Difahamkan jualan tiket beliau yang berharga Rm103, Rm 203, Rm303 dan tempat duduk VIP bagaikan pisang goreng panas larisnya. Hujan yang turun dengan lebatnya di sekitar bandaraya Kuching tidak menghalang mereka untuk ke Stadium Perpaduan (Indoor Stadium).
Persembahan yang bermula pada 8.15 malam dimulakan dengan artis jemputan Irfan Makki dan Mesut Kurtis yang menyanyikan sekurangnya 5 buah lagu masing-masing.
Selepas itu, barulah diikuti dengan persembahan Maher Zain yang dinantikan oleh peminatnya. Beliau telah menyanyikan seluruh lagu dalam albumnya termasuk yang mempunyai versi Bahasa Melayu untuk lagu Insha Allah.
Tiket Maher Zain
Walaupun konsep lagu beliau adalah dalam bentuk dakwah Islam, ia tidak menghalang segelintir penonton yang bukan Islam untuk turut sama hadir. Begitulah indahnya. Dengan izin Allah, ia dapat menyentuh hati-hati lain. Keikhlasan dalam melakukan kebaikan.
Penonton yang padat dan penuh
Saya memang terhibur dengan konsert beliau. Ditambah lagi dengan aksi dan celoteh pengacara dari Cats Fm yang begitu mencuit hati. Lebih-lebih juga, kebanyakan lagu dendangan beliau memang sudah sinonim dengan jiwa dan raga saya sendiri. Saya juga telah memiliki album CD beliau sejak tahun lepas lagi.
Penonton di bahagian utama, VIP
Terima kasih kepada pihak penganjur terutamanya Cats FM dan stesen tv rasmi, TV3 yang menjayakan konsert ini dengan berkesan sekali. Saya pasti semua yang hadir turut terhibur dengan penganjuran konsert ini.
Di akhir konsert dengan nyanyian 'Insha-Allah'
No comments:
Post a Comment