Showing posts with label Sarawak. Show all posts
Showing posts with label Sarawak. Show all posts

Saturday, November 2, 2013

Ooo Sarawak, Ibu Pertiwiku...

Bersiap sedia ke Stadium Negeri
Sementara menunggu penerbangan balik ke Kuching, saya sempat lagi nak update blog ini. Memang agak lama dah tak update blog sendiri. Episod yang agak malang bagi pasukan negeri sabtu lepas (26/10), apabila tersingkir di peringkat separuh akhir Piala Malaysia di halaman sendiri. Dan seterusnya menutup tirai kempen musim 2013. Walaupun bermain dengan begitu baik sekali dan mempunyai banyak peluang untuk menjaringkan gol. Selaku penyokong setia, semestinya saya berasa kecewa...sedih.

Jika dilihat pencapaian pasukan Sarawak pada tahun ini, muncul Juara Liga Perdana, peringkat suku akhir Piala FA dan separuh akhir Piala Malaysia. Ia adalah pada tahap yang memberangsangkan.

Bagi saya, penyumbang utama pastinya Joseph Kalang Tie. Sekembalinya beliau dari Terengganu terus mengubah corak serangan Sarawak. Kelincahan nya di bahagian sayap kiri dan kanan, di samping boleh juga bermain di bahagian tengah maupun di bahagian striker.

Di kejohanan Liga Perdana, Sarawak muncul Juara dengan rekod tanpa kalah dalam 22 perlawanan. Tempat kedua disandang oleh pasukan Sime Darby. Bagi saya, key point games Sarawak adalah ketika menentang Kedah di tempat lawan. Walaupun ketinggalan 0-1 dengan bermain seramai 10 pemain, Sarawak berjaya mengikat perlawanan 1-1. Key point game yang kedua adalah ketika menentang pencabar Sime Darby di Kuching dengan kemenangan 1-0. Selepas menang perlawanan tersebut, Sarawak terus berada di tangga teratas liga.

Sarawak muncul Juara Liga Perdana selepas menewaskan Kuala Lumpur 4-0 di Kuching
Sementara dalam kejohanan Piala FA, Sarawak menyingkirkan Melaka dan Pulau Pinang di peringkat pertama dan kedua. Sebelum pertembungan dengan Kelantan di peringkat suku akhir dalam perlawanan timbal balik yang menyaksikan Sarawak tewas dengan agregat 1-4. (1-2 di Kota Bharu, 0-2 di Kuching).

Kejohanan Piala Malaysia pula Sarawak diundi dalam Kumpulan D yang turut disertai oleh Juara Liga Super, Singapore LionsXII, Perak dan Kedah. 

Sesi memanas badan sebelum perlawanan. Sarawak vs Kedah 4-0
Sememangnya, Sarawak memanfaatkan kelebihan bermain di Stadium Negeri apabila menang ketiga-tiga perlawanan. 2-1 LionsXII, 4-0 Kedah dan membelasah 6-1 Perak. Sementara away games, Sarawak hanya mampu mengutip mata di Kedah apabila seri 0-0. 

Perlawanan terakhir Kumpulan D, Sarawak menumpaskan Perak 6-1
Di peringkat suku akhir pula, Sarawak bertembung semula dengan seterunya ketika persaingan di Liga Perdana iaitu Sime Darby. Perlawanan pertama di Stadium Selayang, berkesudahan dengan 0-0. Sementara perlawanan kedua di Stadium Negeri, Sarawak membalas dengan kemenangan 3-1.

Sokongan padu penyokong Sarawak ketika saingan suku akhir
Pasukan Pahang pula menanti di peringkat separuh akhir. Perlawanan pertama di Kuantan, Sarawak tewas 1-3. Dengan ketiadaan Ronny Harun dan Joseph Kalang Tie agak mencacatkan permainan pasukan Sarawak. Guy Bwelle bermain di pertahanan tengah. Kesilapan penjaga gol Sarawak menghadiahkan gol ketiga kepada Pahang. Sementara Shahrol Saperi berjaya meledakkan away goal berharga untuk Sarawak.

Flash lights yang menarik di Stadium Negeri ketika saingan separuh akhir
Perlawanan pada separuh akhir kedua begitu memuncak sejak hari penjualan tiket lagi. Begitu ramai yang berpadat dan berpusu-pusu ke Stadium Negeri semata untuk membeli tiket separuh akhir tersebut. Sehinggakan ada yang pengsan dan bermacam ragam lagi. Ramai juga yang kecewa tidak dapat memperolehi tiket. Sistem penjualan tiket sepatutnya dikaji semula pada masa yang akan datang.

Berbalik kepada persaingan di tengah padang, seperti yang diketahui. Sarawak hanya mampu seri 1-1. Pada separuh masa pertama sahaja Sarawak mensia-siakan hampir 4-5 peluang untuk menjaringkan gol. Selepas Pahang berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke 70, permainan semakin hambar ditunjukkan oleh pasukan Sarawak. Dan akhirnya, Sarawak tewas dengan aggregat 2-4.

Pengurusan dan pemain Sarawak memberi penghargaan kepada penyokong Ngap Sayot selepas perlawanan vs Pahang
Ini adalah kali kelima Sarawak gagal di peringkat separuh akhir sejak tahun 1988, 1994, 1995, dan 2000 (maafkan saya, kalau ada kesilapan tahun). Hanya pada tahun 1999 Sarawak berjaya sehingga ke perlawanan akhir namun tewas kepada Brunei 1-2 ketika di bawah kendalian Jalil Ramli.

Pada zaman Awang Mahyan, nama-nama yang tidak dilupakan pastinya Pengiran Bala, Burhaniza Abu Bakar, Roslan Ismail, Ali Shapie, Jalil Ramli sendirinya. Masuk ke era Alan Vest pula semestinya John Hunter, David Evans, Affendi Julaihi, Ong Kim Swee (Jurulatih Harimau Muda), Shamsurin Abdul Rahman, Mazelan Wahid. Sementara pada era Jalil Ramli, pasangan kembar Ramles dan Ramos Sari, Bobby Pian, Ibrahim Mentali, Gilbert Cassidy Gawing.

Terima kasih juga diucapkan kepada penyokong setia Sarawak terutama GB13 yang begitu bersungguh-sungguh menyatupadukan peminat yang lain di samping memberikan sokongan yang tidak berbelah bagi kepada pasukan tidak kira dimana mereka berada. Di harap usaha ini akan berterusan dengan lebih hebat lagi di masa akan datang. 

Antara lagu/chant yang menjadi siulan dan nyanyian peminat setia Sarawak pada masa kini:- 



Ooo Sarawak...

Satukan hatimu

Ooo Sarawak

Kibar benderamu

Kita sokong negeri Sarawak hoiiii
Kini dan Selamanya
Ooo Sarawak
Ibu Pertiwiku

Lalala ooo ooo ooo
Lalala ooo ooo ooo
Ooo ooo ooo


credit: GB13


Akhir sekali untuk pasukan Sarawak, diharap mencapai kejayaan yang lebih cemerlang lagi pada musim depan. Saya pasti lebih kerap lagi ke Stadium Negeri untuk memberi sokongan. Bak kata Robert Alberts, "The Crocs will have enough depth in the squad this time to face next season's challenges in the Super League".......:)








Tuesday, September 27, 2011

Last home game for Sarawak

Ketika saya mengupdate blog pada malam ini, kesemua 16 pasukan dalam Piala Malaysia sedang bertarung untuk perlawanan terakhir dalam kumpulan masing-masing.

Pada hari sabtu yang lepas, saya berkesempatan menonton perlawanan di antara Sarawak dan Felda United. Perlawanan home yang terakhir untuk pasukan negeri bagi musim ini. Kesudahannya dengan kemenangan sulung dan gol sulung pada rancah Piala Malaysia hasil jaringan Bobby Gonzalez. 1-0.

Kedua pasukan mula memasuki padang sebelum kick off.

Jumlah penonton yang datang ke Stadium Negeri amat mengecewakan. Berkemungkinan dengan faktor kekalahan 4 game berturut-turut pasukan Sarawak sebelum ini.

Scoreboard yang tidak berfungsi sepanjang perlawanan.

Lambaian terakhir pemain Sarawak kepada penyokong.

Bagi musim hadapan, semoga pasukan negeri Sarawak berjaya mengharungi cabaran sebenar kancah dalam Liga Super yang pasti lebih hebat dan mencabar. Ditambah lagi dengan penampilan 2 orang pemain import untuk musim hadapan.

Saturday, August 6, 2011

Undian Piala Malaysia 2011

Petang semalam ketika membeli juadah berbuka puasa di Satok, saya menerima satu sms dari seorang rakan yang juga 'die hard core fan' bolasepak tempatan. "bro, petang tok pkl 6 ada live draw Msia Cup". Yeah, memang tepat sekali.

Majlis undian disiarkan secara live melalui Astro Arena yang julung kalinya diadakan di Stadium Bukit Jalil, KL. Dan juga buat pertama kalinya disaksikan sendiri oleh Menteri Belia dan Sukan.

Undian kali ini dibahagikan kepada 4 kumpulan. Dengan setiap kumpulan diwakili oleh pasukan top seedings Liga Super iaitu Kedah, Terengganu, Kelantan dan Selangor. Pasukan negeri Sarawak diundi bersama dengan pasukan Kelantan, Johor FC dan juga Felda United di Kumpulan C.

Pasukan Sarawak akan berentap di Stadium Negeri, Kuching. Difahamkan akan bermain pada sebelah malamnya setelah pihak kontraktor menyiapkan maintenance lampu limpah. Dengan kejayaan bolasepak negara di Piala AFF, sokongan yang semakin meningkat kepada pasukan negara serta persembahan yang mantap pasukan negeri Sarawak di Liga Perdana, saya pasti penonton akan membanjiri Stadium Negeri ketika saingan Piala Malaysia pada bulan September nanti.

SAYOT NGAP SAYOT!!!

Tuesday, May 31, 2011

Selamat Hari Gawai!!!


Di Sarawak, pada 1 & 2 June setiap tahun diisytiharkan sebagai cuti umum untuk sambutan perayaan rasmi Hari Gawai Dayak. Satu perayaan yang disambut oleh beberapa etnik seperti Iban, Bidayuh dan Orang Ulu. Perayaan tersebut disambut sebagai hari kesyukuran selepas musim menuai.

Seperti juga beberapa perayaan yang lain di Malaysia sambutannya begitu meriah sekali. Konsep kunjung mengunjung (ngabang) turut diadakan pada perayaan ini.

Selamat Hari Gawai!!!!

Tuesday, May 24, 2011

Tahniah Sarawak!!


Petang semalam, pasukan bolasepak negeri Sarawak mengesahkan kedudukan sebagai naib juara Liga Perdana 2011 selepas mengalahkan USM FC 4-1. Saya tidak berkesempatan untuk singgah ke Stadium Negeri disebabkan kesibukan dengan urusan yang lain.

Namun, difahamkan nasib mereka untuk mengiringi PKNS ke saingan Liga Super musim depan bergantung kepada cadangan format baru musim depan yang belum diputuskan oleh FAM. Ini kerana pihak Jawatankuasa MSL bercadang untuk mengurangkan aksi pasukan dalam Liga Super daripada 14 kepada 12 pasukan musim depan.

Apapun keputusan nya, tahniah diucapkan kepada pihak pengurusan, staf dan pemain bolasepak negeri atas kejayaan tersebut. Semoga terus gemilang untuk aksi yang lebih mencabar dalam saingan Piala Malaysia nanti.



Sunday, October 3, 2010

Awang Import

John Hunter bersama Mazelan Wahid..Piala FA 1992..


Baru-baru ini, Naib Presiden FAM yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Tempatan FAM, Datuk Hamidin Amin telah mengumumkan untuk membenarkan penggunaan pemain import bagi musim liga M 2012. Tapi semuanya ini adalah bergantung pula restu daripada Jawatankuasa Eksekutif FAM, Isnin ini.

Jika dilihat, sememangnya usaha ini adalah untuk menarik kembali seri Liga M yang seolah-olah makin dilupakan oleh peminat tempatan. Majoriti stadium lengang dan kosong dan kedengaran hanya jeritan dari pemain, coach yang memberi arahan dan pengadil yang meniup wisel sekali sekala.

Berbalik kepada pasukan negeri kesayangan saya, Sarawak. Walaupun penggunaan pemain import mula diperkenalkan pada Semi Pro 1989, tetapi Sarawak hanya bermula pada tahun 1991 dengan trio dari Australia iaitu John Hunter, Jeff Curran, David Evans dan sudah semestinya coach cum manager Sarawak, Alan Vest. Saya masih ingat lagi kata-kata Vest dalam akhbar tempatan semasa mula-mula mengemudi pasukan Sarawak...'We will play like Manchester United'....:)

Setahun kemudian, pasukan Sarawak berjaya memenangi Piala FA. Kejohanan tempatan yang pertama sekali dimenangi oleh Sarawak. dan selepas itu, awang import pun bertukar ganti..John Hunter tidak bertahan lama dan diganti oleh striker Neathan Gibson. Gibson bukanlah seorang striker yang betul-betul diharapkan. Selalu saja kehilangan bola.

Pada tahun 1997, Alistair Edwards menyertai Sarawak diikuti oleh pemain tengah, Billy Bone. Tahun kemuncak Sarawak di mana telah memenangi Juara Liga Perdana 1997. Ketika itu juga, pasukan Sarawak telah berpindah ke Stadium baru setelah tamatnya Kejohanan Bola Sepak Belia Dunia 1997..

Kemasukan pula pemain dari Afrika seperti Kambou dan Eshun. dan pemain tengah PJ Roberts yang kini bertugas sebagai pengulas sukan ESPN. Hingga sekarang, saya pun tidak berapa ingat lagi dengan nama-nama pemain import Sarawak yang lain. Ada antaranya hanya sempat beberapa bulan sahaja dengan pelbagai masalah masing-masing. Dan yang lebih sakit hati lagi, ada level pemain import lebih rendah dari tahap pemain tempatan..:p

Diharap pasukan Sarawak akan memanfaat pemain trio import untuk kemajuan dan kejayaan pasukan di masa akan datang. Dan yang lebih baik adalah perlu dijalankan ujian pemilihan untuk pemain import. Janganlah hanya berpandukan kepada 'cakap-cakap/janji-janji' kosong dari ejen sahaja..