Sunday, October 30, 2011

Manchester United selamanya..

Saya tertarik dengan satu artikel/rencana dalam sebuah suratkhabar nasional pada hari ini. Semestinya berkaitan dengan pasukan pujaan saya, Manchester United...


Bola dan kejutan

Ada kejutan berkaitan sukan bola sepak yang menarik perhatian ramai peminat sukan negara ini.

Hujung minggu lalu, kekalahan 1-6 Manchester United (Man U) kepada Manchester City dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) menjadi perbualan ramai.

Man U yang dianggap kelab bola sepak terhebat dan mempunyai ramai penyokong di seluruh dunia termasuk Malaysia, bukan sahaja dikejutkan.

Malah pasukan itu dimalukan di gelanggang sendiri, Old Trafford, mencatatkan keputusan terburuk dalam tempoh 54 tahun.

Rata-rata peminat Man U sugul dan ada yang bagaikan tidak percaya. Tetapi bola bulat. Itulah yang selalu dikatakan betapa kejutan boleh menimpa ke atas pasukan yang lebih kuat dan favourite.

Awang bukanlah peminat Man U tetapi percaya pasukan itu mampu bangkit kerana mempunyai tradisi keunggulannya tersendiri. Kekalahan di tangan Manchester City bukan cerminan kepada keseluruhan prestasi Man U termasuk dalam EPL. Itu hanya satu perlawanan yang sekadar gagal meraih tiga mata. Tentang sejarah gemilang dan ego Man U terutama di Old Trafford yang telah dirobek oleh Manchester City, itu persoalan lain.





No comments:

Post a Comment