Saturday, February 25, 2012

United cemas tapi tetap layak

Saya menonton perlawanan pagi Jumaat yang lepas dengan keyakinan pasukan pujaan Manchester United akan menang bergaya dan seterusnya layak ke peringkat 16 Piala Europa. Namun apa yang berlaku adalah disebaliknya. Ajax Amsterdam berjaya mengambil kesempatan atas persembahan kurang konsisten United.

Park Ji Sung antara pemain senior di atas padang menjadi ketua pasukan United. Jika dilihat kesebelasan utama yang diturunkan oleh Sir Fergie, nampaknya beliau mempertaruhkan kepada pemain muda. Patrice Evra, Rio Ferdinand, Scholes, Ryan Giggs semua direhatkan dan diletakkan di bangku simpanan.

Jaringan awal Hernandez pada minit ke 5 perlawanan seolah-olah memberi signal untuk pesta gol. Namun permainan pemain sayap Nani dan Ashley Young agak kurang menyerlah dan kurang memberi impak kepada setiap gerakan dan serangan United.

Ajax berjaya menyamakan kedudukan beberapa minit sebelum tamat separuh masa pertama dan seterusnya mendahului pada minit ke 83 perlawanan. Selaku peminat setia United, agak mengusarkan melihat pasukan Ajax melakukan serangan ke kubu United pada babak akhir sebelum tamat.

Walaupun tewas 1-2 tapi United tetap mara dengan aggregat 3-2. Terima kasih kepada kemenangan 2-0 di gelanggang lawan seminggu sebelumnya. Sir Fergie mengakui beliau patut dipersalahkan atas persembahan pasukan. Lawan seterusnya adalah Athetic Bilbao. Seharusnya, Sir Fergie menurunkan kesebelasan yang terbaik untuk pusingan yang mendatang..GGMU!!

No comments:

Post a Comment