Monday, July 2, 2012

Spain Juara Euro2012

Kejohanan Euro 2012 melabuhkan tirainya pagi tadi. Penyandang juara, Spain sekali lagi mempertahankan kejuaraan apabila menewaskan Italy 4-0 dalam perlawanan akhir yang berat sebelah. Spain yang terkenal dengan corak permainan hantaran 'Tiki Taka' nya mendahului 2-0 pada babak pertama melalui pemain David Silva dan Jordi Alba. Kemudian, terus melebarkan jurang jaringan pada babak kedua menerusi pemain gantian dari kelab Chelsea iaitu Torres dan Mata.

Percaturan jurulatih Italy, Prandelli dengan menggunakan kesemua 3 pemain simpanan nya pada awal 11 minit babak kedua mengundang padah apabila pemain gantian yang hanya baru 5 minit dimasukkan, Antonio Di Natale mengalami kecederaan hamstring dan dikeluarkan. Spain mengambil kesempatan ke atas kekurangan pemain Italy dengan menguasai permainan sehingga tamat wisel.

Spain mencatat sejarah sebagai pasukan pertama memenangi 3 kejuaraan utama berturutan iaitu pada Euro 2008, Piala Dunia 2010 dan Euro2012. Tahniah diucapkan. Kecemerlangan Spain ini seharusnya menjadi insipirasi kepada pasukan yang lain.