Sunday, February 20, 2011

Tetap Setia Menyokong Pasukan Bolasepak Negeri

Dalam perlawanan Kejohanan Bolasepak Piala FA di Stadium Selayang kelmarin, pasukan Sarawak tewas 0-2 kepada pasukan ATM. Saya tidak mengikuti secara rapat mengenai perlawanan tersebut. Tapi sebagai peyokong setia pasukan bolasepak negeri, saya memang agak kecewa dan terkilan dengan keputusan tersebut.

Di sebalik kekalahan pasukan negeri, ada segelintir pihak yang mengambil kesempatan dengan melakukan provokasi murahan di satu Page di halaman Facebook. Admin tersebut tidak segan silu dan tidak memperdulikan sensitiviti peminat dan penduduk negeri am nya.Dengan sesuka hati saja menghentam pasukan bola sepak negeri. Fakta yang salah juga dinyatakan. Ini menimbulkan rasa marah dan kurang senang peminat setia pasukan negeri.

Diharap pihak admin Page tersebut mendelete ataupun meminta maaf atas keterlanjurannya. Pandangan yang saya nyatakan ini adalah pendapat peribadi semata-mata. Tidak mewakili mana-mana pihak pun. Kerana saya TETAP SETIA MENYOKONG PASUKAN BOLASEPAK NEGERI SARAWAK!!!

No comments:

Post a Comment