Sunday, March 25, 2012

Sarawak vs Malaysia

Lebih kurang 2 jam sebelum sepak mula antara Sarawak dan Malaysia, hujan turun dengan lebatnya di sekitar Bandaraya Kuching. Itu tidak menghalang sebilangan besar penyokong setia pasukan Ngap Sayot untuk bertandang ke Stadium Negeri menyaksikan perlawanan persahabatan tersebut.

Pasukan negara yang diturunkan bukanlah pasukan terkuat. Ianya lebih kepada perlawanan eksperimen oleh Datuk K Rajagopal untuk memilih pemain yang akan diserapkan untuk persiapan Piala AFF 2012. Kebanyakan pemain utama negara beraksi untuk pasukan negeri masing-masing dalam suku akhir Piala FA. Antara yang turut tersenarai malam tadi adalah pemain dari Sarawak yang beraksi untuk ATM iaitu Venice Elphy.

Bagi Robert Alberts, perlawanan tersebut digunakan dengan menurunkan kesebelasan terbaik termasuk pemain baru yang diuji iaitu Joel Epalle dari Cameroon. Beliau telah menjaringkan gol penyamaan untuk Sarawak. Sementara bagi Vedran Muratovic, aksinya sebagai pemain gantian malam tadi berkemungkinan yang terakhir untuknya bersama pasukan Sarawak.

Tidak banyak yang dapat diperkatakan dengan perlawanan persahabatan tersebut. Selepas banyak pertukaran pemain pada separuh masa kedua, ia sedikit sebanyak mengubah tempo permainan kedua-dua pasukan. Walaupun sekadar seri 1-1, semestinya keputusan yang adil untuk kedua belah pihak...

No comments:

Post a Comment