Thursday, November 10, 2011

Persembahan mantap skuad junior Malaysia

Petang kelmarin, saya hanya berkesempatan menyaksikan separuh masa kedua perlawanan antara pasukan negara dan pasukan Thailand dalam peringkat kumpulan maut Sukan Sea 2011 di Jakarta. Selepas persembahan yang hambar ketika bertemu dengan pasukan Singapura tempohari, corak yang berbeza pula ditayangkan oleh anak-anak buah Ong Kim Swee ini ketika menang 2-1 kelmarin. Gerakan pantas serta beberapa gerakan serangan yang kemas.

Begitu banyak peluang untuk menjaringkan gol disia-siakan oleh pasukan negara pada perlawanan tersebut. Ketumpulan bahagian serangan memang tidak dapat dinafikan lagi. Terima kasih diucapkan kepada penyerang gantian, Izzaq Faris Ramlan yang menjaringkan gol yang cantik dan mengelirukan penjaga gol Thailand pada minit ke 85.

Perlawanan seterusnya adalah bertemu dengan pasukan Kemboja pada hari ahad nanti. Nampaknya, jersi hitam kuning membawa tuah kepada pasukan Bawah-23 tahun negara ini. Teruskan perjuanganmu Harimau Muda!!!!

No comments:

Post a Comment