Wednesday, February 2, 2011

Wayne Rooney..........

DI SEBALIK KISAH rekod perpindahan Torres dari Liverpool ke Chelsea masih menjadi perbualan orang ramai dan media, Wayne Rooney dengan gaya tersendiri nya membantu Manchester United kekal memuncak di persada EPL. Awal pagi tadi, MU menumpaskan Aston Villa 3-1 dalam persaingan EPL. Dua gol yang dijaringkan oleh Rooney pada minit pertama dan minit ke 45 sudah cukup menyakinkan peminat setia MU bahawa dia sudah kembali menyengat. Kemenangan itu melebarkan rekod tanpa kalah MU dalam carta EPL kepada 24 perlawanan pada musim ini. Di tangga ke-2 adalah Arsenal dengan perbezaan 5 mata, di samping jumlah perlawanan yang sama.

Sementara kapten MU, Vidic menjaringkan gol ke-3 MU dengan satu sepakan yang cantik. Pada permulaan perlawanan, ada ura-ura menyatakan Sir Fergie akan menurunkan Hernandez untuk bergandingan dengan Berbatov di jentera serangan. Sebaliknya, boss MU tersebut masih yakin dengan ayam tambatan yang memakai jersi 10 itu. Pengurus England, Fabio Capello juga berada di Old Trafford untuk menyaksikan lebih dekat prestasi beberapa pemain England terutamanya Rooney.

Sebagai peminat setia MU, saya yakin Rooney akan kembali dengan prestasi hebat nya selepas ini. Lupakan Torres, Suarez dan nama-nama baru yang lain. MU mempunyai Rooney, Berbatov, Hernandez..maupun Owen. Pilih saja nama-nama hebat MU di jentera serangan. Mereka pasti akan mengenggarkan jaring gol!!!..GLORY, GLORY MAN UNITED!!

No comments:

Post a Comment