Sunday, August 7, 2011

Piala Perisai Komuniti (Community Shield) 2011

Malam ini pertembungan jiran setempat Manchester iaitu United dan City dalam Community Shield pastinya dinantikan oleh peminat kedua-dua pasukan. Perlawanan juara EPL dan juara Piala FA di Wembley bukan sekadar pemanas badan sebelum bermulanya musim baru minggu depan tapi dianggap sebagai perlawanan yang penting untuk kedua-dua pengurus pasukan.

Kali terakhir mereka bertemu di Community Shield yang dulunya dikenali sebagai Charity Shield ialah pada tahun 1956 yang dimenangi oleh MU dengan 1-0. City pada musim baru ini adalah pencabar utama untuk United dalam mempertahankan kejuaraan EPL yang lepas. Pemilik City telah berbelanja besar untuk memantapkan lagi pasukan. Namun, kewangan yang hebat bukan menjamin kegemilangan sesebuah pasukan.

Pada pengamatan saya, kerancakan pertembungan mereka dalam musim yang baru ini, 2011-2012 adalah sebagai ulangan kepada pertembungan jiran setempat Merseyside pada tahun 1980-an antara Liverpool dan Everton.

Sebagai peminat setia MU, semestinya saya mengharapkan kemenangan malam ini berpihak kepada mereka. GLORY, GLORY MAN UNITED!!!!

No comments:

Post a Comment