Showing posts with label Malaysia. Show all posts
Showing posts with label Malaysia. Show all posts

Sunday, March 25, 2012

Sarawak vs Malaysia

Lebih kurang 2 jam sebelum sepak mula antara Sarawak dan Malaysia, hujan turun dengan lebatnya di sekitar Bandaraya Kuching. Itu tidak menghalang sebilangan besar penyokong setia pasukan Ngap Sayot untuk bertandang ke Stadium Negeri menyaksikan perlawanan persahabatan tersebut.

Pasukan negara yang diturunkan bukanlah pasukan terkuat. Ianya lebih kepada perlawanan eksperimen oleh Datuk K Rajagopal untuk memilih pemain yang akan diserapkan untuk persiapan Piala AFF 2012. Kebanyakan pemain utama negara beraksi untuk pasukan negeri masing-masing dalam suku akhir Piala FA. Antara yang turut tersenarai malam tadi adalah pemain dari Sarawak yang beraksi untuk ATM iaitu Venice Elphy.

Bagi Robert Alberts, perlawanan tersebut digunakan dengan menurunkan kesebelasan terbaik termasuk pemain baru yang diuji iaitu Joel Epalle dari Cameroon. Beliau telah menjaringkan gol penyamaan untuk Sarawak. Sementara bagi Vedran Muratovic, aksinya sebagai pemain gantian malam tadi berkemungkinan yang terakhir untuknya bersama pasukan Sarawak.

Tidak banyak yang dapat diperkatakan dengan perlawanan persahabatan tersebut. Selepas banyak pertukaran pemain pada separuh masa kedua, ia sedikit sebanyak mengubah tempo permainan kedua-dua pasukan. Walaupun sekadar seri 1-1, semestinya keputusan yang adil untuk kedua belah pihak...

Monday, December 27, 2010

Masih ada baki 90 minit

Antara segelintir penyokong Malaysia yang hadir malam tadi..


Kehebatan pasukan Malaysia membenam Indonesia 3-0 dalam perlawanan akhir pertama Piala Suzuki AFF malam tadi adalah petanda kebangkitan sukan bolasepak negara. Skuad negara yang dibarisi pemain muda begitu bertenaga sekali di separuh masa kedua di samping kekentalan dan disiplin pemain pertahanan negara.

Mood kemenangan Malaysia seolah-olah melenyapkan mood saya untuk menonton perlawanan MU vs Sunderland pada lewat malam kemudian nya. Yang penting,pasukan kegemaran saya juga menang bergaya 2-0 di Old Trafford.

Selamat maju jaya Malaysia untuk perlawanan kedua di Jakarta pada hari rabu ini..MALAYSIA BOLEH!!!

Saturday, November 13, 2010

15/11..Iran vs Malaysia


Petikan berita harian..>>>

GUANGZHOU: Malaysia layak ke Pusingan Kedua bola sepak Sukan Asia Ke-16 walaupun tewas 0-3 kepada China pada perlawanan Kumpulan A di Stadium Bolasepak Tianhe, di sini.

Kemaraan Malaysia itu sekaligus memecah kebuntuan selama 32 tahun untuk beraksi di Pusingan Kedua acara bola sepak Sukan Asia.

Walaupun menduduki tempat ketiga di belakang Jepun dan Korea Selatan dalam Kumpulan A, Malaysia layak ke Pusingan Kedua kerana tiga mata yang diperoleh hasil kemenangan 2-1 ke atas Kyrgyzstan pada Selasa lalu membolehkan Malaysia berada di kedudukan terbaik berbanding negara di tempat ketiga dalam kumpulan lain.
Kali terakhir skuad negara layak beraksi di Pusingan Kedua acara bola sepak Sukan Asia ialah pada tahun 1978 di Bangkok. Di Doha, Qatar empat tahun lalu, skuad kebangsaan di bawah bimbingan Norizan Bakar sekadar bermain di peringkat kumpulan.

Pada perlawanan malam ini, skuad negara terpaksa bermain dengan lapan pemain selepas Mahalli Jasuli diberikan kad kuning kedua, sekaligus kad merah pada minit ke-24 oleh pengadil Williams Ben dari Australia.

Seminit kemudian, ketua pasukan Safiq Rahim pula dilayangkan kad merah kerana memprotes keputusan pengadil memberikan kad merah kepada Mahalli.

Kad merah ketiga dilayangkan kepada S Kunalan pada minit ke-81.
Walaupun terpaksa bermain dengan lapan pemain, skuad negara yang dibelenggu kecederaan berjaya menyerap asakan pasukan China daripada membolosi gawang Malaysia dengan jaringan lebih besar.

Pasukan tuan rumah bagaimanapun berjaya membolosi gawang Malaysia menerusi tandukan Li Jianbin pada minit ke-61 sebelum sepakan leret Zhao Hanglue pada minit ke-65 dari sebelah kanan pintu gol Malaysia menewaskan Khairul Fahmi Che Mat.

Tuan rumah mendapat gol ketiga menerusi sepakan penalti yang disempurnakan oleh Zhang Linpeng pada minit ke-83. - BERNAMA