Saturday, November 5, 2011

25 tahun kegemilangan Sir Fergie

Pada 6 November 1986, Alex Ferguson telah dilantik menjadi pengurus Manchester United menggantikan Ron Atkinson. Ketika itu, pasukan MU berada dalam kedudukan yang kritikal iaitu di tangga ke 19 diantara 22 kelompok di Liga lama Divisyen 1.

Tiada siapa yang menjangkakan beliau akan bertahan lama di kelab itu. Pada tahun 1990, beliau hampir dipecatkan kerana gagal untuk memenangi sebarang piala kejuaraan. Sehinggalah pada Final replay Piala FA 1990, MU memenangi kejuaraan sulungnya. Dari detik itu, bermulalah monopoli kejuaraan beliau selanjutnya.

Diikuti dengan menjuarai Piala Cup Winners (kejohanan Eropah yang telah dilupuskan) pada tahun 1991. Piala Liga (kini Carling Cup) pada 1992 dan Kejuaraan Liga Perdana pada tahun 1993. Sehingga ke detik ini, beliau telah menjuarai sebanyak 37 kejuaraan untuk pasukan Manchester United.

Detik paling manis adalah pada tahun 1999 ketika menjuarai 'Treble'. Sehingga beliau dinobatkan gelaran Sir oleh Queen Elizabeth 2. Dan kini ulangtahun ke 25 tahun, beliau telah mentranformasikan Manchester United menjadi kelab paling berjaya dalam sejarah bolasepak England.

No comments:

Post a Comment