Sunday, October 3, 2010

Awang Import

John Hunter bersama Mazelan Wahid..Piala FA 1992..


Baru-baru ini, Naib Presiden FAM yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Tempatan FAM, Datuk Hamidin Amin telah mengumumkan untuk membenarkan penggunaan pemain import bagi musim liga M 2012. Tapi semuanya ini adalah bergantung pula restu daripada Jawatankuasa Eksekutif FAM, Isnin ini.

Jika dilihat, sememangnya usaha ini adalah untuk menarik kembali seri Liga M yang seolah-olah makin dilupakan oleh peminat tempatan. Majoriti stadium lengang dan kosong dan kedengaran hanya jeritan dari pemain, coach yang memberi arahan dan pengadil yang meniup wisel sekali sekala.

Berbalik kepada pasukan negeri kesayangan saya, Sarawak. Walaupun penggunaan pemain import mula diperkenalkan pada Semi Pro 1989, tetapi Sarawak hanya bermula pada tahun 1991 dengan trio dari Australia iaitu John Hunter, Jeff Curran, David Evans dan sudah semestinya coach cum manager Sarawak, Alan Vest. Saya masih ingat lagi kata-kata Vest dalam akhbar tempatan semasa mula-mula mengemudi pasukan Sarawak...'We will play like Manchester United'....:)

Setahun kemudian, pasukan Sarawak berjaya memenangi Piala FA. Kejohanan tempatan yang pertama sekali dimenangi oleh Sarawak. dan selepas itu, awang import pun bertukar ganti..John Hunter tidak bertahan lama dan diganti oleh striker Neathan Gibson. Gibson bukanlah seorang striker yang betul-betul diharapkan. Selalu saja kehilangan bola.

Pada tahun 1997, Alistair Edwards menyertai Sarawak diikuti oleh pemain tengah, Billy Bone. Tahun kemuncak Sarawak di mana telah memenangi Juara Liga Perdana 1997. Ketika itu juga, pasukan Sarawak telah berpindah ke Stadium baru setelah tamatnya Kejohanan Bola Sepak Belia Dunia 1997..

Kemasukan pula pemain dari Afrika seperti Kambou dan Eshun. dan pemain tengah PJ Roberts yang kini bertugas sebagai pengulas sukan ESPN. Hingga sekarang, saya pun tidak berapa ingat lagi dengan nama-nama pemain import Sarawak yang lain. Ada antaranya hanya sempat beberapa bulan sahaja dengan pelbagai masalah masing-masing. Dan yang lebih sakit hati lagi, ada level pemain import lebih rendah dari tahap pemain tempatan..:p

Diharap pasukan Sarawak akan memanfaat pemain trio import untuk kemajuan dan kejayaan pasukan di masa akan datang. Dan yang lebih baik adalah perlu dijalankan ujian pemilihan untuk pemain import. Janganlah hanya berpandukan kepada 'cakap-cakap/janji-janji' kosong dari ejen sahaja..

No comments:

Post a Comment