Di hari Jumaat yang mulia ini, saya ingin berkongsi satu surah dalam Al-Quran yang bagus untuk diamalkan. Surah tersebut adalah Surah Al-Waqi'ah. Surah yang ke 56 di dalam Al-Quran yang mengandungi 96 ayat. Surah ini menjelaskan tentang kejadian hari kiamat, syurga dan neraka. Juga diceritakan tentang keberuntungan orang-orang yang masuk syurga dan juga kecelakaan bagi orang-orang yang masuk neraka.
Surah ini adalah salah satu surah yang diyakini secara spiritual, psikologi dan ilmiah sebagai satu surah yang mampu memberikan kemukjizatan dan fadhilat kepada kaum Muslimin dan Muslimat yang membaca dan mengamalkannya. Tidak dapat dinafikan, bahawa sebahagian besar kaum Muslimin telah mengetahui bahawa surah Al-Waqiah adalah surah untuk kejayaan dan mengusir kemiskinan.
Sabda Rasulullah S.A.W, "Siapa yang membaca surah al-Waqiah setiap malam, dia tidak akan ditimpa kesusahan atau kemiskinan selama-lamanya." (Diriwayatkan oleh Baihaqi dari Ibnu Mas'ud r.a).
Itulah kelebihan tersendiri surah tersebut iaitu dalam usaha menambahkan rezeki. Dalam aspek jiwa pula, ia dapat mengubah peribadi seseorang manusia daripada negatif kepada positif sekiranya di amalkan secara istiqamah dan tawaddu'. Ia mampu merawat jiwa yang gelisah menjadi tenang, fikiran yang kacau menjadi rapi dan tersusun. Oleh itu, bacalah surah al-Waqi'ah, amalkan lah ia setiap malam, nescaya rezeki anda akan menjadi mudah. Insya-Allah...
No comments:
Post a Comment