Thursday, March 17, 2011

Kesan tsunami di Jepun

Pada hari ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah membentangkan usul tergempar di Parlimen tentang gempa bumi dan tsunami yang melanda Jepun jumaat yang lepas. Seluruh masyarakat antarabangsa bersimpati atas apa yang berlaku dengan Negara Matahari Terbit tersebut.

Jika diamati dengan gambar dan video mengenai kejadian yang berlaku di timur laut Jepun itu dengan kekuatan 8.9 skala richter, ia amatlah mengharu dan menyedihkan. Saya menghabiskan beberapa jam di Internet dan search melalui Google sejak kejadian itu berlaku untuk mengamati nya sendiri.


Perkara yang paling membimbangkan sekarang ialah kesan susulan selepas tsunami. Negara tersebut berdepan bahaya kesan daripada loji nuklear Fukushima Daiichi 1 yang meletup dan terbakar. Dikhuatiri menyebarkan radiasi ke kawasan sekitar, negara-negara jiran serta lautan Pasifik. Di negara kita sendiri, SMS mengenai bahaya kesan nya begitu meluas tersebar.

Loji Nuklear Fukushima Daiichi 1

Di samping itu, kesan segera yang lain ialah kedudukan ekonomi dan pasaran dunia yang sudah tertentu akan terjejas kerana Jepun merupakan kuasa ekonomi dunia. Merana ekonomi Jepun juga memberi impak kepada ekonomi negara lain di dunia.

Kita di Malaysia perlu bersedia menerima kesan-kesan secara langsung dan tidak langsung susulan tragedi tsunami di Jepun. Misalnya, harga pasaran minyak dunia, turun naik harga pasaran minyak dunia, turun naik harga pasaran komoditi dan lain-lain. Seperti yang kita sedia maklum juga, negara Jepun banyak mengeksport barangan industri ke negara kita. Jadi, kita harus bersedia menghadapi semua jangkaan ini.

Kita tidak boleh terus leka dan ambil mudah bahawa gempa bumi dan tsunami tidak akan melanda Malaysia. Walaupun negara kita tidak terletak di dalam Lingkaran Api Pasifik tetapi kejadian tsunami pada Disember 2004 dan beberapa siri gegaran di kawasan tanah tinggi berhampiran Janda Baik akibat kesan gempa bumi di Sumatera adalah petanda bumi kita juga belum selamat.

Tsunami yang melanda

Rakyat Malaysia kena bersiap sedia menghadapi sebarang malapetaka. Seperti di Jepun, kebanyakan pekan dan bandar disediakan sistem pembesar suara yang boleh menyalurkan maklumat kecemasan kepada penduduk.

Kesan daripada tsunami

Apa pun, semua yang berlaku adalah kuasa dan takdir Tuhan. Kita hanya mampu merancang, tapi DIA yang menentukan segalanya. Seharusnya kita merakamkan rasa takziah dan simpati kepada rakyat Jepun yang terlibat dalam bencana tersebut.

1 comment: