Thursday, February 24, 2011

Insya Allah

Ketika dalam perjalanan ke pejabat pagi tadi, saya mendengar lagu Insya Allah versi Melayu yang didendangkan oleh Maher Zain melalui sebuah stesen radio. Walaupun tune dan melodi nya sama saja dengan versi English, tetapi lirik versi Melayu sememangnya begitu syahdu dan cepat menyerap di sanubari hati ini....:)

Andainya kau rasa tak berupaya
Hidup sendirian tiada pembela
Segalanya suram
Bagai malam yang kelam
Tiada bantuan tiada tujuan
Janganlah berputus asa
Kerana Allah bersamamu


Chorus


Insya Allah Insya Allah Insya Allah
Ada jalannya
Insya Allah Insya Allah Insya Allah
Ada jalannya

Andainya dosamu berulang lagi
Bagai tiada ruang untuk kembali
Dikau keliru atas kesilapan lalu
Membelenggu hati dan fikiranmu
Janganlah berputus asa
Kerana Allah bersamamu


Ulang Chorus


Kembalilah
Kepada Yang Esa
Yakin padaNya
Panjatkanlah doa
Oh Ya Allah
Pimpinlah daku dari tersasar
Tunjukkan daku ke jalan yang benar
Jalan yang benar
Jalan yang benar
Jalan yang benar


Ulang Chorus



No comments:

Post a Comment