Showing posts with label Manchester United. Show all posts
Showing posts with label Manchester United. Show all posts

Saturday, December 14, 2013

Moyes dan United

Agak lama tidak menulis mengenai pasukan kegemaran saya, Manchester United. Di Facebook, saya banyak berinteraksi secara PM (inbox) bersama rakan penyokong sekelab dan juga kelab yang lain. Musim 2013-14, United bersama pengurus yang baru iaitu David Moyes setelah persaraan Sir Alex Ferguson. Mungkin ramai sudah mengetahui nasib terumbang ambing United pada musim ini terutamanya dalam persaingan EPL. Walaupun begitu dalam kejohanan Liga Juara Eropah dan Piala Capital One, United masih meneruskan persaingan mereka dengan baiknya.

Keputusan semasa dalam persaingan liga agak membimbangkan. Kekalahan berturut 0-1 kepada Everton dan Newcastle di Old Trafford adalah yang tidak dapat diterima sekali oleh peminat setia mereka. Sebelum itu, mereka juga seri 2-2 dengan Cardiff City dan Spurs. Saya melihat keputusan 4 perlawanan tersebut mungkin tidak begitu menjejaskan kedudukan Moyes bersama United kerana beliau masih dalam membina pasukan nya sendiri. Mungkin pihak pengurusan Lembaga Pengarah juga masih memberi peluang kepada beliau.

United sebuah kelab yang mampu bertahan lama dan bersabar dengan pengurus mereka. Jaringan gol kemenangan Mark Robins menentang Nottingham Forest ketika persaingan pusingan ketiga Piala FA pada tahun 1990 menyelamatkan karier 3 tahun Sir Alex Ferguson di Old Trafford. Dan seterusnya memenangi piala tersebut di akhir musim tersebut. Selepas itu, bermula lah detik cemerlang United sehinggalah ke tahun persaraan beliau.

Ketika Moyes bersama Everton dan Sir Fergie masih bersama United
Bersama Everton, Moyes memang melakukan tugasan yang baik tapi tidak pernah memenangi apa-apa kejuaraan. Bagi saya, antara kesilapan beliau ketika menerima tugasan di United adalah membawa sekali staff kejurulatihan dari Everton. Sepatutnya beliau mengekalkan staff kejurulatihan yang lama di United seperti Mike Phelan, Rene Meulensteen dan yang lain memandangkan mereka telah lama mengendali dan pemain-pemain United telah menyesuaikan diri dengan corak latihan dibawah bimbingan mereka.

Berbalik pula kepada pemain, sebahagian besarnya adalah pasukan yang memenangi EPL musim lalu. Mana silapnya? Musim panas yang lepas, Moyes hanya membeli Fellaini dari Everton yang telah terbukti gagal dalam mengemudi bahagian tengah United. Pemain tengah yang kreatif perlu dibeli pada jendela bulan Januari ini. Saya amat menyukai pemain seperti Roy Keane, Paul Scholes ketika masih bermain bersama United. Tanpa Carrick yang dilanda kecederaan, tiada pemain yang lain yang berkebolehan berada di posisi tersebut.

Begitu juga dengan barisan pertahanan. Ferdinand dan Vidic bukanlah pemain yang dapat bermain pada setiap minggu. United juga memerlukan pengganti mereka di masa depan. Di barisan serangan, Rooney dan Van Persie sememangnya masih berada pada tahap yang membanggakan. Welbeck dan Hernandez mungkin agak tenggelam memandangkan tidak selalu diturunkan oleh Moyes.

Apapun untuk musim ini, saya tetap optimis United mampu berada di kelompok Top 4. Tapi untuk mengekalkan kejuaraan EPL, agak sukar (jauh pak awi, kata orang Sarawak). Masih jauh lagi persaingan EPL. Macam-macam boleh berlaku.










Sunday, October 30, 2011

Manchester United selamanya..

Saya tertarik dengan satu artikel/rencana dalam sebuah suratkhabar nasional pada hari ini. Semestinya berkaitan dengan pasukan pujaan saya, Manchester United...


Bola dan kejutan

Ada kejutan berkaitan sukan bola sepak yang menarik perhatian ramai peminat sukan negara ini.

Hujung minggu lalu, kekalahan 1-6 Manchester United (Man U) kepada Manchester City dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) menjadi perbualan ramai.

Man U yang dianggap kelab bola sepak terhebat dan mempunyai ramai penyokong di seluruh dunia termasuk Malaysia, bukan sahaja dikejutkan.

Malah pasukan itu dimalukan di gelanggang sendiri, Old Trafford, mencatatkan keputusan terburuk dalam tempoh 54 tahun.

Rata-rata peminat Man U sugul dan ada yang bagaikan tidak percaya. Tetapi bola bulat. Itulah yang selalu dikatakan betapa kejutan boleh menimpa ke atas pasukan yang lebih kuat dan favourite.

Awang bukanlah peminat Man U tetapi percaya pasukan itu mampu bangkit kerana mempunyai tradisi keunggulannya tersendiri. Kekalahan di tangan Manchester City bukan cerminan kepada keseluruhan prestasi Man U termasuk dalam EPL. Itu hanya satu perlawanan yang sekadar gagal meraih tiga mata. Tentang sejarah gemilang dan ego Man U terutama di Old Trafford yang telah dirobek oleh Manchester City, itu persoalan lain.





Sunday, October 16, 2011

Liverpool vs Manchester United 2011/2012

Timing yang begitu baik sekali untuk menyaksikan match di luar. Game bermula pada 7.45 malam...

Kali ini, MV kami diadakan di Damai Central, Santubong. Sebuah tempat rehat peranginan di tepi laut yang baru saja dibuka kepada orang ramai. Perlawanan yang melibatkan musuh tradisi Liverpool sememangnya dinantikan oleh peminat kedua-dua pasukan.

Kesudahan perlawanan dengan keputusan seri 1-1. Kepuasan terserlah di kalangan peminat MU.



Marzuki, Usop, saya dan Apiss

Sebelum perlawanan..

Ketika half time..kelihatan penyokong kedua pasukan

Sunday, August 7, 2011

Piala Perisai Komuniti (Community Shield) 2011

Malam ini pertembungan jiran setempat Manchester iaitu United dan City dalam Community Shield pastinya dinantikan oleh peminat kedua-dua pasukan. Perlawanan juara EPL dan juara Piala FA di Wembley bukan sekadar pemanas badan sebelum bermulanya musim baru minggu depan tapi dianggap sebagai perlawanan yang penting untuk kedua-dua pengurus pasukan.

Kali terakhir mereka bertemu di Community Shield yang dulunya dikenali sebagai Charity Shield ialah pada tahun 1956 yang dimenangi oleh MU dengan 1-0. City pada musim baru ini adalah pencabar utama untuk United dalam mempertahankan kejuaraan EPL yang lepas. Pemilik City telah berbelanja besar untuk memantapkan lagi pasukan. Namun, kewangan yang hebat bukan menjamin kegemilangan sesebuah pasukan.

Pada pengamatan saya, kerancakan pertembungan mereka dalam musim yang baru ini, 2011-2012 adalah sebagai ulangan kepada pertembungan jiran setempat Merseyside pada tahun 1980-an antara Liverpool dan Everton.

Sebagai peminat setia MU, semestinya saya mengharapkan kemenangan malam ini berpihak kepada mereka. GLORY, GLORY MAN UNITED!!!!

Sunday, May 29, 2011

Penutupan Musim 2010-2011...

Bolasepak musim 2010-2011 telah pun melabuhkan tirainya. Awal pagi tadi sempena perlawanan akhir Liga Juara Eropah, penyokong-penyokong Manchester United di sekitar Kuching telah mengadakan satu gathering di Kompleks Yayasan Sarawak, Semariang.
Sambutan yang diberikan amat menggalakkan. Kira-kira hampir 60 orang telah menghadiri perjumpaan tersebut. Ada juga sebilangan kecil penyokong setia Barcelona turut hadir dijemput untuk memeriahkan lagi suasana. Difahamkan mereka adalah penyokong tulen dan bukannya dari penyokong mana-mana kelab EPL yang lain.
Berbagai aktiviti sampingan telah dijalankan sebelum perlawanan seperti permainan ping pong dan karom. Perjumpaan sedikit sebanyak dapat merapatkan tali silaturahim antara penyokong setia MU. Saya juga sempat beramah mesra dan berkenalan dengan senior yang true die hard fan..:))

Walaupun keputusan perlawanan yang agak mendukacitakan bagi MU, tetapi syabas dan terima kasih kepada pihak penganjur terutama kepada Hj Fuad, Bakhtiar, Augustine, Andy Yeo dan Adzlie dari pihak Yayasan Sarawak sendiri kerana berkerjasama dalam menganjurkan event tersebut..

GLORY, GLORY MAN UNITED!!!!!

Monday, May 23, 2011

19th League Title

Manchester United have got their hands on the Premier League trophy after the final day of the season. 19th league title that puts them above their great rivals, Liverpool. Congrats to all MU die hard supporters!!!..GLORY..GLORY MAN UNITED!!

Tuesday, March 8, 2011

Ulasan saya...Liverpool vs MU..


Kelmarin, ada seorang kawan Facebook (FB) Inbox kat saya, "Tidak update blog ker?.Cita lah game malam tadi (Liv lwn MU)".Rupa-rupanya blog saya dinantikan oleh sebilangan peminat bolasepak EPL. Walaupun blog ini bukannya khusus untuk kisah bolasepak saja tetapi lebih kepada perkara am. Tidak sangka sekali...:)) Terima kasih diucapkan..

Sebagai seorang peminat setia MU, kekalahan kelmarin memang menyakitkan hati. 3-1 di tangan musuh ketat dari zaman tok nenek dulu, Liverpool. Cukup perit untuk diperkatakan. Sudah semestinya, rakan-rakan yang anti- MU di FB meraikan kemenangan Liverpool dengan bangga sekali. Seperti 'kebangkitan rakyat di Timur Tengah'..upss..minta maaf kalau terkasar kata. Tapi itulah realitinya.

Gol pertama, tidak ada seorang pun pemain yang mampu mengeluarkan bola dari kotak penalti. Rembat je bola kuat-kuat ke belakang atau ke tepi padang, langsung tidak ada. Biasanya siapa yang buat tindakan-tindakan macam ni? Nemanja Vidic. Di mana Vidic? Kapten MU itu digantung perlawanan kerana tidak dapat mengawal emosi ketika menentang Chelsea tempohari. Kalau boleh saya ingin lupakan kita pernah ada kapten macam Vidic. Apa pun, pujian kepada Suarez kerana aksi yang cantik tersebut. Saya juga rindukan aksi Rio Ferdinand yang direhatkan kerana kecederaan.

Gol kedua. Nani. Kesilapan ringkas yang tersangatlah ringkasnya. Terlalu ringkas sehingga tidak dapat difahami bagaimana ia boleh terjadi. Saya sentiasa kagum dengan Dirk Kuyt, dan pada saya pengurus-pengurus Liverpool sebelum Dalglish lah yang tidak pandai menggunakan Kuyt. Bukan Kuyt yang tak pandai main, pada saya. Tetapi Kuyt adalah pemain kutukan Liverpool, sepertimana yang diakui oleh peminat Liverpool dalam FB. Dan beliau bangga pemain kutukan beliau itu menjaringkan gol lawan MU. Hatta pemain kutukan Liverpool itu yang menjaringkan hatrik.

Gol ketiga. Freekick cantik dari Suarez. Van Der Sar tidak dapat menangkap kemas bola tersebut, sehinggakan Kuyt yang berada lebih belakang dari pertahanan MU ketika sepakan percuma itu diambil, tidak dicabar langsung ketika menyudahkan bola muntah tersebut. Di mana pemain-pemain MU ketika itu? Petunjuk mudah bahawa pemain-pemain MU tidak menginginkan kemenangan sebagaimana yang diinginkan oleh pemain-pemain Liverpool, seperti yang dikatakan oleh seorang rakan saya yang lain di Facebook.

Persoalan berikutnya, adakah MU tidak mencipta peluang langsung? Andaian itu salah. Kerana Berbatov menanduk tepat dan lemah ke Meireles yang berdiri di tiang gol, sekali, dan sebelum itu Wes Brown pada separuh masa pertama. Berbatov juga mempunyai satu percubaan cantik yang terkena tiang. MU sepatutnya mendahului dua kali jika percubaan Berbatov yang terkena tiang itu, dan tandukan Wes Brown itu masuk. Ramai sahabat-sahabat saya yang menyokong MU berpendapat MU perlu membuat rombakan besar-besaran di bahagian tengah. Namun jika yang tidak menjadi macam semalam adalah Wayne Rooney, penyerang dengan gaji termahal di MU, dan yang dikatakan penyerang terbaik England sekarang, bagaimana pula kiranya?

Pada saya, MU perlukan seorang yang mentalnya cukup kuat, sepertimana pemain-pemain MU terdahulu. Roy Keane yang pernah di dalam satu perlawanan separuh akhir Champions League, walaupun tahu dirinya bakal digantung dari bermain di perlawanan akhir kerana mendapat 2 kad kuning, tetap bermain bersungguh-sungguh untuk mengejar. Solskjaer yang sanggup mengorbankan diri mendapat kad merah kerana dia tahu jika dia tidak berbuat begitu dan kalah, MU akan dipintas dalam liga. Bukannya seperti Vidic yang tahu perlawanan itu sudah kalah, dan perlawanan berikutnya lebih penting, tetapi masih main seperti tiada perlawanan selepas itu. Ataupun Eric Cantona, yang berpuluh kali memikul MU secara berseorangan di kala MU ketinggalan.

Yang menjadi tanda tanya saya ialah kenapa Sir Fergie menurunkan Carrick?. Sebaliknya Fletcher direhatkan di bangku simpanan. Sepatutnya Fletcher diturunkan pada permulaan perlawanan kalau dilihat dari prestasi semasa pemain. Selepas tamat perlawanan, Sir Fergie terus memulaukan sesi soal jawab dengan media.Mungkin kah ada kata-kata pedas dari beliau lagi?...

Apa pun, persoalannya kembali kepada sejauh mana pemain-pemain MU inginkan kemenangan. Apa yang penting MU masih berada puncak di carta liga.Kejuaraan ke -19 masih terbuka luas untuk dirampas kembali. Kita tutup bicara kali ini dengan gambar-gambar ketika Nani yang cedera akibat bentesan keras Carragher. Lihatlah gambar-gamabr ini dan nilai kembali, adakah kesalahan Rafael sama beratnya dengan kesalahan Carragher?

Friday, February 25, 2011

Mengejar Kejuaraan EPL ke 19.

Aksi Champions League yang hambar ketika bertemu dengan Marsaille tempohari. Perlawanan seterusnya pada hujung minggu ini bertemu Wigan, diikuti Chelsea pada pagi rabu di Stamford Bridge dan Liverpool di Anfield pada hujung minggu depan. 3 perlawanan away yang begitu mencabar bagi pasukan Manchester United untuk menjulang kejuaraan yang ke 19.

Kekalahan kepada Wolves pada Feb 6 tidak menyentap semangat MU, sebaliknya sebagai inspirasi terbaik untuk terus bertakhta di persada EPL. Jika dilihat dari rekod kejuaraan EPL, pasukan yang kalah sedikit pasti akan menjuarai liga. Hanya pada musim 2008-2009, Liverpool yang hanya tewas 2 kali tidak menang sebaliknya MU yang tewas sebanyak 4 kali menjulang takhta yang ke 18. Sorry untuk Liverpool fans..:)

Pertemuan dengan Chelsea dan Liverpool adalah yang dinantikan oleh peminat bolasepak. Walaupun kedua pasukan tersebut lebih menumpukan perhatian kepada kejohanan Champions League dan Europa League, kemenangan pastinya yang dicarikan oleh kedua pasukan itu. Jika dilihat dengan rekod away MU pada musim ini memang agak menggusarkan saya. Tetapi sebagai penyokong setia MU, saya yakin mereka mampu melakukan sesuatu pada perlawanan tersebut.

GLORY.GLORY MU!!!








Saturday, January 8, 2011

Istimewanya :- Manchester United vs Liverpool...FA Cup..

Eric Cantona menjulang FA Cup tahun 1996..


Ketika itu, bulan Mei 1996. Saya masih lagi bekerja part time di sebuah restoren segera di Bandaraya Kuching, sementara menunggu panggilan ke IPTA. Bekerja shift pagi yang berakhir pada pukul 2.30 ptg. Selepas tamat shift, lepak sekejap bersama rakan-rakan sekerja yang lain. Perbualan tak lain dan tak bukan semestinya tentang FA Cup final pada malam nya di antara MU vs Liv.

Detik yang dinantikan sudah tiba. Pada tahun tersebut,belum ada lagi Astro. Kesemua perlawanan luar ataupun EPL hanya ditayangkan di rancangan tempatan. MU yang seminggu sebelumnya telah ditabalkan sebagai Juara EPL memang berkeinginan untuk 'Double' lagi. Perlawanan yang dijangkakan klassik, rupanya tidak mencapai ke tahap sebegitu. Eric Cantona menjaringkan gol kemenangan untuk MU pada minit ke 85. Sekali lagi MU menjulang Double selepas tahun 1994.

Pada tahun 1999, sekali lagi kedua pasukan bertemu di FA Cup. Kali ini pada peringkat 3rd Round di gelanggang keramat MU, Old Trafford. Michael Owen yang ketika itu menyarung jersi untuk Liv menjaringkan gol pendahuluan. Selepas itu, MU menjaringkan 2 gol pada minit-minit terakhir perlawanan melalui Yorke dan Solskjaer. Saya boleh katakan perlawanan tersebut adalah begitu klassik diantara kedua pasukan. Biarpun, saya tidak menonton live perlawanan tersebut, tapi itulah detik kebangkitan MU yang memenangi TREBLE pada tahun 1999.

Dan pada tahun 2006, MU dan Liv bersekemuka lagi di FA Cup. Kali ini di peringkat 4th round di Anfield. Perlawanan dimenangi oleh Liv 1-0 dengan jaringan oleh Peter Crouch. Saya tidak menonton perlawanan tersebut. Sehinggakan rakan MU saya di Kuching menghantar sms keputusan perlawanan itu. Ketika itu, saya masih lagi berkhidmat di Marudi. Saya tidak mengikuti rapat perlawanan-perlawanan yang melibatkan MU ketika di sana.

Mengapa FA Cup?..bagi saya, perlawanan diantara MU dan Liverpool begitu menarik dan mendebarkan di peringkat kalah mati, kalau dibandingkan dengan EPL. Dan pada hari ahad, sekali lagi kedua pasukan akan bertemu. Detik terakhir Roy Hodgson bersama Liv? Sir Ferguson amat menyesali kekalahan MU kepada Leeds Utd di peringkat 3rd round tahun lepas. Sudah semestinya, beliau akan menurunkan kesebelasan utama...

Sebagai penyokong utama Manchester United, sudah semestinya saya berkeinginan mereka untuk menang!!!..GLORY,GLORY MAN UNITED!!!!!