Showing posts with label Kelantan. Show all posts
Showing posts with label Kelantan. Show all posts
Sunday, October 21, 2012
Final Piala Malaysia 2012
Musim Kejohanan Bolasepak Malaysia bagi tahun 2012 berakhir malam tadi dengan Final Piala Malaysia yang menemukan pasukan Kelantan dan ATM. Saya hanya berkesempatan menyaksikan perlawanan pada masa tambahan. Kelantan mengesahkan selaku kuasa besar bolasepak negara apabila melengkapkan kejuaraan Treble dengan memenangi Liga Super dan Piala FA sebelum ini.
Jaringan Kelantan disumbangkan oleh Man of The Match, Norshahrul atau Mat Yo pada minit ke 44 dan 50, dan gol kemenangan oleh Indra Putra pada masa tambahan. Sementara gol ATM oleh Rezal Zambrey Yahya dan Marlon Alex James.
Semangat juang ATM untuk mencari gol penyamaan pada masa tambahan memang begitu terserlah. Cuma ketumpulan beberapa percubaan menafikan mereka terutama daripada Bruno Martelotto dan Rezal Zambrey.
Tahniah diucapkan kepada Kelantan dan ATM. Satu final yang begitu rancak dan hebat!!..
Sunday, April 8, 2012
Sarawak vs Kelantan
Malam tadi, sememangnya perlawanan yang ditunggu-tunggu oleh peminat kedua-dua pasukan.Tidak hairanlah sambutan penonton begitu memberangsangkan yang memenuhi hampir keseluruhan tempat duduk Stadium Negeri. Dan yang lebih menyeronokkan, saya duduk di kelompok sebahagian besar penyokong setia The Red Warrior.
Suasananya begitu menarik dan saya merasakan seolah-olah duduk di stadium 'away'. Difahamkan mereka adalah gabungan guru-guru, kakitangan kerajaan dan pelajar-pelajar IPT yang berada di Kuching ini. Begitulah semangat nya mereka memberi sokongan kepada pasukan negeri. Kehadiran Timbalan Presiden FAM yang juga Presiden KAFA, Tan Sri Annuar Musa juga menambahkan lagi hangatnya perlawanan.

Sebahagian penyokong Kelantan
Berbalik kepada perlawanan malam tadi, pasukan Sarawak menurunkan kesebelasan utamanya. Sementara pasukan Kelantan agak tempang tanpa penjaga gol utama Khairul Fahmi (Apek) dan penyerang utama Nor Syahrol Idlan Talaha (Mat Yo). Sarawak mendahului pada minit ke 12 hasil sepakan percuma yang cantik daripada pemain tengah import, Bwele.
Sehingga tamat separuh masa pertama, pasukan tuan rumah mendahului pasukan pelawat. Dan bermulanya separuh masa kedua, pasukan Kelantan menguasai permainan dengan melancarkan banyak serangan ke pintu gol pasukan Sarawak.
Kemasukan Mat Yo pada 15 minit akhir perlawanan, seolah-olah menambahkan lagi bisa serangan pasukan Kelantan. Hasilnya, Nor Fahlan Mohamad berjaya menjaringkan gol pada minit ke 88 untuk menyamakan kedudukan 1-1. Sarawak juga terus mengasak pada minit-minit terakhir perlawanan. Banyak peluang disia-siakan. Dan terpaksa berpuas hati dengan keputusan seri 1-1..NGAP SAYOT!!!
Saturday, August 6, 2011
Undian Piala Malaysia 2011

Majlis undian disiarkan secara live melalui Astro Arena yang julung kalinya diadakan di Stadium Bukit Jalil, KL. Dan juga buat pertama kalinya disaksikan sendiri oleh Menteri Belia dan Sukan.
Undian kali ini dibahagikan kepada 4 kumpulan. Dengan setiap kumpulan diwakili oleh pasukan top seedings Liga Super iaitu Kedah, Terengganu, Kelantan dan Selangor. Pasukan negeri Sarawak diundi bersama dengan pasukan Kelantan, Johor FC dan juga Felda United di Kumpulan C.
Pasukan Sarawak akan berentap di Stadium Negeri, Kuching. Difahamkan akan bermain pada sebelah malamnya setelah pihak kontraktor menyiapkan maintenance lampu limpah. Dengan kejayaan bolasepak negara di Piala AFF, sokongan yang semakin meningkat kepada pasukan negara serta persembahan yang mantap pasukan negeri Sarawak di Liga Perdana, saya pasti penonton akan membanjiri Stadium Negeri ketika saingan Piala Malaysia pada bulan September nanti.
SAYOT NGAP SAYOT!!!
Sunday, June 12, 2011
Final Piala FA 2011..

Perlawanan malam tadi, mengingatkan saya kepada Final Champions League 1999 antara MU dan Bayern Munich. Jaringan Sheringham dan Solskjaer di saat akhir.
Saya hanya kesempatan menyaksikan Final Piala FA 2011 antara Terengganu dan Kelantan di permulaan separuh masa kedua. Kedudukan ketika itu masih 0-0. Nasib baik belum ada jaringan lagi. Apa pun, tahniah diucapkan kepada pasukan hitam putih Terengganu yang tidak kenal erti putus asa mengalahkan The Red Warriors, Kelantan. 2-1.
Comeback pada saat-saat terakhir permainan. Nak dikatakan classic, tidak juga. Tapi saya memang terhibur dengan perlawanan tersebut...
Labels:
Kelantan,
Piala FA Malaysia 2011,
Terengganu
Subscribe to:
Posts (Atom)