kalangan peminat MU.



Marzuki, Usop, saya dan Apiss

Sebelum perlawanan..

Ketika half time..kelihatan penyokong kedua pasukan

Friday, October 7, 2011

Alleycats : Senandung Semalam (HQ Audio)

Sekali sekala melayan lagu retro pun best juga terutama dari fav group Alleycats..

Tuesday, September 27, 2011

Last home game for Sarawak

Ketika saya mengupdate blog pada malam ini, kesemua 16 pasukan dalam Piala Malaysia sedang bertarung untuk perlawanan terakhir dalam kumpulan masing-masing.

Pada hari sabtu yang lepas, saya berkesempatan menonton perlawanan di antara Sarawak dan Felda United. Perlawanan home yang terakhir untuk pasukan negeri bagi musim ini. Kesudahannya dengan kemenangan sulung dan gol sulung pada rancah Piala Malaysia hasil jaringan Bobby Gonzalez. 1-0.

Kedua pasukan mula memasuki padang sebelum kick off.

Jumlah penonton yang datang ke Stadium Negeri amat mengecewakan. Berkemungkinan dengan faktor kekalahan 4 game berturut-turut pasukan Sarawak sebelum ini.

Scoreboard yang tidak berfungsi sepanjang perlawanan.

Lambaian terakhir pemain Sarawak kepada penyokong.

Bagi musim hadapan, semoga pasukan negeri Sarawak berjaya mengharungi cabaran sebenar kancah dalam Liga Super yang pasti lebih hebat dan mencabar. Ditambah lagi dengan penampilan 2 orang pemain import untuk musim hadapan.

Thursday, September 15, 2011

Selamat Hari Merdeka dan Hari Malaysia

Tarikh 16 September amat bermakna buat negara kerana pada tahun 1963 itu, 14 buah negeri di Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak bergabung membentuk Malaysia dan hari tersebut kini diisytiharkan sebagai Hari Malaysia.

Dan pada tahun ini, pada tarikh yang sama, ia bakal mencatat momen tersendiri apabila sambutan Hari Kemerdekaan ke-54 dan Hari Malaysia dirai serentak buat julung kalinya menjadikan edisi kemerdekaan kali ini sebagai sesuatu yang istimewa.

Tema pada tahun ini adalah '1Malaysia: Transformasi Berjaya, Rakyat Sejahtera'. Saya sebagai anak Malaysia mengucapkan Selamat Merdeka dan Selamat Hari Malaysia...!!!


Friday, September 9, 2011

KRU - APA SAJA UNTUK MU

Satu lagu hits ketika zaman remaja pertengahan 90-an dulu. Semestinya dari kumpulan KRU..

Tuesday, August 30, 2011

Selamat Hari Raya Aidlifitri


Hari Raya Aidilfitri tiba lagi. Ianya disambut menandakan kesyukuran umat Islam diatas kejayaan mereka melaksanakan fardhu puasa sepanjang bulan Ramadhan.

Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya kepada sanak saudara, sahabat taulan dan rakan-rakan yang meraikannya. Maaf zahir dan batin jika ada tersilap kata dan tingkah laku amnya.

Saturday, August 20, 2011

Malam Lailatul Qadar

Malam Lailatulqadar merupakan amalan yang sengaja dirahsiakan Allah SWT sebagai ujian kepada umat Islam dalam mencari rahmat dan kasih sayang-NYA. Malah, jika dihitung: seribu bulan adalah bersamaan 83 tahun dan 4 bulan, ini bermakna satu malam ini saja adalah lebih baik daripada seluruh umur seseorang.

Marilah sama-sama kita mengerjakan nya. Kadang-kadang mood raya seolah-olah sudah menenggelamkan pengertian ibadah puasa yang sebenarnya. Saya mempunyai beberapa rakan yang sanggup mengambil cuti 10 hari sebelum raya setiap tahun semata-mata untuk mengerjakan ibadah tambahan sebelum raya. Dan tidak pula mereka memanjangkan cuti ketika berhari raya..

Mudah-mudahan, dalam menghitung hari terakhir Ramadhan kita dapat bermuhasabah diri. Insya-Allah..

Saturday, August 13, 2011

Musim baru English Premier League 2011/2012

Selepas berehat selama 83 hari, musim baru English Premier League 2011/12 akan bermula malam ini. Seperti kebiasaannya, 20 pasukan akan berentap dengan tiga pasukan baru iaitu Queens Park Rangers, Norwich dan Swansea akan beradu tenaga dalam pertembungan kali ini.

Pasukan pilihan?. Semestinya saya memilih Manchester United untuk kekal menjadi juara kali ini. Jika dilihat dari prestasi semasa, musim baru ini mereka lebih hebat dan berpengalaman. Sebuah pasukan yang tidak mengenal erti kekalahan dan sentiasa mengejar kejuaraan.

Pasukan yang dijangka akan sentiasa mencabar ialah Chelsea, Liverpool dan Manchester City. Arsenal dan Tottenham pula mungkin tidak seberapa jika dibandingkan dengan 3 pasukan tersebut.



Selamat maju jaya kepada true die hard fan pasukan masing-masing. Nampaknya, kali ini kita akan 'berperang' lagi di wall facebook (FB)...hehehe..:)

Friday, August 12, 2011

London Riots 2011

Video yang memaparkan Muhammad Asyraf di serang disiarkan dengan meluas di laman web Youtube. Pelajar Malaysia yang mengambil jurusan Akaun atas tajaan MARA tersebut teruk dibelasah oleh sekumpulan 20 remaja dan kanak-kanak. Beliau difahamkan sedang berbasikal dengan seorang rakan di timur London 3 hari lalu untuk membeli juadah berbuka puasa apabila dibelasah.



Kejadian itu menggemparkan Britain sehinggakan Perdana Menteri Britain, David Cameron menyifatkan ia sebagai satu tanda-tanda keruntuhan moral dan akhlak masyarakat di Britain. Sebagai rakyat Malaysia, ketika menyaksikan video tersebut saya begitu sedih dan rasa marah dengan perkelakuan remaja Britain tersebut.

Keadaan di London sudah beransur pulih. Namun, ia telah menular ke Manchester, Birmingham dan Liverpool. Perlawanan pembukaan EPL untuk musim baru 2011/2012 pada penghujung minggu ini menyaksikan hanya satu yang tertunda iaitu Tottenham vs Everton di London.

Tuesday, August 9, 2011

Aizat-Pergi with lyric

Awal pagi tadi ketika menuju ke pejabat terdengar lagu ini, di sebuah stesen radio. Saya suka betul dengan liriknya. Begitu puitis dan meaningful sekali...

Sunday, August 7, 2011

Piala Perisai Komuniti (Community Shield) 2011

Malam ini pertembungan jiran setempat Manchester iaitu United dan City dalam Community Shield pastinya dinantikan oleh peminat kedua-dua pasukan. Perlawanan juara EPL dan juara Piala FA di Wembley bukan sekadar pemanas badan sebelum bermulanya musim baru minggu depan tapi dianggap sebagai perlawanan yang penting untuk kedua-dua pengurus pasukan.

Kali terakhir mereka bertemu di Community Shield yang dulunya dikenali sebagai Charity Shield ialah pada tahun 1956 yang dimenangi oleh MU dengan 1-0. City pada musim baru ini adalah pencabar utama untuk United dalam mempertahankan kejuaraan EPL yang lepas. Pemilik City telah berbelanja besar untuk memantapkan lagi pasukan. Namun, kewangan yang hebat bukan menjamin kegemilangan sesebuah pasukan.

Pada pengamatan saya, kerancakan pertembungan mereka dalam musim yang baru ini, 2011-2012 adalah sebagai ulangan kepada pertembungan jiran setempat Merseyside pada tahun 1980-an antara Liverpool dan Everton.

Sebagai peminat setia MU, semestinya saya mengharapkan kemenangan malam ini berpihak kepada mereka. GLORY, GLORY MAN UNITED!!!!

Saturday, August 6, 2011

Undian Piala Malaysia 2011

Petang semalam ketika membeli juadah berbuka puasa di Satok, saya menerima satu sms dari seorang rakan yang juga 'die hard core fan' bolasepak tempatan. "bro, petang tok pkl 6 ada live draw Msia Cup". Yeah, memang tepat sekali.

Majlis undian disiarkan secara live melalui Astro Arena yang julung kalinya diadakan di Stadium Bukit Jalil, KL. Dan juga buat pertama kalinya disaksikan sendiri oleh Menteri Belia dan Sukan.

Undian kali ini dibahagikan kepada 4 kumpulan. Dengan setiap kumpulan diwakili oleh pasukan top seedings Liga Super iaitu Kedah, Terengganu, Kelantan dan Selangor. Pasukan negeri Sarawak diundi bersama dengan pasukan Kelantan, Johor FC dan juga Felda United di Kumpulan C.

Pasukan Sarawak akan berentap di Stadium Negeri, Kuching. Difahamkan akan bermain pada sebelah malamnya setelah pihak kontraktor menyiapkan maintenance lampu limpah. Dengan kejayaan bolasepak negara di Piala AFF, sokongan yang semakin meningkat kepada pasukan negara serta persembahan yang mantap pasukan negeri Sarawak di Liga Perdana, saya pasti penonton akan membanjiri Stadium Negeri ketika saingan Piala Malaysia pada bulan September nanti.

SAYOT NGAP SAYOT!!!

Thursday, August 4, 2011

OGOS 2011


Pada hari ini genap 4 hari umat Islam menunaikan puasa di bulan Ramadhan dan tepat 4 hari juga kita berada di bulan Ogos 2011. Tidak merasa langsung, begitu cepat masa berlalu pergi. Sudah semestinya, sambutan perayaan Hari Raya pada penghujung bulan adalah bersamaan dengan sambutan Hari Kemerdekaan Negara yang ke -54.

Adek dan Akak pun bergembira di bulan Ramadhan..

Dan sebagai peminat setia bolasepak EPL, musim baru 2011/2012 sememangnya dinantikan. Pada penghujung minggu ini, perlawanan Piala Sumbangsih antara pasukan fav, MU menentang jiran setempat Man City. Pada 13 hb depan, bermulalah pembukaan EPL. Diharap MU dapat mempertahankan kejuaraan EPL dan terus menggandakan kemenangan kepada 20th pada penghujung musim nanti. Insya-Allah..


Sebelum mengundurkan diri, selamat berhibur dengan kumpulan lama dari Manchester iaitu Herman's Hermit dengan lagunya My Sentimental Friend..

Sunday, July 31, 2011

Selamat Berpuasa


Ahlan wa sahlan Ramadhan. Ramadhan datang lagi dengan ribuan peluang untuk meraih kebaikan dan keberkatan. Saya dengan ini mengucapkan Selamat Berpuasa dan mengerjakan segala ibadat di bulan ini kepada yang beragama Islam.

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: " Apabila bulan Ramadhan tiba, pintu-pintu syurga dibuka, sedangkan pintu-pintu neraka ditutup dan syaitan pun dibelenggu". (Riwayat Bukhari dan Muslim).

Monday, July 18, 2011

Aizat Borneo Tour 2011 - Sungai Lui.m4v

One of my favourite song from Aizat (Sungai Lui). Sewaktu konsert di Stadium Perpaduan, Kuching sabtu yang lepas. Tak tengok pun. Pasal ada live Malaysia vs Liverpool pada petang tersebut. Berdasarkan pengamatan dari kawan-kawan yang pergi ke konsert itu, ramai yang berpuas hati..

Friday, July 15, 2011

How are you doing today??

has not updated my blog for a long while...gago (dalam bahasa Sarawak).sudah semestinya..apa-apa pun, sempat membaca suratkhabar dan membaca news online. kalau sehari tak baca, memang outdated lah dikatakan..

berbagai isu dalam dan luar negara berlaku dalam seminggu ini. sudah tentunya peristiwa yang berlaku di KL pada 9 July yang lepas. tak usahlah nak saya perkatakan disini. Kita semua sudah sedia maklum. Beberapa kes mahkamah turut menarik perhatian saya yang membabitkan Datuk Sosilawati dan kes Ahmad Sarbaini. dan bagaimana pula dengan Perdana Menteri-elect Thailand wanita pertama Yingluck?..

isu sukan, hangat mengenai Liga M pada tahun hadapan. Tahniah untuk pasukan Sarawak. Memang telah disahkan menyertai Liga Super untuk musim hadapan. Dan penampilan 2 orang pemain import akan merancakkan lagi pesta Liga M tahun 2012..Untuk peminat Arsenal, liverpool dan Chelsea, memang bergembira dengan kedatangan pasukan pujaan ke Malaysia..:))

Friday, July 8, 2011

Senyum....Smile...SAYCHESSSSSS!!

"Smile an everlasting smile, a smile can bring you near to me. Don't ever let me find you down, cause that would bring a tear to me..." Begitulah lirik lagu Words dari kumpulan Bee Gees..

Seperti gambar di sebelah, anak kembar saya begitu manis dan cute sekali dengan senyuman mereka. :)..Aksi spontan Akak dan Adek ketika diambil gambar.. Senyuman kanak-kanak adalah yang paling tulus kerana jiwa mereka yang ceria.

Kali ini, saya nak berbicara berkaitan dengan SENYUM. Banyak cerita tentang senyum. Dan banyak gaya orang tersenyum. Ada yang senyum tawar tidak kurang juga yang senyum pahit. Namun cubalah kita senyum seikhlas yang mungkin. Malah dalam Islam, memberi senyuman kepada orang lain juga sudah dianggap sebagai sedekah.

Menurut pakar, kita hanya boleh tersenyum jika hati gembira dan senyuman tidak boleh terbuat-buat kerana ia akan mempamerkan kepura-puraan.

Senyuman yang paling tulus akan berakhir dalam tempoh 7 saat. Itulah yang dikatakan senyuman yang bermakna, bersih, suci, ikhlas dan jujur. Senyuman adalah terapi minda untuk memulakan hari yang baik. Senyum bukan saja dilemparkan hanya untuk orang lain tetapi mulakan senyuman pada diri sendiri untuk menjadi positif.

Antara lelaki dan perempuan, siapa yang paling banyak tersenyum? Jawabnya, perempuan. Itulah hasil yang diperolehi dari kajian yang dilakukan oleh Keltner, bahawa perempuan lebih banyak tersenyum ketika berada di tempat awam. Analisis itu juga berjaya mengesan bahawa perempuan yang banyak senyum dan gembira semasa zaman belajarnya akan mempunyai kehidupan yang gembira di alam pekerjaannya.

Senyuman dan ketawa adalah rawatan untuk orang yang susah hati dan stress. Stress dan susah hati hanya bersifat sementara. Ia hanya boleh dirawat dengan mendekatkan hati diri dengan Yang Maha Esa, bersyukur, bersabar dengan musibah. Redha dengan ujian, kita akan kembali ceria..

Tuesday, June 28, 2011

David de Gea Manchester United No 1

David de Gea is set to complete his £18.3 million transfer from Atl├ętico Madrid to Manchester United

Sunday, June 19, 2011

Selamat Hari Bapa


Setiap tahun hari Ahad pada minggu ke 3 di bulan Jun, kita akan meraikan Hari Bapa. Saya dengan ini mengucapkan kepada Bapa, Ayah, Daddy, Babah semua SELAMAT HARI BAPA. Be proud of yourself..

Monday, June 13, 2011

KL Gangster


Minggu lepas, saya berkesempatan menonton sebuah lagi Movie tempatan arahan Syamsul Yusof iaitu KL Gangster. Bagi saya, ia adalah filem aksi yang terbaik untuk tahun ini. Lakonan, aksi dan jalan cerita nya begitu hebat sekali. Seolah-olah menonton filem luar negara.

Apa yang melucukan ialah Zizan Raja Lawak turut juga terlibat dalam filem tersebut. Sedikit sebanyak dapat meredakan ketegangan dengan aksi 'gangster' yang lain.

Antara pelakon lain ialah heronya Aaron Aziz, Syamsul sendiri, Adi Putra, Shoffi Jikan dan banyak lagi.



Jangan ketinggalan untuk menyaksikan filem ini di pawagam terdekat. Hanya memakan masa selama satu setengah jam.

Manchester United new center back - Welcome Phil Jones !!!

Phil Jones is United's first signing of summer 2011 after the Reds successfully negotiated a transfer with Blackburn Rovers. TAHNIAH MU!!

Sunday, June 12, 2011

Final Piala FA 2011..


Perlawanan malam tadi, mengingatkan saya kepada Final Champions League 1999 antara MU dan Bayern Munich. Jaringan Sheringham dan Solskjaer di saat akhir.

Saya hanya kesempatan menyaksikan Final Piala FA 2011 antara Terengganu dan Kelantan di permulaan separuh masa kedua. Kedudukan ketika itu masih 0-0. Nasib baik belum ada jaringan lagi. Apa pun, tahniah diucapkan kepada pasukan hitam putih Terengganu yang tidak kenal erti putus asa mengalahkan The Red Warriors, Kelantan. 2-1.

Comeback pada saat-saat terakhir permainan. Nak dikatakan classic, tidak juga. Tapi saya memang terhibur dengan perlawanan tersebut...


Wednesday, June 8, 2011

MU perlukan Wesley Sneijder


Selaku peminat setia MU, saya rasakan Wesley Sneijder adalah pemain yang perlu berada di Old Trafford untuk musim baru 2011/2012 ini. Pemain yang amat baik sekali untuk menggantikan Paul Scholes sebagai jeneral midfield MU yang baru.

Difahamkan Sir Fergie masih menimbang untuk mendapatkan pemain Spurs, Luka Modric juga. Menurut satu sumber, Sir Fergie berhasrat besar membawa pemain midfield Piala Dunia Holland itu dengan harga 25 juta pounds untuk keluar dari San Siro. Di akhir musim yang lepas, beliau banyak diketepikan oleh jurulatih Inter, Leonardo dan hanya diletakkan di bangku simpanan.

Seandainya Sneijder berhijrah ke MU, yang pasti gelaran ke 20 EPL pasti dalam genggaman!!!

Sunday, June 5, 2011

Nur Kasih The Movie


Saya amat meminati filem cinta yang berkonsepkan Islamik. Antaranya seperti Ayat-Ayat Cinta dan Ketika Cinta Bertasbih. Tidak dinafikan filem ciptaan negara jiran kita ini berjaya mencetuskan fenomena dan tarikannya tersendiri.

Baru-baru ini, saya telah menonton sebuah filem tempatan yang tidak asing lagi iaitu 'Nur Kasih The Movie'. Filem ini sebenar nya ialah kesinambungan dari dasar cerita yang sudah diwujudkan dalam drama 26 episod di TV3 sekitar tahun 2009. Dianggarkan sekitar 19 juta jumlah penonton telah menyaksikan drama tersebut.

Tidak hairanlah filem lakonan antaranya, Tiz Zaqyah (Nur Amina), Fizz Fairuz (Aidil) dan Remy Isyak(Adam) dinantikan oleh peminat Nur Kasih. Bezanya antara drama Nur Kasih dan NKTM, semua watak berkembang dalam tempoh 6 bulan dengan masing-masing membawa duka lara tersendiri.

NKTM hanya memakan masa selama sejam 35 minit. Terlalu banyak yang ingin diceritakan dalam waktu yang singkat sehingga penonton tidak sempat merasa kesannya.

Antara yang adegan 'saspens' bagi saya adalah di tanah perkuburan sehinggakan bejaya mengundang resah dan sebak penonton hingga tertanya-tanya siapakah yang mati adakah Aidil, Adam atau Nur Amina.

Sekalipun bukan ketiga-tiga watak mereka yang mati, tetapi mengapa watak Adam dimatikan begitu sahaja di akhir pengakhiran cerita nya. Bagi saya, dengan kematian Adam mungkin akan berakhirlah kisah Nur Kasih ini.

Jika anda belum lagi menonton filem ini..JOM ke panggung wayang yang terdekat!!

Wednesday, June 1, 2011

Tuesday, May 31, 2011

Selamat Hari Gawai!!!


Di Sarawak, pada 1 & 2 June setiap tahun diisytiharkan sebagai cuti umum untuk sambutan perayaan rasmi Hari Gawai Dayak. Satu perayaan yang disambut oleh beberapa etnik seperti Iban, Bidayuh dan Orang Ulu. Perayaan tersebut disambut sebagai hari kesyukuran selepas musim menuai.

Seperti juga beberapa perayaan yang lain di Malaysia sambutannya begitu meriah sekali. Konsep kunjung mengunjung (ngabang) turut diadakan pada perayaan ini.

Selamat Hari Gawai!!!!

Sunday, May 29, 2011

Penutupan Musim 2010-2011...

Bolasepak musim 2010-2011 telah pun melabuhkan tirainya. Awal pagi tadi sempena perlawanan akhir Liga Juara Eropah, penyokong-penyokong Manchester United di sekitar Kuching telah mengadakan satu gathering di Kompleks Yayasan Sarawak, Semariang.
Sambutan yang diberikan amat menggalakkan. Kira-kira hampir 60 orang telah menghadiri perjumpaan tersebut. Ada juga sebilangan kecil penyokong setia Barcelona turut hadir dijemput untuk memeriahkan lagi suasana. Difahamkan mereka adalah penyokong tulen dan bukannya dari penyokong mana-mana kelab EPL yang lain.
Berbagai aktiviti sampingan telah dijalankan sebelum perlawanan seperti permainan ping pong dan karom. Perjumpaan sedikit sebanyak dapat merapatkan tali silaturahim antara penyokong setia MU. Saya juga sempat beramah mesra dan berkenalan dengan senior yang true die hard fan..:))

Walaupun keputusan perlawanan yang agak mendukacitakan bagi MU, tetapi syabas dan terima kasih kepada pihak penganjur terutama kepada Hj Fuad, Bakhtiar, Augustine, Andy Yeo dan Adzlie dari pihak Yayasan Sarawak sendiri kerana berkerjasama dalam menganjurkan event tersebut..

GLORY, GLORY MAN UNITED!!!!!

Wednesday, May 25, 2011

Harga 3 bahan api dikekalkan


Alhamdulillah, harga petrol RON95, diesel dan Petroleum Gas Cecair (LPG) kekal buat masa ini. Ini bermakna kerajaan telah mengekalkan subsidi untuk ketiga-tiga bahan api tersebut.

Difahamkan, kerajaan telah mengambil kira kepentingan rakyat. Bayangkan lah sekiranya pengurangan subsidi berlaku, pada keesokan hari nya pasti harga barangan akan naik juga.

Dalam beberapa hari ini, pelbagai spekulasi dan rumuors kedengaran mengenai pengurangan subsidi itu. Harga petrol RON95 ketika ini adalah RM1.90 seliter dan diesel RM1.80 seliter. Harga LPG pula adalah RM1.80 seKG.

Terima kasih bapa Dafi!!

Tuesday, May 24, 2011

Tahniah Sarawak!!


Petang semalam, pasukan bolasepak negeri Sarawak mengesahkan kedudukan sebagai naib juara Liga Perdana 2011 selepas mengalahkan USM FC 4-1. Saya tidak berkesempatan untuk singgah ke Stadium Negeri disebabkan kesibukan dengan urusan yang lain.

Namun, difahamkan nasib mereka untuk mengiringi PKNS ke saingan Liga Super musim depan bergantung kepada cadangan format baru musim depan yang belum diputuskan oleh FAM. Ini kerana pihak Jawatankuasa MSL bercadang untuk mengurangkan aksi pasukan dalam Liga Super daripada 14 kepada 12 pasukan musim depan.

Apapun keputusan nya, tahniah diucapkan kepada pihak pengurusan, staf dan pemain bolasepak negeri atas kejayaan tersebut. Semoga terus gemilang untuk aksi yang lebih mencabar dalam saingan Piala Malaysia nanti.



Monday, May 23, 2011

19th League Title

Manchester United have got their hands on the Premier League trophy after the final day of the season. 19th league title that puts them above their great rivals, Liverpool. Congrats to all MU die hard supporters!!!..GLORY..GLORY MAN UNITED!!

Friday, May 20, 2011

Jom ke Serikin..

Ketika cuti umum 1 Mei yang lalu, saya berkesempatan ke SERIKIN, pekan kecil yang terletak di sempadan Malaysia-Indonesia di pulau Borneo, sememangnya tidak asing dan menjadi tumpuan kepada mereka yang suka membeli-belah terutama di kalangan pembeli dari Semenanjung.

Terletak di daerah Bau dan tidak jauh dari Tasik Biru dan gua Fairy, pekan kecil ini hanya mengambil masa kira-kira 45 minit perjalanan dari bandar Kuching. Tetapi, masa yang diambil untuk perjalanan ketika itu hampir mengambil masa 2 jam disebabkan oleh kesesakan yang luar biasa sempena cuti umum yang panjang.

Di kiri dan kanan jalan menuju Serikin, terbentang luas tanah yang masih kosong dan dilitupi rimbunan hijau yang meninggi diselang-seli sesekali, rumah penduduk tempatan yang kebanyakannya orang Iban dan Bidayuh.

Di Serikin, matahari berdiri tegak di atas kepala lebih awal berbanding tempat lain di Sarawak berikutan kedudukannya yang hampir dengan garisan Khatulistiwa.

Walaupun keterikan matahari sesuatu fenomena yang diketahui ramai, namun ia tidak menjadi halangan kepada pengunjung untuk meneruskan hasrat menjamu mata atau membeli-belah di deretan gerai sepanjang hampir dua kilometer itu.

Air botol mineral dan tin coca cola memang banyak telah habis diminum oleh saya. Anak-anak pun hanya kesempatan menunggu dan berteduh di sebalik gerai-gerai berhampiran.



Antara barangan yang menarik perhatian ialah seperti kristal, hiasan kaca atau gelas dan balang kuih, yang tidak mahal harganya. Terdapat juga barangan yang diperbuat daripada kayu seperti mainan/hiasan, gitar.

Ketika saya hendak meninggalkan kawasan yang dikenali oleh deretan gerai jualannya yang banyak ini, beberapa buah bas telah pun kelihatan di tempat letak kenderaan. Ramai sudah tiba untuk mengunjungi Serikin walaupun matahari sudah terik di atas kepala.

Blaus kain bercorak kotak boleh dibeli pada harga RM50 untuk dua helai. Harga seluar 'jeans' turut boleh ditawar, sehelai yang bersaiz dewasa diletakkan harga RM120 tetapi kemudian ia boleh dibeli pada harga RM70.

Selain itu ada yang lebih menarik di sini iaitu penjualan ketuhar gas jenis kekotak yang boleh diletakkan di atas meja.

Tidak kurang juga ada yang menjual telur penyu; satu barang larangan memandangkan telur penyu tidak dibenarkan penjualannya malah ia dilindungi, secara sembunyi-sembunyi. Tetiba anda akan disapa oleh penjual tertentu menanyakan berkaitan dengan telur tersebut..:))