Tuesday, February 21, 2012

Jambatan Gantung Satok

Saya masih ingat lagi ketika itu pada bulan Oktober 2004, Jambatan Gantung Satok telah roboh. Memang agak mengejutkan. Salah satu mercu sejarah dan kebanggaan penduduk bandaraya Kuching telah tiada.

Dan baru-baru ini, Menteri Pelancongan Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg yang juga ADUN Satok telah menyatakan kesediaan kerajaan untuk membangunkan semula jambatan tersebut.

Difahamkan ia masih dalam kajian dan perbincangan. Jambatan sepanjang 130 meter itu adalah digunakan untuk pejalan kaki sahaja. Ia adalah bersesuaian untuk dibangunkan semula memandangkan Kubah Ria Market yang akan dibuka pada tahun ini dan bagi menghubungkan penduduk di Satok dan Matang.

Jikalau anda peminat setia Ngap Sayot pada tahun 1988, pasti mengimbau kembali dengan peristiwa jurulatih Awang Mahyan yang terjun dari jambatan tersebut setelah Sarawak melayakkan diri ke Separuh Akhir Piala Malaysia..:))

1 comment:

  1. saya amat setuju jambatan tersebut dibia semula sebagai tourist attraction dan juga pedestrian movements ke Kubah Ria.

    ReplyDelete