Sunday, June 5, 2011

Nur Kasih The Movie


Saya amat meminati filem cinta yang berkonsepkan Islamik. Antaranya seperti Ayat-Ayat Cinta dan Ketika Cinta Bertasbih. Tidak dinafikan filem ciptaan negara jiran kita ini berjaya mencetuskan fenomena dan tarikannya tersendiri.

Baru-baru ini, saya telah menonton sebuah filem tempatan yang tidak asing lagi iaitu 'Nur Kasih The Movie'. Filem ini sebenar nya ialah kesinambungan dari dasar cerita yang sudah diwujudkan dalam drama 26 episod di TV3 sekitar tahun 2009. Dianggarkan sekitar 19 juta jumlah penonton telah menyaksikan drama tersebut.

Tidak hairanlah filem lakonan antaranya, Tiz Zaqyah (Nur Amina), Fizz Fairuz (Aidil) dan Remy Isyak(Adam) dinantikan oleh peminat Nur Kasih. Bezanya antara drama Nur Kasih dan NKTM, semua watak berkembang dalam tempoh 6 bulan dengan masing-masing membawa duka lara tersendiri.

NKTM hanya memakan masa selama sejam 35 minit. Terlalu banyak yang ingin diceritakan dalam waktu yang singkat sehingga penonton tidak sempat merasa kesannya.

Antara yang adegan 'saspens' bagi saya adalah di tanah perkuburan sehinggakan bejaya mengundang resah dan sebak penonton hingga tertanya-tanya siapakah yang mati adakah Aidil, Adam atau Nur Amina.

Sekalipun bukan ketiga-tiga watak mereka yang mati, tetapi mengapa watak Adam dimatikan begitu sahaja di akhir pengakhiran cerita nya. Bagi saya, dengan kematian Adam mungkin akan berakhirlah kisah Nur Kasih ini.

Jika anda belum lagi menonton filem ini..JOM ke panggung wayang yang terdekat!!

No comments:

Post a Comment