Showing posts with label Ngap Sayot. Show all posts
Showing posts with label Ngap Sayot. Show all posts

Saturday, November 2, 2013

Ooo Sarawak, Ibu Pertiwiku...

Bersiap sedia ke Stadium Negeri
Sementara menunggu penerbangan balik ke Kuching, saya sempat lagi nak update blog ini. Memang agak lama dah tak update blog sendiri. Episod yang agak malang bagi pasukan negeri sabtu lepas (26/10), apabila tersingkir di peringkat separuh akhir Piala Malaysia di halaman sendiri. Dan seterusnya menutup tirai kempen musim 2013. Walaupun bermain dengan begitu baik sekali dan mempunyai banyak peluang untuk menjaringkan gol. Selaku penyokong setia, semestinya saya berasa kecewa...sedih.

Jika dilihat pencapaian pasukan Sarawak pada tahun ini, muncul Juara Liga Perdana, peringkat suku akhir Piala FA dan separuh akhir Piala Malaysia. Ia adalah pada tahap yang memberangsangkan.

Bagi saya, penyumbang utama pastinya Joseph Kalang Tie. Sekembalinya beliau dari Terengganu terus mengubah corak serangan Sarawak. Kelincahan nya di bahagian sayap kiri dan kanan, di samping boleh juga bermain di bahagian tengah maupun di bahagian striker.

Di kejohanan Liga Perdana, Sarawak muncul Juara dengan rekod tanpa kalah dalam 22 perlawanan. Tempat kedua disandang oleh pasukan Sime Darby. Bagi saya, key point games Sarawak adalah ketika menentang Kedah di tempat lawan. Walaupun ketinggalan 0-1 dengan bermain seramai 10 pemain, Sarawak berjaya mengikat perlawanan 1-1. Key point game yang kedua adalah ketika menentang pencabar Sime Darby di Kuching dengan kemenangan 1-0. Selepas menang perlawanan tersebut, Sarawak terus berada di tangga teratas liga.

Sarawak muncul Juara Liga Perdana selepas menewaskan Kuala Lumpur 4-0 di Kuching
Sementara dalam kejohanan Piala FA, Sarawak menyingkirkan Melaka dan Pulau Pinang di peringkat pertama dan kedua. Sebelum pertembungan dengan Kelantan di peringkat suku akhir dalam perlawanan timbal balik yang menyaksikan Sarawak tewas dengan agregat 1-4. (1-2 di Kota Bharu, 0-2 di Kuching).

Kejohanan Piala Malaysia pula Sarawak diundi dalam Kumpulan D yang turut disertai oleh Juara Liga Super, Singapore LionsXII, Perak dan Kedah. 

Sesi memanas badan sebelum perlawanan. Sarawak vs Kedah 4-0
Sememangnya, Sarawak memanfaatkan kelebihan bermain di Stadium Negeri apabila menang ketiga-tiga perlawanan. 2-1 LionsXII, 4-0 Kedah dan membelasah 6-1 Perak. Sementara away games, Sarawak hanya mampu mengutip mata di Kedah apabila seri 0-0. 

Perlawanan terakhir Kumpulan D, Sarawak menumpaskan Perak 6-1
Di peringkat suku akhir pula, Sarawak bertembung semula dengan seterunya ketika persaingan di Liga Perdana iaitu Sime Darby. Perlawanan pertama di Stadium Selayang, berkesudahan dengan 0-0. Sementara perlawanan kedua di Stadium Negeri, Sarawak membalas dengan kemenangan 3-1.

Sokongan padu penyokong Sarawak ketika saingan suku akhir
Pasukan Pahang pula menanti di peringkat separuh akhir. Perlawanan pertama di Kuantan, Sarawak tewas 1-3. Dengan ketiadaan Ronny Harun dan Joseph Kalang Tie agak mencacatkan permainan pasukan Sarawak. Guy Bwelle bermain di pertahanan tengah. Kesilapan penjaga gol Sarawak menghadiahkan gol ketiga kepada Pahang. Sementara Shahrol Saperi berjaya meledakkan away goal berharga untuk Sarawak.

Flash lights yang menarik di Stadium Negeri ketika saingan separuh akhir
Perlawanan pada separuh akhir kedua begitu memuncak sejak hari penjualan tiket lagi. Begitu ramai yang berpadat dan berpusu-pusu ke Stadium Negeri semata untuk membeli tiket separuh akhir tersebut. Sehinggakan ada yang pengsan dan bermacam ragam lagi. Ramai juga yang kecewa tidak dapat memperolehi tiket. Sistem penjualan tiket sepatutnya dikaji semula pada masa yang akan datang.

Berbalik kepada persaingan di tengah padang, seperti yang diketahui. Sarawak hanya mampu seri 1-1. Pada separuh masa pertama sahaja Sarawak mensia-siakan hampir 4-5 peluang untuk menjaringkan gol. Selepas Pahang berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke 70, permainan semakin hambar ditunjukkan oleh pasukan Sarawak. Dan akhirnya, Sarawak tewas dengan aggregat 2-4.

Pengurusan dan pemain Sarawak memberi penghargaan kepada penyokong Ngap Sayot selepas perlawanan vs Pahang
Ini adalah kali kelima Sarawak gagal di peringkat separuh akhir sejak tahun 1988, 1994, 1995, dan 2000 (maafkan saya, kalau ada kesilapan tahun). Hanya pada tahun 1999 Sarawak berjaya sehingga ke perlawanan akhir namun tewas kepada Brunei 1-2 ketika di bawah kendalian Jalil Ramli.

Pada zaman Awang Mahyan, nama-nama yang tidak dilupakan pastinya Pengiran Bala, Burhaniza Abu Bakar, Roslan Ismail, Ali Shapie, Jalil Ramli sendirinya. Masuk ke era Alan Vest pula semestinya John Hunter, David Evans, Affendi Julaihi, Ong Kim Swee (Jurulatih Harimau Muda), Shamsurin Abdul Rahman, Mazelan Wahid. Sementara pada era Jalil Ramli, pasangan kembar Ramles dan Ramos Sari, Bobby Pian, Ibrahim Mentali, Gilbert Cassidy Gawing.

Terima kasih juga diucapkan kepada penyokong setia Sarawak terutama GB13 yang begitu bersungguh-sungguh menyatupadukan peminat yang lain di samping memberikan sokongan yang tidak berbelah bagi kepada pasukan tidak kira dimana mereka berada. Di harap usaha ini akan berterusan dengan lebih hebat lagi di masa akan datang. 

Antara lagu/chant yang menjadi siulan dan nyanyian peminat setia Sarawak pada masa kini:- 



Ooo Sarawak...

Satukan hatimu

Ooo Sarawak

Kibar benderamu

Kita sokong negeri Sarawak hoiiii
Kini dan Selamanya
Ooo Sarawak
Ibu Pertiwiku

Lalala ooo ooo ooo
Lalala ooo ooo ooo
Ooo ooo ooo


credit: GB13


Akhir sekali untuk pasukan Sarawak, diharap mencapai kejayaan yang lebih cemerlang lagi pada musim depan. Saya pasti lebih kerap lagi ke Stadium Negeri untuk memberi sokongan. Bak kata Robert Alberts, "The Crocs will have enough depth in the squad this time to face next season's challenges in the Super League".......:)








Saturday, August 6, 2011

Undian Piala Malaysia 2011

Petang semalam ketika membeli juadah berbuka puasa di Satok, saya menerima satu sms dari seorang rakan yang juga 'die hard core fan' bolasepak tempatan. "bro, petang tok pkl 6 ada live draw Msia Cup". Yeah, memang tepat sekali.

Majlis undian disiarkan secara live melalui Astro Arena yang julung kalinya diadakan di Stadium Bukit Jalil, KL. Dan juga buat pertama kalinya disaksikan sendiri oleh Menteri Belia dan Sukan.

Undian kali ini dibahagikan kepada 4 kumpulan. Dengan setiap kumpulan diwakili oleh pasukan top seedings Liga Super iaitu Kedah, Terengganu, Kelantan dan Selangor. Pasukan negeri Sarawak diundi bersama dengan pasukan Kelantan, Johor FC dan juga Felda United di Kumpulan C.

Pasukan Sarawak akan berentap di Stadium Negeri, Kuching. Difahamkan akan bermain pada sebelah malamnya setelah pihak kontraktor menyiapkan maintenance lampu limpah. Dengan kejayaan bolasepak negara di Piala AFF, sokongan yang semakin meningkat kepada pasukan negara serta persembahan yang mantap pasukan negeri Sarawak di Liga Perdana, saya pasti penonton akan membanjiri Stadium Negeri ketika saingan Piala Malaysia pada bulan September nanti.

SAYOT NGAP SAYOT!!!

Friday, March 25, 2011

Majalah Sarawak 2011

Jikalau anda peminat setia bolasepak Liga English sejak era 70-an, 80-an semestinya anda ada memiliki dan menyimpan sebuah majalah mingguan, SHOOT. Majalah yang memaparkan segala berita dan kisah mingguan bolasepak di sana. Manakala, Arena Bola Sepak pula adalah majalah bolasepak bulanan terkenal di negara kita.

Di Sarawak sendiri, dengan hasil nukilan wartawan sukan terkenal dari Utusan Sarawak iaitu En. Awang Shahferi, En Drahman Baharun & En Faizal Bujang maka terhasil lah sebuah majalah bolasepak yang terbaru iaitu Sarawak 2011.

Saya bersama Hairul Faizee, Pengurus Besar SADIEHAF Sarawak di samping Majalah Sarawak 2011 dalam satu majlis dinner tempohari.

Majalah ini berkisarkan kepada skuad bolasepak Sarawak yang pernah mencipta detik gemilang pada era tahun 90-an. Tidak lupa juga kepada fenomena Ngap Sayot yang tercipta pada tahun 1988. Selain itu ia menceritakan mengenai latar belakang skuad Sarawak 2011, harapan dan impian. Serta 'libasan' Bujang Senang turut dijelmakan sebagai imbasan semula tentang detik kebangkitan dan kehebatan skuad Sarawak suatu ketika dahulu.

Antara topik-topik yang hangat dalam majalah ini adalah 'Sejenak bersama bos FAS', 'Zaki: usah terlalu hormat', 'Profil 23 pemain Sarawak', 'Mahyan bongkar rahsia kejayaan Ngap Sayot', 'Suka duka Ngap Sayot' dan banyak lagi.

Poster skuad Sarawak 2011 di bahagian tengahnya.

Walaupun saya dibesarkan semasa era kebangkitan Ngap Sayot pada lewat tahun 80-an, namun terdapat beberapa fakta yang saya tidak ketahui mengenainya. Melalui majalah ini juga, saya dapat mengimbau kembali kenangan lama semasa era bolasepak ketika kecil-kecil dulu...:)

Majalah yang setebal 36 muka surat ini adalah berharga RM3.90 senaskah. Jika anda berminat bolehlah terus melayari Sadiehaf Sarawak untuk maklumat lebih lanjut. Beli jangan sik beli. NGAP SAYOT!!!!

Saturday, January 22, 2011

Perlawanan petang?

Penyokong Bolasepak Sarawak -Venue Team Sarawak untuk 2011 ialah Stadium Negeri, masa perlawanan ialah 4.15 pm

Begitulah status terkini FB Penyokong Bolasepak Sarawak. Isu perlawanan petang untuk pasukan Sarawak.. Apakah sebenar yang terjadi? Siapa yang bertanggungjawab?..Adakah dipihak FAS saja atau pengurusan Stadium Sarawak? Semua perlawanan akan berlangsung di Stadium Negeri, Stadium lama @stadium keramat pasukan Sarawak.

Selepas kemenangan Malaysia dalam Piala Suzuki AFF beberapa minggu yang lepas, hati saya berkobar-kobar untuk menonton Liga M. Tapi akan terbantut sedikit dengan perkembangan terkini tersebut.

Pada musim 2011 ini, Insya-Allah..saya akan banyak menulis artikel untuk pasukan Sarawak. 'bukannya nak menganok' kata pepatah Melayu Sarawak. Tapi kritikan membina dalam artikel yang akan datang. Amat sedikit kita membaca artikel dari blog. Kebanyakan adalah dari wartawan local newspaper itu sendiri.

Dilampirkan disini, Notes dari FB yang saya catatkan pada 10/2/2009 berkaitan dengan pasukan Sarawak. Berserta dengan komen-komen nya sekali...:)


apa dah jadi dgn pasukan bolasepak Sarawak??

by Abang Faisal Barawi on Tuesday, 10 February 2009 at 13:45

semalam, otw balik dari keja..teringat ada game liga perdana, swk vs felda utd. so, disebabkan masa msh lg pjg, saya ambik kesempatan lah pegi ke stadium keramat zaman 'ngap sayot' dulu, stadium lama 'stadium negeri'..

syukurlah, masuk free mgkn dah 2nd half kot..lbh krg masuk minit ke 60. kptsnnya, swk ketinggalan 1-0. penonton bukan main lg sikit..dlm lingkungan seribu lah. game sepnjg 30 minit terakhir nampak seimbang. tp swk x terurus. ada kucar kacir. then minit ke 70, swk menyamakan kedudukan..

msk last2 minit, felda utd mendapat sepakan penalti setelah sorg player nya dijatuhkan..kesudahannya swk kalah 2-1..

apa yg masih berlegar2 di pemikiran saya 'apa sudah jadi dgn team swk?'..semasa kecil, saya memang jrg ketinggalan menyaksikan game swk since 1987...kalau tak ke stadium memang berpaut kat radio mendengar ulasan live..zaman 'ngap sayot' sehingga ke zaman era alan vest memang tidak dpt saya lupakan..players seperti affendi jol, pengiran bala, ali shafie, jalil ramli..john hunter, david evans..alistair edwards..adalah antara sekolompok pemain yg mengangkat bola sepak swk..

piala fa 1992, liga perdana 1997, piala sumbangsih 1998 adalah piala2 yg dimenangi swk..hanya piala msia yg blm dimenangi oleh swk sampai kini..thn 1999 adalah yg paling hampir namun ditewaskan oleh brunei dlm final di stadium merdeka, kl...

wpun hakikat nya team swk kini adalah pemain muda yg baru dibentuk, saya berpendapat ia memerlukan masa utk mengembalikan kegemilangan era bola sepak swk yang terdahulu..dari segi sambutan penyokong, memang amat mendukacitakan..harap pihak FAS dpat melakukan sesuatu untuk menarik kembali sambutan penonton..jgn hanya mengharapkan bantuan penaja sahaja..

pihak yang dipertanggungjawabkan x serius mengenai pembangunan di peringkat akar umbi. Idea pembangunan memang bagus tetapi x dilaksanakan secara bersungguh-sungguh dan berterusan...

apa2 pun, semoga berjaya pasukan swk..yang pasti, hendak berjaya bukan mengambil masa sehari dua tetapi perlukan satu tempoh yang panjang. komitmen semua pihak adalah kunci utama ke arah kejayaan tersebut.

.......

· · Share · Delete


    • Abang Faisal Barawi rasa nak bukak blog jak..pasal football..hehe
      10 February 2009 at 13:51 ·

    • Marcellinus Bin Frederick Lamhai Yelah..dulu masa coach lama..Sarawak team is team paling digeruni..Sekrg apa dah jadi
      10 February 2009 at 14:28 ·

    • Ady Fazary majulah pesal utk bolasepak:)
      10 February 2009 at 15:12 ·

    • Irwan Marzuki イルワン Sik cukup funding mek rasa. Cuba ada sekolah sukan juak. Sukan sepatutnya ada kelas. Kat USA, kelas start 8:00am hingga 3:30pm. Dua jam for kelas sukan.
      10 February 2009 at 17:49 ·

    • Badarul Ibrahim
      nang kesian aku nangga swk kinektok. langsung sikda taring lagik. aku pun ada nangga game marek, mcm sikda semangat sidaknya main. sik macam dolok, masa tahun1988, walaupun player swk skill sik berapa gilak dibanding ngan sidak team lain, t...api semangat ngap sayot ya dapat bak swk ke semifinal msia cup. hampir2 dapat masuk final, tapi sbb pagar stadium roboh, 2nd leg main di singapore. terus kalah lwn kedah.
      ntahlah, susah nak madah apa yang dah jadi. macam2 perlu diambilkira, fund yg makin sikit, player yang sik pandei main makei utak, penyokong yg beralih nangga bol d astro, FAS yg tauk nak untung ajak, dan banyak lagi.
      aku ada kelakar ngan sidak player liga simpanan masa d stadium marek. bila aku nanyak pasal elaun sidaknya, nya madah just rm300 sebulan. compare ngan palyer liga simpanan semanajung paling kurang rm1500. ne ndak minat nak main sikda. sama2 kita pikirkan
      See more
      10 February 2009 at 23:26 ·

    • Badarul Ibrahim faisal, ingat sik masa kita skolah rendah dolok, tiap2 kali swk main bol, semua kita gago kelaka hal bol di sekolah, masa ya, arum bulak, kita kenal semua player swk. kinektok, kita pun sik tauk nama player yg main utk swk. yag aku tauk jak abg zafari ngan kallang ajak. yg lain langsung sik tauk. dolok, tiap kali swk main, sik sabar g stadium, sebelum referee niup wisel, berdebar2 jak rasa ati, berdoa swk sik kalah. tp kinektok, perasaan ya langsung sikda.
      10 February 2009 at 23:36 ·

    • Mohamad Shazali Sulaiman benar ya... di mana bermulanya kepincangan itu? adakah player? atau penyokong? semua itu masih lagi menjadi tanda tanya....
      10 February 2009 at 23:44 ·

    • Abdul Rani rasaku segal kau nangga free nya klh sal hehehe
      11 February 2009 at 00:47 ·

    • Mohamad Shazali Sulaiman ‎:) setuju dengan pendpt di atas :p
      11 February 2009 at 08:42 ·

    • Abang Faisal Barawi
      terima kasih atas komen semua..

      haha..benar ya badarul..kenangan zaman sekolah rendah..time ya, nang kelakar pasal team swk jak..zaman 'ngap sayot' masa ya, ne ndak. mun knk tok tnyk dgn student sek rendah, sik dak nya tauk..yg tauk team2 li...v,mu, real madrid..semua team2 luar ya..pengaruh bolasepak luar amat mendalam berbanding dgn team negeri msg2..bolasepak kat astro lebih berkesan lgk lah..

      sik tauklah nak mdh apa lgk..zaman dah berubah, fund nang sikda. salu jak dgr FAS mtk sponsor dari company2..yelah, lgk pun, elaun skuad simpanan pun sik 'umpph' mcm team kat sem msia..brp kah player swk dpt..even dah msk profesional liga M tok..

      coach pun dah bertukar2 jak..arap robert alberts dpt nait kit prestasi team swk thn tok..coach ya bukan calang2 org..thn 1993, nya jd coach kedah. menang double liga perdana dan msia cup..respect aku dgn coach dari belanda ya..sik tauklah atas dasar apa nya maok jd coach swk kali tok..

      11 February 2009 at 12:50 ·

    • Abang Faisal Barawi
      sigek lgk, pasal liga bola sepak msia yg bercelaru tok..salu jak bertukar format..in my opinion, wujud kan semula pasukan negeri yg terlibat dengan kejohanan liga dan sbgnya. pasukan kelab diasingkan dgn pasukan negeri. dgn mcm tok, akan me...lahirkan sokongan padu oleh rakyat negeri msg2...semangat kenegerian dolok nang kuat berbanding knk tok..negeri vs negeri bok best..

      mun nangga live kat tv1..boring juak nangga kelab kl plus lwn johor fc misalnya..adeh2..

      11 February 2009 at 12:58 ·

    • Abang Faisal Barawi apa2 pun..perasaan dgn team swk dah sikda lgk..saja nak nangga swk main..tp rasa sokongan kenegerian ya sikda dah..kalah or menang sama jak :(
      11 February 2009 at 13:02 ·