Sunday, March 13, 2011

Memoir Dr M....


Ketika itu petang sabtu, 22/6/2002. Saya baru selesai menyaksikan perlawanan bolasepak Piala Dunia 2002 suku akhir antara tuan rumah Korea Selatan dan Spain. Korea berjaya layak ke separuh akhir dengan sepakan penalti.

Selepas itu, terus beralih siaran ke Perhimpunan Agung UMNO 2002 untuk menyaksikan pergulungan ucapan (penutupan) dari Perdana Menteri ketika itu, Tun Dr Mahathir Mohamad. Beliau mencemaskan seluruh negara dengan pengumuman mengejut meletakkan jawatan Presiden UMNO, Pengerusi Barisan Nasional dan semua jawatan dalam parti. Tetapi pengumuman itu ditarik balik. Dan dari saat itulah berlaku peralihan kuasa yang telah dipersetujui diantara beliau dan timbalan nya, Tun Abdullah Badawi.

Siapa yang tidak kenal dengan Dr Mahathir? Seluruh rakyat Malaysia dewasa yang hidup dari tahun 1981 hingga 2003 pasti akan bercerita tentang pengalaman hidup di bawah pentadbiran beliau selaku Perdana Menteri yang ke -4.

Apa yang saya ceritakan disini, bukannya cerita politik. Minta maaf saya ucapkan. Tapi berkisar kepada buku memoirnya, A Doctor in the House: The Memoirs of Tun Dr Mahathir Mohamad yang diterbitkan selasa lalu.

Beberapa tahun lepas, saya pernah membaca sebuah buku hasil karyanya juga iaitu The Malay Dilemma. Kisah mengenai The Malay Dilemma juga telah dimuatkan dalam bab 18 memoir beliau itu.

Memoir yang setebal 843 muka surat ini adalah hasil nukilannya sendiri sejak bersara 8 tahun yang lepas. Ia bukan memoir atau autobiografi yang hanya menceritakan pengalaman hidup. Tetapi lebih kepada hasil fikirannya mengenai politik atau pesanannya kepada generasi akan datang mengenai bangsa dan negara. Ia nya juga bukan kisah peristiwa semata-mata tetapi ia menghujahkan suatu pemikiran. Ia adalah buku serius ,bukannya buku cerita.

Memoir ini adalah bacaan wajib bagi semua rakyat Malaysia yang menganggap diri mereka berpendidikan.Ia mengandungi 3 bahagian pemikiran. Iaitu semasa beliau belum pernah menjadi Perdana Menteri dan ketika menyandang jawatan itu. Ketiga adalah bahagian paling pendek iaitu mengisahkan apa yang berlaku selepas menjadi Perdana Menteri iaitu sepanjang pentadbiran penggantinya.

Buat permulaan, Memoir tersebut dicetak dalam Bahasa English. Terjemahan dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Cina akan disusuli kemudiannya. Berharga Rm100 senaskah. Jangan ketinggalan untuk memilikinya!!

No comments:

Post a Comment