Saturday, February 5, 2011

Torres jadi perhatian hujung minggu


Untuk sekian kali nya, saya menulis mengenai pemain termahal di Britain setakat ini, Fernando Torres. Perpindahan yang bernilai 50 juta pounds dari Liverpool ke Chelsea menjadi bualan hangat peminat EPL tidak kira dari penyokong Chelsea sendiri, sedih dan geramnya penyokong Liverpool. Halaman Home di FB saya menceritakan segalanya respon peminat kedua-dua pasukan ini.

Tawar menawar diantara pengurusan Liverpool dan Chelsea akhirnya termeterai di saat terakhir 'January transfer window'. Difahamkan juga, Torres sendiri menyatakan hasratnya ingin berpindah keluar dari pasukan Liverpool. Selama 4 musim bersama pasukan The Reds, tiada pencapaian yang membanggakan bagi dari nya. Jika dibandingkan dengan pencapaian bersama pasukan negaranya Spain, beliau telah mempunyai kejuaraan Piala Dunia 2010 dan Kejohanan Eropah 2008.


Perlawanan pada hujung minggu diantara kedua pasukan Chelsea dan Liverpol pasti menjadi tumpuan hebat dengan Fernando Torres di tengah padang. Pada perlawanan di Anfield beberapa bulan yang lepas, Liverpool menewaskan Chelsea yang mana Torres menjadi penjaring kedua-dua gol tersebut. Liverpool pasti akan bermain dengan corak bertahan. Menahan asakan serangan Chelsea yang berkelebihan bermain di Stamford Bridge.

Tumpuan semestinya kepada Fernando Torres tidak kira beliau diturunkan pada kesebelasan utama maupun sebagai pemain simpanan. Saya tidak kisah siapa yang menang, yang pasti pasukan pujaan Manchester United semakin jauh di persada EPL...:)

No comments:

Post a Comment