Showing posts with label Real Madrid. Show all posts
Showing posts with label Real Madrid. Show all posts

Saturday, March 9, 2013

Ronaldo singkirkan MU

Bekas pemain pujaan MU, Cristiano Ronaldo sekali lagi menjaringkan gol di Old Trafford untuk membantu kelabnya Real Madrid dengan kemenangan 2-1. Ketika di Bernabeu, beliau juga turut menjaringkan gol penyamaan 1-1.

Beliau turut mengakui agak sukar untuk bermain pada tahap yang terbaik ketika berjumpa bekas kelabnya. Ketika bermain di Old Trafford saya lihat permainannya agak terbatas dan payah untuk bermain seperti biasa.

Perlawanan turut ditambah dengan kontroversi dari pengadil yang melayangkan kad merah dengan kekasaran yang jelas 'tidak sengaja' dari Nani kepada salah seorang pemain Real Madrid. Selaku peminat setia pasukan MU, semestinya saya kecewa dengan kekalahan tersebut. Saya juga banyak menerima mesej mengenai perlawanan itu dari rakan-rakan yang 'kaki bola'.

MU tidak bernasib baik untuk menang. Selepas Real mendahului 2-1, MU banyak memperolehi peluang untuk menjaringkan gol, tetapi dinafikan oleh penjaga gol kedua Real Madrid. Sejak undian pusingan kedua Champions League pada bulan Disember yang lepas, saya berasakan agak susah untuk MU melepasi pasukan Real Madrid. Rekod pertemuan yang lepas kedua pasukan banyak memihak kepada Real Madrid.

Selepas ini, hanya tinggal EPL dan Piala FA untuk menjadi rebutan kejuaraan bagi MU. Pastinya Sir Alex Ferguson tidak mahu dirundung dengan kekecewaan lagi pada musim ini.



Sunday, May 23, 2010

INTER MILAN JUARA!!!!



Awal pagi tadi, saya sempat menyaksikan final Champions League. Pada kebiasaannya, final CL akan diadakan pada pertengahan minggu. Satu kemenangan yang amat bermakna buat Jose Mourinho. Treble untuk Inter Milan. Selepas kejuaraan Liga dan piala domestik di Italy. Begitu juga dengan pasukan Bayern Munich seandainya mereka pula yang menang perlawanan pagi tadi.


Dua jaringan oleh Milito pada minit ke 35 dan 70 adalah detik cemerlang bagi Inter. Kedua gol yang digerakkan dari kawasan tengah padang. Memang amat unik sekali terutama gol yang kedua. Inter sebenar bermain secara defensive game. Hanya sekali sekala bergerak untuk menyerang. Memang sudah menjadi kebiasaaan bagi mana-mana pasukan dari Italy.


Jose Mourinho dikhabarkan akan mengemudi Real Madrid untuk musim yang baru. Beliau merancang untuk memenangi CL dengan pasukan yang ketiga selepas Porto dan Inter. Tahniah dan selamat maju jaya untuk beliau.!!!