Showing posts with label Hernandez. Show all posts
Showing posts with label Hernandez. Show all posts

Saturday, February 18, 2012

Ajax vs MU


Penampilan pertama Manchester United dalam kejohanan Piala Europa atau dulunya dikenali dengan Piala UEFA amat memberangsangkan. Perlawanan pertama pusingan ke 32 diadakan di Armsterdam Arena. Cleverley, Nani dan Young telah diturunkan dan bermain dalam kesebelasan utama.

Jaringan gol oleh Young dan Hernandez pada separuh masa kedua permainan sedikit sebanyak memberi kelebihan kepada MU untuk menghadapi pelawanan kedua di Old Trafford pada khamis depan. Nampak gayanya, tiada masalah untuk MU mara ke pusingan ke 16 selepas ini. All the best MU!!!

Monday, April 25, 2011

Siapa Juara EPL 2010-2011..??


Perlawanan weekend yang lepas begitu dramatik. Terutama kepada pasukan pujaan Manchester United. Dengan berbaki 7 minit, Hernandez menanduk gol hasil hantaran Valencia. Sudah banyak kali, ketika MU ditabalkan menjadi juara pasti ada 'magic' di saat akhir seperti musim-musim yang lepas. e.g dari Ronaldo maupun Steve Bruce di ketika awal tahun 1990-an.

Pasukan Chelsea dengan 6 mata dibelakang seringkali menjadi duri dalam daging bagi MU. Torres berjaya menjaringkan gol sulung nya setelah dimasukkan ketika separuh masa kedua. Pertemuan kedua pasukan 8hb di Old Trafford sudah semestinya menjadi tumpuan untuk perebutan takhta EPL. Selain MU, 3 perlawanan terakhir The Blues adalah bertemu Spurs, Newcastle dan Everton.

Manakala lawan MU bagi weekend ini iaitu Arsenal nampaknya bolehlah mengucapkan bye-bye kepada perebutan takhta setelah tewas 1-2 kepada Bolton malam tadi. Wenger begitu kecewa dengan kekalahan tersebut sehingga menyatakan dirinya patut dipersalahkan.

Ada diantara kawan rapat saya dengan berseloroh berkata, seandainya Kenny Dalglish diberikan peranan menerajui Liverpool sejak awal musim kemungkinan mereka menjuarai takhta ke 19..betul ker?..:))

Wednesday, March 16, 2011

MU layak ke Suku Akhir

Pagi tadi pasukan pujaan saya, Manchester United berjaya menewaskan Marseille 2-1 pada pusingan ke 2, kalah mati Champions League. Dengan kemenangan aggregat 2-1 ini, MU melayakkan diri ke peringkat suku akhir. Undian seterusnya akan diadakan pada hari Jumaat. Dengan pasukan handalan Barcelona, Inter Milan yang diantaranya juga turut layak. Sementara pasukan Real Madrid dan Chelsea pula akan meneruskan nasib mereka pada pagi esok.

Dalam perlawanan di Old Trafford itu, Sir Fergie menurunkan gandingan Rooney dan Hernandez di bahagian serangan. Hasilnya, Hernadez berjaya meledakkan 2 gol. Sementara jaringan gol sendiri Wes Brown sekadar membantu Marseille memperolehi gol saguhati.



Nampaknya penyudahan Hernandez semakin berbisa. Berbatov yang sekadar memanaskan bangku simpanan harus berusaha sebaik mungkin jika ingin mengembalikan tempat nya di kesebelasan MU. Siapa sangka pemain yang dibeli dengan harga 6juta pound itu semakin kerap menjaringkan gol untuk MU.



Kapten pasukan, Vidic tidak diturunkan akibat kecederaan ketika latihan. Wes Brown seperti biasa bersama Chris Smalling di bahagian tengah pertahanan. John O'shea juga mengalami kecederaan hamstring pagi tadi. Rafael yg mengantikan O'Shea di separuh masa pertama turut dikeluarkan akibat kecederaan yang sama.

Sementara Nani yang juga bermain di kesebelasan utama. Tapi, beliau tidak begitu berkesan dan tempatnya digantikan oleh Valencia pada separuh masa kedua permainan. Perasaan yang begitu gembira dengan kemenangan MU. Perlawanan seterusnya adalah berjumpa Bolton untuk saingan EPL pula..