Saturday, February 25, 2012

United cemas tapi tetap layak

Saya menonton perlawanan pagi Jumaat yang lepas dengan keyakinan pasukan pujaan Manchester United akan menang bergaya dan seterusnya layak ke peringkat 16 Piala Europa. Namun apa yang berlaku adalah disebaliknya. Ajax Amsterdam berjaya mengambil kesempatan atas persembahan kurang konsisten United.

Park Ji Sung antara pemain senior di atas padang menjadi ketua pasukan United. Jika dilihat kesebelasan utama yang diturunkan oleh Sir Fergie, nampaknya beliau mempertaruhkan kepada pemain muda. Patrice Evra, Rio Ferdinand, Scholes, Ryan Giggs semua direhatkan dan diletakkan di bangku simpanan.

Jaringan awal Hernandez pada minit ke 5 perlawanan seolah-olah memberi signal untuk pesta gol. Namun permainan pemain sayap Nani dan Ashley Young agak kurang menyerlah dan kurang memberi impak kepada setiap gerakan dan serangan United.

Ajax berjaya menyamakan kedudukan beberapa minit sebelum tamat separuh masa pertama dan seterusnya mendahului pada minit ke 83 perlawanan. Selaku peminat setia United, agak mengusarkan melihat pasukan Ajax melakukan serangan ke kubu United pada babak akhir sebelum tamat.

Walaupun tewas 1-2 tapi United tetap mara dengan aggregat 3-2. Terima kasih kepada kemenangan 2-0 di gelanggang lawan seminggu sebelumnya. Sir Fergie mengakui beliau patut dipersalahkan atas persembahan pasukan. Lawan seterusnya adalah Athetic Bilbao. Seharusnya, Sir Fergie menurunkan kesebelasan yang terbaik untuk pusingan yang mendatang..GGMU!!

Thursday, February 23, 2012

Artis Youtube

Jikalau sebelum ini Yuna mula dikenali melalui Myspace, Anna Raffali dan Najwa dihidu bakat melalui Youtube. Muncul lagi seorang bakat yang bermula dari Youtube iaitu Tasha Manshahar. Ketika pertama kali melihat video beliau, viewers hanyalah lebih kurang 500 sahaja. Tetapi sekarang ia telah mencecah hampir 400,000 lebih viewers.

Saya tidak pasti sejauh mana beliau dapat pergi dalam bidang ini. Hanya ucapan "All the best". Dan semestinya beliau dan rakan-rakan juga peminat setia pasukan Manchester United..:)) Semoga terhibur!!

Tuesday, February 21, 2012

Jambatan Gantung Satok

Saya masih ingat lagi ketika itu pada bulan Oktober 2004, Jambatan Gantung Satok telah roboh. Memang agak mengejutkan. Salah satu mercu sejarah dan kebanggaan penduduk bandaraya Kuching telah tiada.

Dan baru-baru ini, Menteri Pelancongan Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg yang juga ADUN Satok telah menyatakan kesediaan kerajaan untuk membangunkan semula jambatan tersebut.

Difahamkan ia masih dalam kajian dan perbincangan. Jambatan sepanjang 130 meter itu adalah digunakan untuk pejalan kaki sahaja. Ia adalah bersesuaian untuk dibangunkan semula memandangkan Kubah Ria Market yang akan dibuka pada tahun ini dan bagi menghubungkan penduduk di Satok dan Matang.

Jikalau anda peminat setia Ngap Sayot pada tahun 1988, pasti mengimbau kembali dengan peristiwa jurulatih Awang Mahyan yang terjun dari jambatan tersebut setelah Sarawak melayakkan diri ke Separuh Akhir Piala Malaysia..:))

Saturday, February 18, 2012

Ajax vs MU


Penampilan pertama Manchester United dalam kejohanan Piala Europa atau dulunya dikenali dengan Piala UEFA amat memberangsangkan. Perlawanan pertama pusingan ke 32 diadakan di Armsterdam Arena. Cleverley, Nani dan Young telah diturunkan dan bermain dalam kesebelasan utama.

Jaringan gol oleh Young dan Hernandez pada separuh masa kedua permainan sedikit sebanyak memberi kelebihan kepada MU untuk menghadapi pelawanan kedua di Old Trafford pada khamis depan. Nampak gayanya, tiada masalah untuk MU mara ke pusingan ke 16 selepas ini. All the best MU!!!

Sunday, February 5, 2012

Selamat Berhujung Minggu

Agak lama sudah tidak mengupdate post dalam blog ini. Semestinya sibuk dengan kegiatan harian. Bak kata dialect Melayu Sarawak 'gago'..Dan tahun 2012 berlalu dgn pantasnya. Sudah masuk bulan Februari. Semoga tahun ini mendatangkan kebaikan, berjaya dalam bidang yang ditempuhi dan dimurah rezeki selalu..

Saya tinggalkan sebuah lagu fav saya sekitar tahun 1999 dulu untuk tatapan semua. Semestinya dari Ronan Keating..