Friday, July 8, 2011

Senyum....Smile...SAYCHESSSSSS!!

"Smile an everlasting smile, a smile can bring you near to me. Don't ever let me find you down, cause that would bring a tear to me..." Begitulah lirik lagu Words dari kumpulan Bee Gees..

Seperti gambar di sebelah, anak kembar saya begitu manis dan cute sekali dengan senyuman mereka. :)..Aksi spontan Akak dan Adek ketika diambil gambar.. Senyuman kanak-kanak adalah yang paling tulus kerana jiwa mereka yang ceria.

Kali ini, saya nak berbicara berkaitan dengan SENYUM. Banyak cerita tentang senyum. Dan banyak gaya orang tersenyum. Ada yang senyum tawar tidak kurang juga yang senyum pahit. Namun cubalah kita senyum seikhlas yang mungkin. Malah dalam Islam, memberi senyuman kepada orang lain juga sudah dianggap sebagai sedekah.

Menurut pakar, kita hanya boleh tersenyum jika hati gembira dan senyuman tidak boleh terbuat-buat kerana ia akan mempamerkan kepura-puraan.

Senyuman yang paling tulus akan berakhir dalam tempoh 7 saat. Itulah yang dikatakan senyuman yang bermakna, bersih, suci, ikhlas dan jujur. Senyuman adalah terapi minda untuk memulakan hari yang baik. Senyum bukan saja dilemparkan hanya untuk orang lain tetapi mulakan senyuman pada diri sendiri untuk menjadi positif.

Antara lelaki dan perempuan, siapa yang paling banyak tersenyum? Jawabnya, perempuan. Itulah hasil yang diperolehi dari kajian yang dilakukan oleh Keltner, bahawa perempuan lebih banyak tersenyum ketika berada di tempat awam. Analisis itu juga berjaya mengesan bahawa perempuan yang banyak senyum dan gembira semasa zaman belajarnya akan mempunyai kehidupan yang gembira di alam pekerjaannya.

Senyuman dan ketawa adalah rawatan untuk orang yang susah hati dan stress. Stress dan susah hati hanya bersifat sementara. Ia hanya boleh dirawat dengan mendekatkan hati diri dengan Yang Maha Esa, bersyukur, bersabar dengan musibah. Redha dengan ujian, kita akan kembali ceria..

No comments:

Post a Comment