Monday, March 12, 2012

Peter Barnes

Jikalau anda peminat setia bolasepak English Premier League (EPL), sudah semestinya selalu melihat seorang jurupundit di Astro iaitu Peter Barnes. Biasanya beliau akan bersiaran untuk perlawanan secara langsung ataupun untuk program Four Four Two di AstroSuperSports.

Ketika hanya tinggal 10 baki perlawanan EPL, pertembungan takhta liga antara 2 pasukan dari Manchester iaitu United dan City semestinya berhubung kait dengan beliau juga. Peter Barnes telah bermain untuk kedua-dua kelab iaitu pada tahun 1974-1979 dan 1987-1988 bersama City. Manakala, bersama United pada tahun 1985-1987. Yang menariknya, beliau juga sempat di bawah kendalian Sir Alex Ferguson seketika.

Selain itu, beliau juga telah bermain untuk pasukan kebangsaan England antara tempoh 1977-1982. Bermain di posisi penyerang sepanjang kariernya, beliau juga telah bermain untuk kelab-kelab seperti West Brom, Leeds United, Sunderland dan pernah bersama dengan sebuah kelab dari Sepanyol iaitu Real Betis untuk semusim.


No comments:

Post a Comment