Sunday, January 20, 2013

Sarawak vs Pos Malaysia

Pada hari Jumaat yang lepas, saya berkesempatan menyaksikan perlawanan Liga Perdana antara pasukan Sarawak dan Pos Malaysia FC. Hujan turun dengan lebatnya sebelum dan ketika perlawanan sedang dilangsungkan. Boleh dikatakan inilah perlawanan pertama saya ke stadium bagi musim ini.

Serangan daripada pasukan Sarawak

Kemenangan kepada pasukan Sarawak dengan 2-0 hasil jaringan pemain import Babic dan Azizan Saperi pada separuh masa kedua. Boleh dikatakan banyak peluang terhidang terutama pada separuh masa pertama, tetapi disia-siakan oleh pemain Sarawak.

Kehadiran penonton yang sedikit akibat hujan lebat

Saya teruja dengan permainan kapten Joseph Kalang Tie yang begitu baik menggemudi bahagian tengah pasukan Sarawak. Kombinasinya dengan Bwelle memang amat berkesan sekali walaupun tanpa kehadiran  kapten utama, Shahrol Saperi.

Maskot Bujang Senang

Perlawanan yang seterusnya adalah berjumpa dengan pasukan Sime Derby FC di Stadium Selayang isnin depan. Semoga berjaya pasukan Sarawak!!..

                                            Tamat perlawanan pasukan Sarawak menghargai kehadiran peminat setia

No comments:

Post a Comment