Tuesday, November 29, 2011

Tiada Lagi - Amy Search

Saya diberitahu oleh seorang rakan yang Amy Search akan mengadakan Konsert Terbilang Borneo 2011 di Kuching pada 9 Disember nanti. Semestinya beliau akan pasti menyanyikan lagu fav saya, 'Tiada Lagi'..

Saturday, November 26, 2011

Salam Maal Hijrah 1433

Saya ingin mengucapkan Salam Maal Hijrah 1433 kepada para pengunjung blog ini. Setiap perubahan menuntut suatu penghijrahan. Semoga tahun baru ini mendatangkan kebaikan dan perubahan yang lebih baik kepada kita. Hidup lebih bermakna apabila ia dimanfaatkan sepenuhnya.

Rio Ferdinand

Sebagai seorang peminat setia pasukan Manchester United, sudah pastinya saya tidak senang dengan prestasi semasa pertahanan kental Rio Ferdinand. Masalah kecederaan telah menggoyahkan kedudukan beliau di kelab dan pasukan negara, England.

Kontraknya dijangka akan tamat pada musim 2012-13 dan terdapat ura-ura menyatakan beliau akan berpindah ke Chicago Fire. Walaupun Ferdinand telah diketepikan dari pasukan England untuk aksi kelayakan Euro 2012, dia masih mampu mencabar untuk mendapatkan tempat dalam kejohanan akhir musim panas depan.

Bekas bintang Leeds dan West Ham ini telah bergelut dengan kecederaan dan masalah tersebut sedikit sebanyak telah menjejaskan sedikit prestasinya di atas padang.

Come On Rio Ferdinand!!!

Wednesday, November 23, 2011

Kemenangan 'Penakut' Ditarik Balik

Saya mengikuti laman Twitter penyanyi Yuna. Dan beliau telah mengesahkan mengenai penarikan balik trofi Lagu Terbaik menerusi Penakut yang dimenanginya dalam Anugerah Industri Muzik (AIM) 18 baru-baru ini.

Berlaku kesilapan pada pemilihan pemenang bagi kategori itu sehingga Penakut dinobatkan sebagai lagu terbaik secara keseluruhan walaupun ia tidak memenangi dalam kategori Lagu Pop Terbaik pada anugerah itu.

Turut dilaporkan, anugerah itu akan diserahkan kepada komposer Edry Abdul Halim dan Anuar Zain menerusi lagu Sedetik Lebih yang memenangi dalam kategori Lagu Pop Terbaik.

Pada anugerah itu, Yuna menggondol tiga anugerah iaitu Persembahan Vokal Wanita Terbaik menerusi lagu (Penakut) dan Anugerah Kembara atas pencapaian cemerlangnya di Amerika Syarikat selain Lagu Terbaik (Penakut).


Tuesday, November 22, 2011

Tahniah Harimau Muda

Final Sukan Sea 2011 di Jakarta. Perlawanan yang cukup mendebarkan. Syukur alhamdulillah, pasukan Malaysia berjaya menewaskan pasukan tuan rumah Indonesia dalam sepakan penentuan sepakan penalti 4-3 selepas terikat 1-1 sepenuh masa tambahan.

Seperti sedia maklum, Stadium Gelora Bung Karno Senayan di Jakarta sememangnya tempat keramat bagi Indonesia. Difahamkan seramai hampir 80,000 peminat setia pasukan merah putih memberi sokongan padu kepada pasukan negara mereka. Berkat semangat tidak kenal erti penat lelah serta pengalaman beraksi di tempat yang lebih mencabar seolah-olah menjadi perangsang untuk pasukan Malaysia.

Malaysia ketinggalan seawal minit ke-5 melalui tandukan simple oleh pemain bek Indonesia, Gunawan. Pada minit ke 35, Asraruddin berjaya menyamakan kedudukan. 1-1 seterusnya kekal hingga ke sepakan penalti. Skipper Malaysia, akhirnya menjadi wira apabila menyempurnakan sepakan ke-5.

Tahniah sekali lagi Malaysia!!!..Kemenangan yang kedua berturut untuk pingat emas dalam acara bolasepak Sukan Sea.

"We are the Champions"..(Queen)






Sunday, November 20, 2011

Konsert Maher Zain

Nama Maher Zain memang tidak asing lagi di negara kita. Lagu-lagu dendangan beliau memang begitu popular sekali. Konsert beliau di Kuching pada 19 November yang lepas bukan sahaja menarik perhatian peminat dari Sarawak, bahkan juga dari Brunei, Indonesia dan tidak ketinggalan juga peminat Semenanjung yang sanggup terbang ke sini semata-mata untuk menonton konsert beliau.

Difahamkan jualan tiket beliau yang berharga Rm103, Rm 203, Rm303 dan tempat duduk VIP bagaikan pisang goreng panas larisnya. Hujan yang turun dengan lebatnya di sekitar bandaraya Kuching tidak menghalang mereka untuk ke Stadium Perpaduan (Indoor Stadium).

Persembahan yang bermula pada 8.15 malam dimulakan dengan artis jemputan Irfan Makki dan Mesut Kurtis yang menyanyikan sekurangnya 5 buah lagu masing-masing.

Selepas itu, barulah diikuti dengan persembahan Maher Zain yang dinantikan oleh peminatnya. Beliau telah menyanyikan seluruh lagu dalam albumnya termasuk yang mempunyai versi Bahasa Melayu untuk lagu Insha Allah.


Tiket Maher Zain

Walaupun konsep lagu beliau adalah dalam bentuk dakwah Islam, ia tidak menghalang segelintir penonton yang bukan Islam untuk turut sama hadir. Begitulah indahnya. Dengan izin Allah, ia dapat menyentuh hati-hati lain. Keikhlasan dalam melakukan kebaikan.


Penonton yang padat dan penuh


Saya memang terhibur dengan konsert beliau. Ditambah lagi dengan aksi dan celoteh pengacara dari Cats Fm yang begitu mencuit hati. Lebih-lebih juga, kebanyakan lagu dendangan beliau memang sudah sinonim dengan jiwa dan raga saya sendiri. Saya juga telah memiliki album CD beliau sejak tahun lepas lagi.

Penonton di bahagian utama, VIP


Terima kasih kepada pihak penganjur terutamanya Cats FM dan stesen tv rasmi, TV3 yang menjayakan konsert ini dengan berkesan sekali. Saya pasti semua yang hadir turut terhibur dengan penganjuran konsert ini.

Di akhir konsert dengan nyanyian 'Insha-Allah'

Thursday, November 17, 2011

Indonesia 0-1 Malaysia [SEA Games 2011]

Malaysia menewaskan pasukan tuan rumah Indonesia 1-0 dalam perlawanan terakhir peringkat kumpulan di temasya Sukan Sea malam ini. Dengan kemenangan ini, Malaysia menduduki tempat pertama kumpulan dan akan berentap dengan Myanmar pada peringkat separuh akhir sabtu ini..

Wednesday, November 16, 2011

Ada Apa Dengan Cinta

Negara jiran kita, Indonesia memang tak lekang dengan filem-filem hebat mereka. Saya masih ingat dengan satu filem yang saya gemari pada pertengahan tahun 2002, 'Ada Apa Dengan Cinta'. Antara pelakon nya adalah seperti Nicolas Saputra dan Dian Sastro. Ia berkisarkan kepada kisah percintaan di zaman persekolahan.

Soundtrack filem yang dipopularkan oleh Melly Goeslow juga sering menjadi siulan ketika itu. Bukan itu sahaja, bahkan terdapat lagu lain juga yang dimuatkan bersama. Selain itu, filem ini begitu indah dengan beberapa puisi yang sinonim dengan jalan ceritanya.


Tuesday, November 15, 2011

Jika - Melly feat Ari Lasso

Ketika memandu pagi semalam, tetiba satu stesen radio memainkan lagu ini. Memang agak lama sudah tidak mendengar nya. Ketika pertengahan tahun 2000, lagu ini memang begitu popular dan hits sekali.. one of my fav song too..:)

Saturday, November 12, 2011

Mr. Os

Jikalau anda menonton pertandingan Maharaja Lawak Mega, pasti tidak kering gusi ketawa dengan telatah Mr. Os bersama Abon dalam Kumpulan Osbon. Nampaknya, beliau telah kembali aktif dalam dunia hiburan tanahair sejak beberapa tahun tiada publisiti atau berita mengenainya.

Mr Os atau nama sebenarnya, Mohd Yusof Abdul Hamid merupakan seorang pelawak terkenal tanahair sekitar pertengahan tahun 1980-an. Pasti anda akan mengingati dengan sitcom bersiri Santan Berlada pada tahun 1984 yang mana beliau terkenal dengan watak Mr. Os. Antara filem lakonan Mr. Os yang terkenal adalah seperti Balik Kampung, Mr.Os, Keluarga 99, Boss, Cikgu Romantik.

Diharap beliau akan terus berkecimpung aktif dalam dunia hiburan tanahair. Secara tidak langsung ia akan mengekalkan popularitinya.

Thursday, November 10, 2011

Persembahan mantap skuad junior Malaysia

Petang kelmarin, saya hanya berkesempatan menyaksikan separuh masa kedua perlawanan antara pasukan negara dan pasukan Thailand dalam peringkat kumpulan maut Sukan Sea 2011 di Jakarta. Selepas persembahan yang hambar ketika bertemu dengan pasukan Singapura tempohari, corak yang berbeza pula ditayangkan oleh anak-anak buah Ong Kim Swee ini ketika menang 2-1 kelmarin. Gerakan pantas serta beberapa gerakan serangan yang kemas.

Begitu banyak peluang untuk menjaringkan gol disia-siakan oleh pasukan negara pada perlawanan tersebut. Ketumpulan bahagian serangan memang tidak dapat dinafikan lagi. Terima kasih diucapkan kepada penyerang gantian, Izzaq Faris Ramlan yang menjaringkan gol yang cantik dan mengelirukan penjaga gol Thailand pada minit ke 85.

Perlawanan seterusnya adalah bertemu dengan pasukan Kemboja pada hari ahad nanti. Nampaknya, jersi hitam kuning membawa tuah kepada pasukan Bawah-23 tahun negara ini. Teruskan perjuanganmu Harimau Muda!!!!

Wednesday, November 9, 2011

Kenalan 'laman sosial'

Ketika membaca satu berita utama di sebuah akhbar tempatan hari ini, rasa terkejut dan terkilan atas apa yang berlaku. Hanya berkenalan melalui 'laman sosial', sehingga membawa kepada penangkapan seorang gadis dari Sarawak di Australia akibat membawa bungkusan heroin.

Ini bukanlah kes yang asing bahkan sebelum ini, sudah banyak yang kita dengar mengenai modus operandi yang hampir serupa. Ada juga yang hanya melibatkan kemasukan wang ke dalam akaun 'teman siber' sehingga beratus-ratus ribu jumlahnya.

Kegiatan penipuan kiriman bungkusan dipercayai oleh sindiket warga Afrika semakin berleluasa ketika ini. Semakin ramai pengguna internet begitu mudah 'diperbodohkan' oleh sindiket tersebut melalui cinta siber. Sehingga sanggup menjadi 'keldai dadah'.

Oleh itu, sentiasalah berhati-hati dan tidak mudah percaya dengan kenalan 'laman sosial' kita.


Monday, November 7, 2011

Dept: No sign of unusual weather between now and March

Kebiasaannya, musim hujan di akhir tahun atau lebih dikenali sebagai 'Musim Tengkujuh" mula melanda pada ketika ini. Dengan keadaan waktu yang tidak menentu, diharap kita dapat bersedia lebih awal dengan hujan yang akan kerap turun. Kemungkinan, hujan yang lebat yang berpanjangan jika diiikuti dengan air pasang juga mungkin akan mendatangkan banjir di kawasan yang rendah. Kadangkala, cuaca yang panas pada awal paginya jangan disangka akan berpanjangan cerah hingga ke petang. Terutama ketika kita menjemur pakaian di luar rumah. Berwaspada selalu...

Berikut adalah petikan daripada The Star Online, 7/11/2011..:-


KUCHING: There is no indication to an unusual weather in Sarawak between now and middle of March, at least for now.

State Meteorological Department director Wong Teck Kiong said the east coast of the peninsula, Sabah and Sarawak were experiencing the northeast monsoon, which brings heavy rain to the coastal areas.

He said the monsoon season, which usually starts in early November would end in March.

He said the amount of rainfall was expected to increase between 20% and 40% in Peninsular Malaysia and Sabah and 20% in Sarawak.

“A few episodes of two to three days of continuous heavy rain are expected to occur in some parts of the state. If it happens, flood may occur, especially in the low-lying areas and where the drainage system is poor,” he told The Star yesterday.

He said the department would remain alert for any eventualities.

“We will monitor the weather pattern every day and if there is any indication of unusual weather phenomena, we will keep the public informed,” he said.

Sunday, November 6, 2011

Selamat Hari Raya Aidiladha

Saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada pengunjung-pengunjung blog saya yang beragama Islam. Aidiladha adalah berkaitan dengan konsep pengorbanan. Paling penting, pengorbanan haruslah kepada perkara yang mendatangkan kebaikan. Setiap manusia diduga dengan bermacam-macam ujian dalam hidup, tetapi ia menuntut pengorbanan diri mereka supaya redha dengan ujian Allah SWT itu...Insya-Allah..

Saturday, November 5, 2011

25 tahun kegemilangan Sir Fergie

Pada 6 November 1986, Alex Ferguson telah dilantik menjadi pengurus Manchester United menggantikan Ron Atkinson. Ketika itu, pasukan MU berada dalam kedudukan yang kritikal iaitu di tangga ke 19 diantara 22 kelompok di Liga lama Divisyen 1.

Tiada siapa yang menjangkakan beliau akan bertahan lama di kelab itu. Pada tahun 1990, beliau hampir dipecatkan kerana gagal untuk memenangi sebarang piala kejuaraan. Sehinggalah pada Final replay Piala FA 1990, MU memenangi kejuaraan sulungnya. Dari detik itu, bermulalah monopoli kejuaraan beliau selanjutnya.

Diikuti dengan menjuarai Piala Cup Winners (kejohanan Eropah yang telah dilupuskan) pada tahun 1991. Piala Liga (kini Carling Cup) pada 1992 dan Kejuaraan Liga Perdana pada tahun 1993. Sehingga ke detik ini, beliau telah menjuarai sebanyak 37 kejuaraan untuk pasukan Manchester United.

Detik paling manis adalah pada tahun 1999 ketika menjuarai 'Treble'. Sehingga beliau dinobatkan gelaran Sir oleh Queen Elizabeth 2. Dan kini ulangtahun ke 25 tahun, beliau telah mentranformasikan Manchester United menjadi kelab paling berjaya dalam sejarah bolasepak England.

Wednesday, November 2, 2011

November - Musim cuti sekolah

Anak kembar ku sentiasa happy selepas kembali dari sekolah

oh yeah...bulan November datang kembali. Hanya tinggal beberapa minggu saja lagi untuk musim persekolahan pada tahun 2011 ini akan berakhir. Tentunya, ada di kalangan ibu bapa sudah merancang untuk mengambil cuti yang panjang untuk bersama-sama anak-anak dan keluarga.

My twins...Adek dan Akak juga dijangka akan ke Kuching pada pertengahan bulan November ini. Selamat bercuti!!!