Sunday, March 24, 2013

Harimau Malaya bersemangat

Perlawanan Liga M berhenti rehat selama 2 minggu sebagai persediaan bagi pasukan kebangsaan menghadapi Kelayakan Piala Asia 2015. Ketika 'friendly match' pada minggu yang lepas bertemu Arab Saudi, Malaysia tewas 1-4.

Pertembungan kedua dalam Kumpulan D pada hari jumaat pula akhirnya Malaysia menang 2-1 menentang Yemen. Sebenarnya, saya agak hairan kenapa pasukan-pasukan yang sekolompok dengan pasukan negara semuanya dari negara-negara Arab? Undian yang tidak adil.! Selain Yemen yang berkedudukan 5 ranking di bawah Malaysia dalam ranking FIFA, pasukan Qatar dan Bahrain adalah 2 pasukan lain dalam Kumpulan D. Pada perlawanan pertama, Malaysia tumpas 2-0 bertemu Qatar di Doha.

Saya tidak menyaksikan secara penuh perlawanan menentang Yemen. Tapi jika dilihat secara kasar, pasukan negara sememangnya berhak untuk mendapat 3 mata penuh. Pemain yang mencuri tumpuan semestinya Mahali Jusuli yang banyak mengkucar-kacirkan pertahanan Yemen. Dan begitu juga Wan Zack Haikal melalui gerakan berbahaya di sebelah kanan.

Yemen mendahului pada minit ke 12. Tetapi semangat tidak mudah menyerah kalah pasukan negara akhirnya menyaksikan Azamudin 'Alex' menjaringkan gol 15 minit kemudian. Pemain gantian, Khyril Muhymeen muncul wira dengan tandukan tajam pada minit ke 80 (gambar di atas) untuk gol kedua dan kemenangan Malaysia.

Semoga terus berjaya pasukan negara untuk perlawanan kelayakan seterusnya! Aaaaaaaaaaaaaaaaauuuummmmmmmm!!


p/s:- Bila lagi pemain dari Sarawak akan bermain untuk Malaysia???




No comments:

Post a Comment