Saturday, January 8, 2011

Istimewanya :- Manchester United vs Liverpool...FA Cup..

Eric Cantona menjulang FA Cup tahun 1996..


Ketika itu, bulan Mei 1996. Saya masih lagi bekerja part time di sebuah restoren segera di Bandaraya Kuching, sementara menunggu panggilan ke IPTA. Bekerja shift pagi yang berakhir pada pukul 2.30 ptg. Selepas tamat shift, lepak sekejap bersama rakan-rakan sekerja yang lain. Perbualan tak lain dan tak bukan semestinya tentang FA Cup final pada malam nya di antara MU vs Liv.

Detik yang dinantikan sudah tiba. Pada tahun tersebut,belum ada lagi Astro. Kesemua perlawanan luar ataupun EPL hanya ditayangkan di rancangan tempatan. MU yang seminggu sebelumnya telah ditabalkan sebagai Juara EPL memang berkeinginan untuk 'Double' lagi. Perlawanan yang dijangkakan klassik, rupanya tidak mencapai ke tahap sebegitu. Eric Cantona menjaringkan gol kemenangan untuk MU pada minit ke 85. Sekali lagi MU menjulang Double selepas tahun 1994.

Pada tahun 1999, sekali lagi kedua pasukan bertemu di FA Cup. Kali ini pada peringkat 3rd Round di gelanggang keramat MU, Old Trafford. Michael Owen yang ketika itu menyarung jersi untuk Liv menjaringkan gol pendahuluan. Selepas itu, MU menjaringkan 2 gol pada minit-minit terakhir perlawanan melalui Yorke dan Solskjaer. Saya boleh katakan perlawanan tersebut adalah begitu klassik diantara kedua pasukan. Biarpun, saya tidak menonton live perlawanan tersebut, tapi itulah detik kebangkitan MU yang memenangi TREBLE pada tahun 1999.

Dan pada tahun 2006, MU dan Liv bersekemuka lagi di FA Cup. Kali ini di peringkat 4th round di Anfield. Perlawanan dimenangi oleh Liv 1-0 dengan jaringan oleh Peter Crouch. Saya tidak menonton perlawanan tersebut. Sehinggakan rakan MU saya di Kuching menghantar sms keputusan perlawanan itu. Ketika itu, saya masih lagi berkhidmat di Marudi. Saya tidak mengikuti rapat perlawanan-perlawanan yang melibatkan MU ketika di sana.

Mengapa FA Cup?..bagi saya, perlawanan diantara MU dan Liverpool begitu menarik dan mendebarkan di peringkat kalah mati, kalau dibandingkan dengan EPL. Dan pada hari ahad, sekali lagi kedua pasukan akan bertemu. Detik terakhir Roy Hodgson bersama Liv? Sir Ferguson amat menyesali kekalahan MU kepada Leeds Utd di peringkat 3rd round tahun lepas. Sudah semestinya, beliau akan menurunkan kesebelasan utama...

Sebagai penyokong utama Manchester United, sudah semestinya saya berkeinginan mereka untuk menang!!!..GLORY,GLORY MAN UNITED!!!!!

No comments:

Post a Comment