Wednesday, November 23, 2011

Kemenangan 'Penakut' Ditarik Balik

Saya mengikuti laman Twitter penyanyi Yuna. Dan beliau telah mengesahkan mengenai penarikan balik trofi Lagu Terbaik menerusi Penakut yang dimenanginya dalam Anugerah Industri Muzik (AIM) 18 baru-baru ini.

Berlaku kesilapan pada pemilihan pemenang bagi kategori itu sehingga Penakut dinobatkan sebagai lagu terbaik secara keseluruhan walaupun ia tidak memenangi dalam kategori Lagu Pop Terbaik pada anugerah itu.

Turut dilaporkan, anugerah itu akan diserahkan kepada komposer Edry Abdul Halim dan Anuar Zain menerusi lagu Sedetik Lebih yang memenangi dalam kategori Lagu Pop Terbaik.

Pada anugerah itu, Yuna menggondol tiga anugerah iaitu Persembahan Vokal Wanita Terbaik menerusi lagu (Penakut) dan Anugerah Kembara atas pencapaian cemerlangnya di Amerika Syarikat selain Lagu Terbaik (Penakut).


1 comment: