Sunday, November 14, 2010

Peningkatan pencapaian UPSR..


Sepanjang minggu ini ketika membaca suratkhabar dan menonton berita di tv, kebanyakan berkisar kepada keputusan perperiksaan sekolah dan majlis graduasi maupun penyampaian hadiah di sekolah/tadika. Ada sebahagian pelajar sekolah menengah yang sudah memulakan cuti. Ada yang yang pula menyusul seminggu kemudian. Bagi yang menduduki SPM, mungkin kena bersabar dulu.

Apa yang ingin saya kongsikan disini adalah peringkat sekolah rendah.Pencapaian peperiksaan UPSR di seluruh negara begitu memberangsangkan. Di Sarawak saja, seramai 2,035 orang berjaya mencatat penguasaan peringkat A untuk semua mata pelajaran. Jumlah tersebut adalah meningkat berbanding tahun lepas, hanya 1,995 yang berjaya mencatatkan keputusan tersebut.

Manakala dari segi sekolah yang berjaya mendapat 100 peratus kelulusan, sebanyak 65 sekolah berjaya mencatatkan keputusan berkenaan di negeri ini berbanding 55 sekolah tahun lepas.

Dari segi minat pelajar, dari segi statistik, pelajar lebih cenderung dalam bidang akademik, diikuti sukan, teknik/vokasional, seni dan budaya serta sosial.

Hanya 10 peratus daripada 48,327 murid yang mendapat 5A dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun ini berpeluang ke sekolah berasrama penuh (SBP) di seluruh negara.

Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr. Wee Ka Siong berkata, situasi tersebut berlaku ekoran bilangan kekosongan di SBP yang terhad berbanding jumlah murid cemerlang yang ramai.

Ka Siong berkata, sekolah harian juga diberi perhatian oleh kerajaan bagi melahirkan pelajar cemerlang agar setanding dengan SBP.

Justeru, katanya, murid mampu untuk terus cemerlang sekiranya tidak belajar di SBP kerana usaha dan keazaman memainkan peranan penting dalam mencapai kejayaan.

Selamat bercuti kepada guru-guru dan pelajar-pelajar sekolah rendah!!














No comments:

Post a Comment