Showing posts with label Twitter. Show all posts
Showing posts with label Twitter. Show all posts
Saturday, March 2, 2013
Saturday, March 3, 2012
Entri Mac 2012..
Kita sudah memasuki bulan ke 3 dalam tahun 2012. Tidak merasa begitu pantas masa berlalu pergi. Bagaikan baru semalam meraikan ketibaan tahun baru. Pernah terlintas di hati sanubari saya, andai kata kita dapat kembali pada masa yang lampau pasti ramai yang berebut-rebut untuk ke singgahsana juga.
Hidup ini kadangkala tidak seperti yang kita rencanakan. Terlalu banyak cabaran dan ranjau yang terpaksa dilalui. Yang kita sendiri tidak pernah tahu. Sebuah hakikat yang kita perlu ketahui, hidup ini adalah rahmat dari-NYA. Memberi kita mengecapi segala kenikmatan. Memberi kita merasai betapa lelahnya perjuangan. Saya sering membaca luahan rakan-rakan di Facebook dan Twitter mengenai permasalahan harian. Yang pasti, sama-samalah kita mencari hakikat sebuah kehidupan. Jadikan yang lalu sejarah dan panduan. Yang bakal datang sebagai bekalan dan persediaan untuk bertemu Yang Maha Esa..
Friday, January 7, 2011
bunyi PING.....

Sosial networking? Urgghh..pasti semua dah tahu. Dimulakan dengan Friendster, Myspace, Twitter dan sudah semestinya Facebook. Kira-kira 3 tahun yang lepas, salah seorang kawan baik bertanya kepada saya, "kenapa tak buka akaun facebook?". dengan sinis saya menjawab, "sudah ada friendster,cukuplah!" selepas beberapa bulan kemudian, barulah saya membuka akaun FB saya yang tersendiri sehinggalah sekarang ini.
Di negara kita saja, dianggarkan terdapat 8.5 juta pengguna akaun FB. Banyak tu. Pencipta FB iaitu Mark Zuckerberg telah dianugerahkan 'Person of the year for 2010' oleh majalah Time. Dan begitu sukar untuk ditafsirkan betapa ramai di antara kita yang dapat hidup tanpa media sosial yang beliau telah ciptakan ini??
Begitu banyak yang boleh diperolehi dari FB ini. Bekongsi cita-topik, jumpa kawan lama, chatting, games, bisness, berkongsi artikel, mencari kawan baru or bak kata orang..mencari jodoh?..hehe. Semua nya ada di FB dan dengan bermacam-macam lagi aplikasi yang baru.
Saya tak nafikan yang hidup terasa kosong tanpa FB. Kerana FB bukan saja di laptop maupun di pc, tapi sentiasa berada dimana-mana saya berada..iaitu di hp saya..hehehe..SELAMAT BERFACEBOOKING!!!
Labels:
facebook,
Friendster,
Mark Zuckerberg,
Myspace,
Twitter
Subscribe to:
Posts (Atom)
