Tuesday, March 8, 2011

Ulasan saya...Liverpool vs MU..


Kelmarin, ada seorang kawan Facebook (FB) Inbox kat saya, "Tidak update blog ker?.Cita lah game malam tadi (Liv lwn MU)".Rupa-rupanya blog saya dinantikan oleh sebilangan peminat bolasepak EPL. Walaupun blog ini bukannya khusus untuk kisah bolasepak saja tetapi lebih kepada perkara am. Tidak sangka sekali...:)) Terima kasih diucapkan..

Sebagai seorang peminat setia MU, kekalahan kelmarin memang menyakitkan hati. 3-1 di tangan musuh ketat dari zaman tok nenek dulu, Liverpool. Cukup perit untuk diperkatakan. Sudah semestinya, rakan-rakan yang anti- MU di FB meraikan kemenangan Liverpool dengan bangga sekali. Seperti 'kebangkitan rakyat di Timur Tengah'..upss..minta maaf kalau terkasar kata. Tapi itulah realitinya.

Gol pertama, tidak ada seorang pun pemain yang mampu mengeluarkan bola dari kotak penalti. Rembat je bola kuat-kuat ke belakang atau ke tepi padang, langsung tidak ada. Biasanya siapa yang buat tindakan-tindakan macam ni? Nemanja Vidic. Di mana Vidic? Kapten MU itu digantung perlawanan kerana tidak dapat mengawal emosi ketika menentang Chelsea tempohari. Kalau boleh saya ingin lupakan kita pernah ada kapten macam Vidic. Apa pun, pujian kepada Suarez kerana aksi yang cantik tersebut. Saya juga rindukan aksi Rio Ferdinand yang direhatkan kerana kecederaan.

Gol kedua. Nani. Kesilapan ringkas yang tersangatlah ringkasnya. Terlalu ringkas sehingga tidak dapat difahami bagaimana ia boleh terjadi. Saya sentiasa kagum dengan Dirk Kuyt, dan pada saya pengurus-pengurus Liverpool sebelum Dalglish lah yang tidak pandai menggunakan Kuyt. Bukan Kuyt yang tak pandai main, pada saya. Tetapi Kuyt adalah pemain kutukan Liverpool, sepertimana yang diakui oleh peminat Liverpool dalam FB. Dan beliau bangga pemain kutukan beliau itu menjaringkan gol lawan MU. Hatta pemain kutukan Liverpool itu yang menjaringkan hatrik.

Gol ketiga. Freekick cantik dari Suarez. Van Der Sar tidak dapat menangkap kemas bola tersebut, sehinggakan Kuyt yang berada lebih belakang dari pertahanan MU ketika sepakan percuma itu diambil, tidak dicabar langsung ketika menyudahkan bola muntah tersebut. Di mana pemain-pemain MU ketika itu? Petunjuk mudah bahawa pemain-pemain MU tidak menginginkan kemenangan sebagaimana yang diinginkan oleh pemain-pemain Liverpool, seperti yang dikatakan oleh seorang rakan saya yang lain di Facebook.

Persoalan berikutnya, adakah MU tidak mencipta peluang langsung? Andaian itu salah. Kerana Berbatov menanduk tepat dan lemah ke Meireles yang berdiri di tiang gol, sekali, dan sebelum itu Wes Brown pada separuh masa pertama. Berbatov juga mempunyai satu percubaan cantik yang terkena tiang. MU sepatutnya mendahului dua kali jika percubaan Berbatov yang terkena tiang itu, dan tandukan Wes Brown itu masuk. Ramai sahabat-sahabat saya yang menyokong MU berpendapat MU perlu membuat rombakan besar-besaran di bahagian tengah. Namun jika yang tidak menjadi macam semalam adalah Wayne Rooney, penyerang dengan gaji termahal di MU, dan yang dikatakan penyerang terbaik England sekarang, bagaimana pula kiranya?

Pada saya, MU perlukan seorang yang mentalnya cukup kuat, sepertimana pemain-pemain MU terdahulu. Roy Keane yang pernah di dalam satu perlawanan separuh akhir Champions League, walaupun tahu dirinya bakal digantung dari bermain di perlawanan akhir kerana mendapat 2 kad kuning, tetap bermain bersungguh-sungguh untuk mengejar. Solskjaer yang sanggup mengorbankan diri mendapat kad merah kerana dia tahu jika dia tidak berbuat begitu dan kalah, MU akan dipintas dalam liga. Bukannya seperti Vidic yang tahu perlawanan itu sudah kalah, dan perlawanan berikutnya lebih penting, tetapi masih main seperti tiada perlawanan selepas itu. Ataupun Eric Cantona, yang berpuluh kali memikul MU secara berseorangan di kala MU ketinggalan.

Yang menjadi tanda tanya saya ialah kenapa Sir Fergie menurunkan Carrick?. Sebaliknya Fletcher direhatkan di bangku simpanan. Sepatutnya Fletcher diturunkan pada permulaan perlawanan kalau dilihat dari prestasi semasa pemain. Selepas tamat perlawanan, Sir Fergie terus memulaukan sesi soal jawab dengan media.Mungkin kah ada kata-kata pedas dari beliau lagi?...

Apa pun, persoalannya kembali kepada sejauh mana pemain-pemain MU inginkan kemenangan. Apa yang penting MU masih berada puncak di carta liga.Kejuaraan ke -19 masih terbuka luas untuk dirampas kembali. Kita tutup bicara kali ini dengan gambar-gambar ketika Nani yang cedera akibat bentesan keras Carragher. Lihatlah gambar-gamabr ini dan nilai kembali, adakah kesalahan Rafael sama beratnya dengan kesalahan Carragher?

2 comments:

  1. salam sal,
    tok pandangan dr peminat liverpool dr thn 1988(era ngap sayot).hehe
    (1) man U game - sik brp bagus dr segi midfield. kurang aggresif. rooney sikda form, berbatov kurang dpt bol. juz mgharapkan scholes di tgh. carrick - slow dan mgkin last season kat man U.
    overall cara main man u - sik brp bagus mun dibanding 2 thn lepas. ferguson perlu meli player mun nak compete ngan arsenal, chelsea city, liverpool.
    liverpool - sigek jak aku madah, luis suarez nang man of d match.
    carra tackle. honestly aku rasa nang patut kenak red card. tackle ya kaki tinggi dan sgt lambat. tp yg lawaknya, nangga muka nani nangis (sori).

    pasal man u pun 19th title - susah ckit mun vidic ngan ferdinand sikda. smalling perlu xperience, wes brown mcm sik tauk main. perlu ingat, man u masih perlu lwn chelsea ngan arsenal. papapun, gd luck. tp instinct aku arsenal menang thn tok.

    p/s liverpool akan challenge seriously next season, and please keep in mind -- we won IT 5 times

    ReplyDelete
  2. w'slam O'on..

    thanks for the comment..

    actually,blogger tok bukan mcm FB yg ada notification mun org ada berik komen. well, saja jak luahan dan pendapat aku selaku die hard fan MU.

    benar kata dirik ya..toklah skuad terlemah ferguson. sik sangka masih top juak. bnyk nasib semua.

    liverpool pasti akan meningkat mun daglish dikekalkan kontrak panjang jadi manager..bok best kit meliat perebutan takhta liga kelak..

    ReplyDelete