Wednesday, March 23, 2011

Andy Carroll.......Rio Ferdinand

Bolasepak kelab di Eropah khususnya EPL akan berhenti rehat pada penghujung minggu ini untuk memberi laluan kepada perlawanan kelayakan Kejohanan Eropah (Euro) 2012. Pasukan England akan bertemu dengan pasukan Wales di Cardiff pada sabtu ini.

Difahamkan penyerang termahal England, Andy Carroll dijangka bergandingan dengan Wayne Rooney untuk mengetuai jentera serangan England apabila beraksi di Stadium Milennium nanti.
Pengurus England, Fabio Capello amat mengagumi penyerang muda England tersebut dan mendapatkan pandangan pengurus The Reds, Kenny Dalglish mengenainya.Capello bukan sahaja melihat Carroll sebagai gandingan ideal Rooney, bahkan mahu menggunakan kelebihan fizikal pemain bertubuh sasa itu untuk perlawanan di Cardiff tersebut.

Bagaimanapun, England tidak akan mengambil risiko dengan pemain yang baru pulih daripada kecederaan tersebut, sekalipun ia melibatkan perlawanan penting. Pengurusan England akan memantau perkembangan nya dalam tempoh beberapa hari ini sebelum dapat membuat keputusan mengenai nya. Saya tiada masalah untuk terus menyokong nya selagi dia menyarung jersi England dan tidak ketika bermain untuk The Reds..:p


Sementara itu, isu mengenai kapten England pastinya tetap menjadi perbualan. Rio Ferdinand telah menghubungi John Terry dan menjelaskan bahawa dia tiada masalah dengan kapten baru skuad England itu.

Ferdinand yang telah dilucutkan jawatan kapten menghubungi Terry, mengucapkan selamat berjaya kepadanya menjelang perlawanan di Cardiff. Ferdinand turut menjelaskan kepada Terry yang isu pemecatan dirinya sebagai kapten merupakan masalah antara dia dan Capello dan dia berang kerana Capello sehingga kini masih enggan membincangkan situasi sebenar dengannya.


Selaku penyokong setia MU, saya merasakan tindakan Ferdinand menelefon Terry adalah satu yang tepat. Ini sekaligus dapat menjelaskan keadaan sebenar dan mengelakkan sebarang salah faham.


Ferdinand tidak pernah bermain pada pusingan akhir Kejohanan Eropah dan pastinya dia berkeinginan tinggi untuk beraksi tahun depan. Terry dan Rio mempunyai hubungan rapat selama beberapa tahun dan wujud perasaan saling hormat menghormati antara satu sama lain. Mungkin Capello patut belajar dari mereka.

"Thanks for all your messages I appreciate them all! Pure love. Now let's av iiiiiiit.." begitulah kata-kata Ferdinand dalam Twitter nya..:))

No comments:

Post a Comment