Thursday, February 28, 2013

Itulah Sayang


Tepat jam 12 malam ini, kita sudah berada di bulan Mac. Begitu cepat masa berlalu pergi pada tahun 2013. 2 bulan pertama memang tidak berasa. Diharap bulan-bulan yang mendatang mendatangkan kebaikan dan keberkahan untuk kita semua.

oh ya..hampir terlupa, saja nak kongsikan lagu 'Itulah Sayang' dendangan The Ramlees. Sejak kebelakangan ini, sering mendengar lagu tersebut di corong radio..:)

Saturday, February 9, 2013

Everton, Real Madrid & Reading

Jersi terkumpul musim ini
Tempoh seminggu ini, Manchester United akan bertarung di 3 perlawanan dalam 3 kejohanan utama yang direbuti nya iaitu EPL, Champions League dan FA Cup. Lawan nya pula adalah Everton, Real Madrid dan Reading. Nampak agak mendebarkan memandangkan Sir Ferguson sememangnya mengambil serius ketiga-tiga kejohanan tersebut. 

Rekod pertemuan dengan Everton sejak kebelakangan ini tidak begitu baik. Saya masih ingat kembali pertembungan musim lepas di Old Trafford. United mendahului 4-2 pada satu ketika dan akhirnya akur seri 4-4 dengan Everton. Sir Ferguson mengganggap keputusan tersebut lah yang menidakkan harapan United dari kejuaraan liga yang ke 20. Selain itu, perlawanan pertama EPL di Goodison Park pada bulan Ogos yang lepas, United juga tewas 0-1. Bagaimanakah keputusan di OT pada tengah malam Ahad nanti? Sama-sama kita nantikan.

Selepas itu, pertembungan pusingan kedua perlawanan pertama Champions League dengan Real Madrid di Bernabeu pada awal pagi khamis nanti semestinya di nantikan peminat bolasepak umumnya. Pertemuan pertama bekas pemain United, Ronaldo bersama bekas majikan nya. United pasti ingin memenangi kedua-dua perlawanan ini. Perlawanan kedua di Old Trafford dijangka pada 6 Mac nanti.

Jika dilihat jarak 4 hari diantara perlawanan EPL dan Champions League, mengikut perkiraan saya, sudah tentu Sir Ferguson akan melakukan 'rotation duty' kepada pemain nya. Dengan kelompok kumpulan pemain yang banyak, tidak ada masalah bagi Sir Ferguson. 

Selepas itu, perlawanan FA Cup pusingan ke 5 dengan Reading di Old Trafford pada hujung minggu yang tidak kurang penting nya juga. Kali terakhir United memenangi piala domestik ini pada tahun 2004. Semoga berjaya untuk pasukan pujaan ku, Manchester United!!..

SELAMAT TAHUN BARU CINA


Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina kepada mereka yang meraikan perayaan tersebut. Selamat bercuti panjang bersama keluarga dan rakan-rakan tersayang semua. GONG XI FAT CHAI..!!