Showing posts with label Bayern Munich. Show all posts
Showing posts with label Bayern Munich. Show all posts

Wednesday, January 19, 2011

Apa Nak Dipadah owhhh??

gambar hiasan..:p


Hampir seminggu saya tidak mengudatekan blog ini. Terasa begitu kosong jiwa sejak kebelakangan ini. Entah di mana silapnya. Mungkin cuaca yang dingin dan hujan lebat beberapa hari ini. Di pejabat pun, bukan main sejuk lagi. Kalau awal-awal pagi dah sampai ke pejabat tu, cepat-cepat saya akan meng'adjust'kan main switch di bilik aircon.

Musim perayaan Tahun Baru Cina nampaknya semakin kunjung tiba. Al-maklumlah, bangunan pejabat yang dibawah nya terdapat shopping komplek pasti akan dipenuhi oleh pengunjung untuk melakukan persiapan perayaan. Sejak 3 tahun berpindah ke Ibu Pejabat, saya rasa musim perayaan Tahun Baru Cina memang amat meriah di sana. Dengan kesesakan lalu lintasnya ketika di parking area dan jualan murah (SALE)...hahaha..!!


Berbalik kepada pasukan MU. Perlawanan ujung minggu yang amat baik dan memberikan impak berkesan. Seri 0-0 ketika bertemu dengan pasukan Spurs di White Hart Lane. Walaupun, bermain dengan 10 org pemain di pertengahan babak kedua, tetapi sistem pertahanan yang kental membuahkan hasil. Perlawanan yang seterusnya adalah Birmingham di OT, midweek vs Blackpool dan bertemu Southampton di perlawanan Piala FA minggu hadapan.


Semoga sukses selalu untuk diriku...dan dimurah rezeki selalu..:))

Sunday, May 23, 2010

INTER MILAN JUARA!!!!



Awal pagi tadi, saya sempat menyaksikan final Champions League. Pada kebiasaannya, final CL akan diadakan pada pertengahan minggu. Satu kemenangan yang amat bermakna buat Jose Mourinho. Treble untuk Inter Milan. Selepas kejuaraan Liga dan piala domestik di Italy. Begitu juga dengan pasukan Bayern Munich seandainya mereka pula yang menang perlawanan pagi tadi.


Dua jaringan oleh Milito pada minit ke 35 dan 70 adalah detik cemerlang bagi Inter. Kedua gol yang digerakkan dari kawasan tengah padang. Memang amat unik sekali terutama gol yang kedua. Inter sebenar bermain secara defensive game. Hanya sekali sekala bergerak untuk menyerang. Memang sudah menjadi kebiasaaan bagi mana-mana pasukan dari Italy.


Jose Mourinho dikhabarkan akan mengemudi Real Madrid untuk musim yang baru. Beliau merancang untuk memenangi CL dengan pasukan yang ketiga selepas Porto dan Inter. Tahniah dan selamat maju jaya untuk beliau.!!!