Sunday, January 27, 2013
Masa depan suratkhabar
Setiap hari, kalau tidak membaca dan membeli suratkhabar pasti berasa kosong. Sejak kecil lagi, antara yang menjadi pilihan semestinya akhbar tempatan Sarawak Tribune, nasional Berita Harian. Dan kini, saya telah berubah kepada The Borneo Post, nasional Utusan Malaysia, The Star. Pada masa kini, jika dilihat masyarakat terutama dari golongan muda agak kurang minat untuk membaca suratkhabar.
Sumber media baru internet seperti blog, portal berita mahupun laman sosial seperti Facebook, Twitter begitu mudah dan pantas diperolehi melalui gajet, smartphone dan semakin mendapat tempat. Boleh dikatakan suratkhabar dikatakan sebagai sumber maklumat yang ketinggalan zaman jika dibandingkan dengan media baru tersebut.
Bagaimana dengan masa depan surat khabar? Tidak dinafikan surat khabar melalui zaman kelamnya. Edaran akhbar di seluruh dunia kini merosot dengan mendadak atas faktor medium baru yang bercambah dengan pantasnya.
Namun jika dilihat dari aspek yang lain, suratkhabar masih mempunyai kekuatannya sendiri terutama dengan laporan berita yang tepat dan kredibel selain menjadi pilihan para pengiklan, sesuatau yang masih belum dapat ditandingi oleh medium baru.
Dan yang seronoknya, saya juga boleh menjual kembali Old Newspaper walaupun dengan harga yang murah!!!...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment