Friday, March 25, 2011

Majalah Sarawak 2011

Jikalau anda peminat setia bolasepak Liga English sejak era 70-an, 80-an semestinya anda ada memiliki dan menyimpan sebuah majalah mingguan, SHOOT. Majalah yang memaparkan segala berita dan kisah mingguan bolasepak di sana. Manakala, Arena Bola Sepak pula adalah majalah bolasepak bulanan terkenal di negara kita.

Di Sarawak sendiri, dengan hasil nukilan wartawan sukan terkenal dari Utusan Sarawak iaitu En. Awang Shahferi, En Drahman Baharun & En Faizal Bujang maka terhasil lah sebuah majalah bolasepak yang terbaru iaitu Sarawak 2011.

Saya bersama Hairul Faizee, Pengurus Besar SADIEHAF Sarawak di samping Majalah Sarawak 2011 dalam satu majlis dinner tempohari.

Majalah ini berkisarkan kepada skuad bolasepak Sarawak yang pernah mencipta detik gemilang pada era tahun 90-an. Tidak lupa juga kepada fenomena Ngap Sayot yang tercipta pada tahun 1988. Selain itu ia menceritakan mengenai latar belakang skuad Sarawak 2011, harapan dan impian. Serta 'libasan' Bujang Senang turut dijelmakan sebagai imbasan semula tentang detik kebangkitan dan kehebatan skuad Sarawak suatu ketika dahulu.

Antara topik-topik yang hangat dalam majalah ini adalah 'Sejenak bersama bos FAS', 'Zaki: usah terlalu hormat', 'Profil 23 pemain Sarawak', 'Mahyan bongkar rahsia kejayaan Ngap Sayot', 'Suka duka Ngap Sayot' dan banyak lagi.

Poster skuad Sarawak 2011 di bahagian tengahnya.

Walaupun saya dibesarkan semasa era kebangkitan Ngap Sayot pada lewat tahun 80-an, namun terdapat beberapa fakta yang saya tidak ketahui mengenainya. Melalui majalah ini juga, saya dapat mengimbau kembali kenangan lama semasa era bolasepak ketika kecil-kecil dulu...:)

Majalah yang setebal 36 muka surat ini adalah berharga RM3.90 senaskah. Jika anda berminat bolehlah terus melayari Sadiehaf Sarawak untuk maklumat lebih lanjut. Beli jangan sik beli. NGAP SAYOT!!!!

1 comment:

  1. wahhhh x beli boleh x zal minjam maca huhuhuhuhuh guro jak lahhhhh

    ReplyDelete