Tuesday, November 30, 2010
Sunday, November 14, 2010
Peningkatan pencapaian UPSR..
Sepanjang minggu ini ketika membaca suratkhabar dan menonton berita di tv, kebanyakan berkisar kepada keputusan perperiksaan sekolah dan majlis graduasi maupun penyampaian hadiah di sekolah/tadika. Ada sebahagian pelajar sekolah menengah yang sudah memulakan cuti. Ada yang yang pula menyusul seminggu kemudian. Bagi yang menduduki SPM, mungkin kena bersabar dulu.
Apa yang ingin saya kongsikan disini adalah peringkat sekolah rendah.Pencapaian peperiksaan UPSR di seluruh negara begitu memberangsangkan. Di Sarawak saja, seramai 2,035 orang berjaya mencatat penguasaan peringkat A untuk semua mata pelajaran. Jumlah tersebut adalah meningkat berbanding tahun lepas, hanya 1,995 yang berjaya mencatatkan keputusan tersebut.
Manakala dari segi sekolah yang berjaya mendapat 100 peratus kelulusan, sebanyak 65 sekolah berjaya mencatatkan keputusan berkenaan di negeri ini berbanding 55 sekolah tahun lepas.
Dari segi minat pelajar, dari segi statistik, pelajar lebih cenderung dalam bidang akademik, diikuti sukan, teknik/vokasional, seni dan budaya serta sosial.
Hanya 10 peratus daripada 48,327 murid yang mendapat 5A dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun ini berpeluang ke sekolah berasrama penuh (SBP) di seluruh negara.
Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr. Wee Ka Siong berkata, situasi tersebut berlaku ekoran bilangan kekosongan di SBP yang terhad berbanding jumlah murid cemerlang yang ramai.
Ka Siong berkata, sekolah harian juga diberi perhatian oleh kerajaan bagi melahirkan pelajar cemerlang agar setanding dengan SBP.
Justeru, katanya, murid mampu untuk terus cemerlang sekiranya tidak belajar di SBP kerana usaha dan keazaman memainkan peranan penting dalam mencapai kejayaan.
Selamat bercuti kepada guru-guru dan pelajar-pelajar sekolah rendah!!
Semangat melawan MU!!
Sebentar tadi, pasukan kesayangan saya sekali lagi menampilkan aksi babak terakhir yang begitu menakjubkan. Setelah ketinggalan 2-0, Macheda dan Vidic menjaringkan gol untuk membolehkan MU berkongsi mata dengan Aston Villa 2-2 di Villa Park. Nampaknya, Hernandez dan Berbatov begitu tumpul di bahagian serangan.
Ini memaksa Ferguson untuk mengeluarkan mereka dan menggantikan dengan Macheda dan Obertan pada 15 minit terakhir perlawanan. Pertukaran tersebut menampakkan hasilnya. Biarpun seri, namun banyak yang perlu diperbaiki oleh Ferguson. Rooney yang baru kembali dari USA dan ketiadaan Scholes yang digantung satu perlawanan memberi sedikit impak dengan permainan MU. Perlawanan seterusnya adalah bertemu Wigan di Old Trafford pada 20/11..
Saturday, November 13, 2010
15/11..Iran vs Malaysia
Petikan berita harian..>>>
GUANGZHOU: Malaysia layak ke Pusingan Kedua bola sepak Sukan Asia Ke-16 walaupun tewas 0-3 kepada China pada perlawanan Kumpulan A di Stadium Bolasepak Tianhe, di sini.
Kemaraan Malaysia itu sekaligus memecah kebuntuan selama 32 tahun untuk beraksi di Pusingan Kedua acara bola sepak Sukan Asia.
Walaupun menduduki tempat ketiga di belakang Jepun dan Korea Selatan dalam Kumpulan A, Malaysia layak ke Pusingan Kedua kerana tiga mata yang diperoleh hasil kemenangan 2-1 ke atas Kyrgyzstan pada Selasa lalu membolehkan Malaysia berada di kedudukan terbaik berbanding negara di tempat ketiga dalam kumpulan lain.
Pada perlawanan malam ini, skuad negara terpaksa bermain dengan lapan pemain selepas Mahalli Jasuli diberikan kad kuning kedua, sekaligus kad merah pada minit ke-24 oleh pengadil Williams Ben dari Australia.
Seminit kemudian, ketua pasukan Safiq Rahim pula dilayangkan kad merah kerana memprotes keputusan pengadil memberikan kad merah kepada Mahalli.
Kad merah ketiga dilayangkan kepada S Kunalan pada minit ke-81.
Walaupun terpaksa bermain dengan lapan pemain, skuad negara yang dibelenggu kecederaan berjaya menyerap asakan pasukan China daripada membolosi gawang Malaysia dengan jaringan lebih besar.
Pasukan tuan rumah bagaimanapun berjaya membolosi gawang Malaysia menerusi tandukan Li Jianbin pada minit ke-61 sebelum sepakan leret Zhao Hanglue pada minit ke-65 dari sebelah kanan pintu gol Malaysia menewaskan Khairul Fahmi Che Mat.
Tuan rumah mendapat gol ketiga menerusi sepakan penalti yang disempurnakan oleh Zhang Linpeng pada minit ke-83. - BERNAMA
Wednesday, November 10, 2010
New faces expected in M-League squad
KUCHING: Sarawak will trim its squad to 25 for the M-League next season from the 36 players comprising 13 current state players, 13 Sarawak Cup players and 10 from Peninsular Malaysia training for the selection trial under head coach Zaki Sheikh Ahmad.
Zaki hinted that several new players would be drafted into the final squad.
“At the end of this week, we will finalise the selection,” he said yesterday. He added that a friendly match would be played against Yayasan Sarawak tomorrow and DBKU on Friday with both matches kicking off at 5.30pm at the state stadium.
Sarawak finished sixth scoring 38 goals and letting in 33 last season and Zaki is on the lookout for a player to beef up the strike force if the team were to improve on that performance next season.
He is keeping his eye on former MP Muar striker, Khairul Azahar Eidros to fix that problem.
One player who is the centre of much discussion and speculation among local fans is Rayzal Abdul Jalil, son of former head coach and state player, Abdul Jalil Rambli. Rayzal had an outstanding season with PDRM this year, and is rated good enough to play for the national junior team by Zaki.
“Nothing is conclusive yet, Rayzal did came for the selection trial, but will he play for the state team? That I cannot say,” said Zaki.
Although the new MLeague season kicks off on January 5, Zaki said the draw had yet to be made and he was in the dark over who their opening match opponent would be.
“We were supposed to attend the seminar during the Sarawak Cup last month, but somehow the event was delayed,” he said.
>>>>>Begitu sibuk dengan kegiatan seharian. Malam ini saya hanya berkesempatan membaca suratkhabar melalui 'online' saja. Dan saya ingin berkongsi mengenai pasukan bolasepak Sarawak. Selamat maju jaya kepada mereka. Semoga terus berusaha untuk kembali menjadi pasukan elit di Malaysia dalam masa terdekat ini....
Monday, November 8, 2010
bila tidak dihargai..
Apabila seseorang itu membuat kebaikan atau pun sebarang pekerjaan, adalah normal kalau dirinya terasa berguna apabila dihargai. Lagi-lagi kalau pekerjaan yang dilakukan itu dengan sungguh-sungguh, disambut pula dengan penghargaan yang baik, maka akan berbungalah hatinya. Itu biasa, bahkan akan mendorong dirinya untuk buat yang lagi terbaik pada masa hadapan.
Tetapi, manusia akan rasa sedikit ‘down’ apabila usaha yang dilakukan dengan sedaya upaya itu tidak dihargai bahkan diperkecil-kecilkan. Itu juga adalah biasa bagi makhluk yang bernama manusia. Malah kadang-kadang akan membuatkan seseorang itu merasa tidak berguna dalam apa jua pekerjaan yang dilakukannya. Dan, janganlah hairan sekiranya seorang sahabat sanggup bersusah payah demi sahabatnya yang lain, tetapi akhirnya, sahabat yang dibantu itu akan memulaukan anda malah mencaci anda pula. Ditambah lagi, anda pula difitnah dengan bermacam-macam fitnah yang satu pun anda tidak buat.
Kecewa? Memang ada.
Saya sendiri, pernah juga terasa seperti ini. Setelah apa yang saya telah buat, akibatnya, saya sendiri diserang dan diburukkan dari belakang.
MashaAllah. Hebat sungguh manusia dalam bab tidak menghargai.
Anda bersedih? Anda akan rugi.
Anda senyum, maka anda akan bahagia.
begitulah pola kehidupan kita...ada masa kita di atas..dan ada masa kita dibawah..:)
Sunday, November 7, 2010
Saturday, November 6, 2010
Letusan paling dahsyat sejak 1930
Petikan dari Utusan Malaysia, 6/11/2010
YOGYAKARTA 5 Nov. - Gunung Merapi meletus lagi malam tadi, letusan paling dahsyat sejak ia mula meletus pada 26 Oktober lalu mengakibatkan 77 orang lagi maut.
Letusan kali ini bukan sahaja menyebabkan korban yang lebih besar tetapi ramai mangsa yang maut, mati dalam keadaan tragis, selain turut menyebabkan banyak rumah hangus, kampung lenyap ditimbus lahar dan debu panas, beribu-ribu penduduk hilang rumah kediaman dan terpaksa dipindahkan serta banyak penerbangan terpaksa dibatalkan.
Letusan kali ini menghamburkan debu dan awan panas setinggi 8,000 meter serta sejauh 28 kilometer dan memuntahkan lahar serta lumpur bara dan batu-batu yang mengalir menuruni gunung itu menyapu apa sahaja yang merintanginya sepanjang malam tadi sehingga pagi ini mencetuskan keadaan panik dan kelam kabut.
Ramai penduduk yang tinggal di kawasan sekitar gunung itu bertempiaran lari menyelamatkan diri dalam keadaan gelap malam serta awan pekat menuju ke jalan-jalan raya untuk mencari perlindungan.
Dengan angka terbaru itu, jumlah korban Gunung Merapi sejak ia mula meletus 26 Oktober lalu, sehari selepas kejadian tsunami di Kepulauan Mentawai di Sumatera Barat akibat gempa bumi, kini meningkat kepada 113 orang.
Jumlah mereka yang telah dipindahkan kini lebih 100,000 orang, dengan 30,000 ditempatkan di stadium sukan kira-kira 25 kilometer dari gunung itu.
Lapangan Terbang Antarabangsa Adi Sutjipto di Yogyakarta ditutup berikutan diselubungi debu panas setinggi 2,914 meter yang berbahaya kepada pesawat.
"Berdasarkan letusan hari ini, letupan yang dicetuskan oleh Gunung Merapi kali ini lebih dahsyat daripada letusan pada 1930,'' kata pakar gunung berapi, Subandrio.
Pada 1930, kira-kira 1,300 orang maut apabila gunung itu meletus yang dianggap paling besar sejak 1872.
Zon berbahaya telah diperluaskan dari 15 kilometer hingga 20 kilometer sekitar gunung itu dan mereka yang tinggal dalam radius itu telah diarah berpindah segera, katanya.
Menteri Pengangkutan Indonesia telah mengarahkan juruterbang supaya menjauhkan pesawat mereka kira-kira 12 kilometer dari debu panas gunung berapi itu dan beberapa penerbangan menghubungkan Jawa Tengah dengan Singapura dan Malaysia minggu ini telah dibatalkan.
Presiden Susilo Bambang Yudhoyono telah mengumumkan penghantaran satu briged tentera bagi membantu kerja-kerja menyelamat di wilayah Jawa Tengah ekoran tragedi itu. - UTUSAN
>>>>Gunung Merapi meletus lagi. Begitu menyayat hati bila membaca berita mengenai penduduk Indonesia selama ini. Berbagai-bagai malapetaka terjadi. Kita di Malaysia sepatutnya bersyukur kerana tidak berada di zon gunung berapi ataupun gempa bumi..
Friday, November 5, 2010
Selamat Hari Deepavali!!
Hari Deepavali juga dikenali sebagai Diwali dan Divali. Ia disambut oleh semua penganut yang beragama Hindu di seluruh dunia. Perkataan Deepavali merupakan gabungan perkataan "Dipa" yang beerti cahaya dan perkataan "Gavali" yang beerti barisan...
Kepada semua yang menyambutnya..."Selamat menyambut Hari Deepavali"....
Wednesday, November 3, 2010
Mahu jenama KRU terus hidup
Petikan dari Utusan Malaysia...3/11/2010
SEJAK kemunculan mereka pada tahun 1992, tiga beradik yang menggelarkan diri mereka KRU pantas meraih populariti. Bermula dengan album perdana mereka, Canggih, KRU terus menakluk industri muzik tempatan dengan mencetus pelbagai revolusi menerusi muzik mereka.
Dengan mempertaruhkan irama hip hop dan rap ketika itu, kehadiran KRU dilihat sedikit canggung sementelah pasaran muzik yang lebih didominasi genre pop dan rock.
Tetapi, berbekalkan semangat dan iltizam yang kuat dan mahu mengubah trend industri muzik, KRU tidak ambil peduli apa kata orang.
Diketuai oleh Norman Abdul Halim selaku ketua kumpulan bersama-sama dua adiknya yang lain, Yusry dan Edry hanya mengambil segala yang positif untuk menjadi bekalan azimat buat mereka.
Mereka enggan menoleh ke belakang lagi. Sebaliknya, terus pandang ke hadapan dengan visi serta misi mengukuhkan jenama KRU.
Apa yang dimiliki oleh KRU seperti yang dilihat hari ini bukanlah datang bergolek tetapi adalah usaha keras mereka tiga beradik sehingga berjaya menjadikan KRU sebagai sebuah entiti berpengaruh di negara ini.
Di awal kemunculan mereka, KRU hanya sekadar mampu menyewa di rumah kedai di Taman Melawati, Hulu Kelang, Selangor.
Perlahan-lahan mereka mengumpul harta sehingga mampu memiliki sebuah bangunan yang diberi nama Wisma KRU di Jalan Jelatek, Kuala Lumpur.
Beroperasi di bangunan berwarna jingga itu dari tahun 1997, KRU mencipta pelbagai rekod sehingga berjaya menubuhkan divisyen yang bermula dengan muzik sehinggalah terbinanya KRU Studios yang kini terarah kepada penerbitan filem dan televisyen.
Seperti mana muzik yang dihasilkan mereka, KRU juga mencetus revolusi dalam penghasilan filem sehingga mampu menjadi fenomena seperti dua filem Cicak-Man, Duyung dan terbaru, Magika.
Penyambung legasi KRU
KRU bagi sesetengah pihak barangkali, hanya akan dikenang sebagai artis sahaja. Namun, bagi pengasas grup ini, Yusry Abdul Halim, berhasrat melihat KRU bertahan lama.
Jejaka kacak berusia 37 tahun itu mahu melihat empayar KRU terus kekal dalam industri dan meninggalkan impak besar seperti mana yang dilakukan Walt Disney dan Warner bersaudara.
“Saya mahu melihat KRU Studios setanding dengan Walt Disney dan Warner Bros. yang sehingga ke hari ini terus dihormati dan dipandang tinggi.
“Tiada lain yang saya harapkan adalah untuk melihat empayar kami ini akan terus dikenang walaupun kami telah tiada nanti.
“Tidak semestinya anak-anak kami yang akan mengambil alih syarikat ini. Jika bukan mereka sekalipun, kami mahu orang yang benar-benar layak dan sesuai untuk meneruskan legasi seni kami selama-lamanya,” ujar Yusry yang juga Ketua Pegawai Kreatif KRU Studios.
Kejayaan KRU memiliki kemewahan, kemasyhuran dan kemegahan menerusi jenama yang dibina hampir dua dekad lalu membuktikan anak tempatan mampu setanding dengan masyarakat antarabangsa.
Apatah lagi mereka memilikinya hanya dalam usia mereka yang kesemuanya 30-an. Itu sudah cukup menjadi motivasi kepada anak muda untuk berjaya seperti mereka.
Tanpa usaha gigih, kerja keras serta sokongan padu oleh keluarga masing-masing, tidak mungkin KRU untuk mengecapi kegemilangan yang mereka sendiri tidak pernah bermimpi untuk memilikinya.
Peruntuk RM10 juta
Seiring dengan perkembangan teknologi yang ada masa kini, Edry Abdul Halim pula memberitahu, KRU Studios sentiasa menaik taraf kemudahan dan peralatan yang ada bagi memastikan ia tidak ketinggalan zaman.
Untuk itu, KRU memperuntukkan RM10 juta dan antara teknologi terkini yang akan digunakan oleh KRU Studios dalam penerbitan mereka adalah definisi tinggi (HD) dan stereoscopic 3D iaitu teknologi yang sama digunakan dalam filem Avatar.
Begitu juga dengan penerbitan telemovie mahupun drama bersiri dengan slot sebanyak 150 hingga 300 jam untuk stesen televisyen di negara ini.
KRU Studios juga mengorak langkah apabila bakal mewujudkan KRU TV khusus untuk kandungan mobil dan digital yang menyaksikan kerjasama antara mereka dengan Alt Media iaitu anak syarikat Media Prima Berhad.
“Kami optimis dengan segala kemudahan yang ada di KRU Studios ini mampu mencapai matlamat kami untuk menerbitkan 12 buah filem setahun menjelang 2014 termasuk dua filem animasi.
“Buat masa ini, sasaran kami menghasilkan lapan judul setahun sehingga 2012. Kami sedar, untuk merealisasikan impian itu, kami tidak boleh melakukannya sendirian.
“Kerana itu, kami mahu menjalin kerjasama selain memberi peluang kepada bakat baru khususnya dalam bidang perfileman yang kami percaya dapat membawanya ke satu peringkat yang lebih tinggi,” kata Edry yang bakal mengarahkan filem muzikal keduanya, 29 Februari tahun depan.
Antara judul filem yang bakal diterbitkan oleh KRU Studios tahun depan adalah Hantu Kapcai, Cinta Kura-Kura dan filem sekuel ketiga Cicak-Man.
>>>>saya memang meminati kumpulan ini sejak dari tahun 1990-an lagi. lagu-lagu pun best juga. antara lagu hits mereka seperti 'Janji Tinggal Janji', 'Apa Saja', '2', 'Perpisahan Terasing'. Di samping itu mereka juga menerbitkan album untuk kumpulan seperti Elite, Indigo dan banyak lagi. Semoga mereka akan tetap menerbitkan lagu-lagu yang pop dan sedap untuk didengar lagi..selain filem-filem yang bermutu tinggi:)....