Hujung minggu ini, EPL berhenti rehat untuk memberi laluan kepada pusingan ke 4 Piala FA. Saya berkesempatan menonton perlawanan melibatkan Arsenal, City dan semestinya United yang bertemu dengan Fulham di Old Trafford.
United menurunkan kesebelasan terbaiknya walaupun tanpa kelibat Vidic, Ferdinand dan Van Persie. Nampaknya, Sir Ferguson memandang serius kepada pertembungan Piala FA. Kuda tua, Ryan Giggs diturunkan dan menjaringkan gol pertama melalui sepakan penalti pada minit ke 3. Aksi Giggs yang agak jarang beraksi di EPL memang amat baik permainannya dan sering mengkucar kacirkan pertahanan lawan.
Fulham pula yang diterajui oleh bekas pemain United, Berbatov pun tidak kurang hebatnya. Sekali sekala melancarkan serangan ke arah pintu gol tapi berjaya dipatahkan serangan oleh pertahanan United, Smalling dan Jones. De Gea pula langsung tidak diuji percubaan berbahaya oleh Fulham. Setakat rehat babak pertama, United sudah boleh mendahului sekurangnya 3-0. Ketangkasan penjaga gawang Fulham, Mark Schwarzer menafikan percubaan Rooney dan pemain United lain.
Masuk pada babak separuh masa kedua, United menggandakan serangan dan berjaya memperolehi jaringan menerusi Rooney dan Hernandez dengan 2 gol nya. Sementara gol saguhati Fulham diperolehi melalui Karagounis. Keputusan akhir memihak kepada United dengan kemenangan bergaya 4-1.
Walaupun Van Persie diletakkan di bangku simpanan, tetapi beliau langsung tidak diturunkan memandangkan ketajaman kesudahan daripada Rooney dan Hernandez. Nani pula yang baru diturunkan banyak mencipta peluang dan cubaan sendirinya. Boleh dikatakan persembahan terpuji daripada beliau.
Dengan kelompok pemain yang banyak dan besar, Sir Ferguson tiada masalah untuk memilih pemain nya. Kagawa, Valencia dan Scholes hanya dimasukkan pada babak kedua. Dan ini memberi kelebihan kepada pemain yang direhatkan untuk beraksi penuh pada perlawanan EPL menentang Southampton di Old Trafford pada pagi khamis nanti. Semoga berjaya United. GGMU!!!
No comments:
Post a Comment