Wednesday, March 28, 2012

Berakit rakit ke hulu.....

Pepatah orang Melayu ada berbunyi " Berakit Rakit Ke Hulu, Berenang Renang Ke Tepian, Bersakit Sakit Dahulu, Bersenang Senang Kemudian "..it's not easy to catch success..we need to go through so many obstacles to be perfect. Yang penting kita berusaha bersama as You Are Not Alone..









Sunday, March 25, 2012

Sarawak vs Malaysia

Lebih kurang 2 jam sebelum sepak mula antara Sarawak dan Malaysia, hujan turun dengan lebatnya di sekitar Bandaraya Kuching. Itu tidak menghalang sebilangan besar penyokong setia pasukan Ngap Sayot untuk bertandang ke Stadium Negeri menyaksikan perlawanan persahabatan tersebut.

Pasukan negara yang diturunkan bukanlah pasukan terkuat. Ianya lebih kepada perlawanan eksperimen oleh Datuk K Rajagopal untuk memilih pemain yang akan diserapkan untuk persiapan Piala AFF 2012. Kebanyakan pemain utama negara beraksi untuk pasukan negeri masing-masing dalam suku akhir Piala FA. Antara yang turut tersenarai malam tadi adalah pemain dari Sarawak yang beraksi untuk ATM iaitu Venice Elphy.

Bagi Robert Alberts, perlawanan tersebut digunakan dengan menurunkan kesebelasan terbaik termasuk pemain baru yang diuji iaitu Joel Epalle dari Cameroon. Beliau telah menjaringkan gol penyamaan untuk Sarawak. Sementara bagi Vedran Muratovic, aksinya sebagai pemain gantian malam tadi berkemungkinan yang terakhir untuknya bersama pasukan Sarawak.

Tidak banyak yang dapat diperkatakan dengan perlawanan persahabatan tersebut. Selepas banyak pertukaran pemain pada separuh masa kedua, ia sedikit sebanyak mengubah tempo permainan kedua-dua pasukan. Walaupun sekadar seri 1-1, semestinya keputusan yang adil untuk kedua belah pihak...

Monday, March 12, 2012

Peter Barnes

Jikalau anda peminat setia bolasepak English Premier League (EPL), sudah semestinya selalu melihat seorang jurupundit di Astro iaitu Peter Barnes. Biasanya beliau akan bersiaran untuk perlawanan secara langsung ataupun untuk program Four Four Two di AstroSuperSports.

Ketika hanya tinggal 10 baki perlawanan EPL, pertembungan takhta liga antara 2 pasukan dari Manchester iaitu United dan City semestinya berhubung kait dengan beliau juga. Peter Barnes telah bermain untuk kedua-dua kelab iaitu pada tahun 1974-1979 dan 1987-1988 bersama City. Manakala, bersama United pada tahun 1985-1987. Yang menariknya, beliau juga sempat di bawah kendalian Sir Alex Ferguson seketika.

Selain itu, beliau juga telah bermain untuk pasukan kebangsaan England antara tempoh 1977-1982. Bermain di posisi penyerang sepanjang kariernya, beliau juga telah bermain untuk kelab-kelab seperti West Brom, Leeds United, Sunderland dan pernah bersama dengan sebuah kelab dari Sepanyol iaitu Real Betis untuk semusim.


Wednesday, March 7, 2012

Don't Look Back In Anger

Mungkin di zaman remaja suatu ketika dahulu anda mempunyai lagu kegemaran masing-masing. Bagi saya, lagu ini adalah salah satu dari nya. Kalau tak silap hits sekitar tahun 1996.

Sunday, March 4, 2012

Pengalaman Manchester United

Malam tadi, saya menyaksikan aksi pasukan lawan Liverpool bertemu dengan Arsenal. Nampaknya pasukan tuan rumah tidak dapat menggunakan sepenuhnya kelebihan bermain di gelanggang sendiri apabila tewas 1-2 hasil jaringan 2 gol oleh Robbie Van Persie. Walaupun pada satu ketika mendahului lawan hasil jaringan sendiri oleh pertahanan Arsenal, Szczesny.

Keputusan lain menyaksikan City menjarakkan pendahuluan dengan kemenangan ke atas Bolton 2-0. Sementara Chelsea terus dirundung malang apabila tewas kepada West Brom 1-0. Mungkinkah akan berakhir pengurusan Andre Villas-Boas di Chelsea?

Champ19ns Team!!!

Sementara itu pasukan pujaan, Manchester United akan berkunjung ke White Hart Lane. Difahamkan pasukan Spurs akan turun tanpa tonggak seperti Gareth Bale yang masih mengalami hamstring injury, Scott Parker yang menjalani penggantungan kad merah ketika bertemu dengan Arsenal minggu yang lepas.

Sir Fergie menganggap pertembungan ini sebagai titik tolak kepada usaha MU untuk mempertahankan kejuaraan EPL yang dimenangi musim lepas. Kebanyakan pemain MU terlibat dengan international friendly pada pertengahan minggu.

Hernandez beraksi pada lewat Khamis ketika Mexico tewas 0-2 kepada Columbia di USA. Danny Welbeck bermain hampir sepenuh masa ketika England tewas kepada Holland 2-3. Begitu juga dengan Ashley Young. Sementara Nani bermain 80 minit bersama Portugal. Johnny Evans beraksi bersama Ireland. Nampaknya Sir Fergie harus melihat kepada kecergasan pemain-pemain ini sebelum memikirkan kepada kesebelasan utama yang bakal diturunkan.

Perkabaran yang menggembirakan ialah Wayne Rooney dijangka akan diturunkan pada perlawanan ini. Semestinya pengalaman MU pada musim sebelum ini amat berguna dalam mengharungi saki baki EPL ini.

Saturday, March 3, 2012

Entri Mac 2012..

Kita sudah memasuki bulan ke 3 dalam tahun 2012. Tidak merasa begitu pantas masa berlalu pergi. Bagaikan baru semalam meraikan ketibaan tahun baru. Pernah terlintas di hati sanubari saya, andai kata kita dapat kembali pada masa yang lampau pasti ramai yang berebut-rebut untuk ke singgahsana juga.

Hidup ini kadangkala tidak seperti yang kita rencanakan. Terlalu banyak cabaran dan ranjau yang terpaksa dilalui. Yang kita sendiri tidak pernah tahu. Sebuah hakikat yang kita perlu ketahui, hidup ini adalah rahmat dari-NYA. Memberi kita mengecapi segala kenikmatan. Memberi kita merasai betapa lelahnya perjuangan.

Saya sering membaca luahan rakan-rakan di Facebook dan Twitter mengenai permasalahan harian. Yang pasti, sama-samalah kita mencari hakikat sebuah kehidupan. Jadikan yang lalu sejarah dan panduan. Yang bakal datang sebagai bekalan dan persediaan untuk bertemu Yang Maha Esa..