Saya diberitahu oleh seorang rakan yang Amy Search akan mengadakan Konsert Terbilang Borneo 2011 di Kuching pada 9 Disember nanti. Semestinya beliau akan pasti menyanyikan lagu fav saya, 'Tiada Lagi'..
Tuesday, November 29, 2011
Saturday, November 26, 2011
Salam Maal Hijrah 1433
Rio Ferdinand
Sebagai seorang peminat setia pasukan Manchester United, sudah pastinya saya tidak senang dengan prestasi semasa pertahanan kental Rio Ferdinand. Masalah kecederaan telah menggoyahkan kedudukan beliau di kelab dan pasukan negara, England.Kontraknya dijangka akan tamat pada musim 2012-13 dan terdapat ura-ura menyatakan beliau akan berpindah ke Chicago Fire. Walaupun Ferdinand telah diketepikan dari pasukan England untuk aksi kelayakan Euro 2012, dia masih mampu mencabar untuk mendapatkan tempat dalam kejohanan akhir musim panas depan.
Bekas bintang Leeds dan West Ham ini telah bergelut dengan kecederaan dan masalah tersebut sedikit sebanyak telah menjejaskan sedikit prestasinya di atas padang.
Come On Rio Ferdinand!!!
Wednesday, November 23, 2011
Kemenangan 'Penakut' Ditarik Balik
Saya mengikuti laman Twitter penyanyi Yuna. Dan beliau telah mengesahkan mengenai penarikan balik trofi Lagu Terbaik menerusi Penakut yang dimenanginya dalam Anugerah Industri Muzik (AIM) 18 baru-baru ini.Berlaku kesilapan pada pemilihan pemenang bagi kategori itu sehingga Penakut dinobatkan sebagai lagu terbaik secara keseluruhan walaupun ia tidak memenangi dalam kategori Lagu Pop Terbaik pada anugerah itu.
Turut dilaporkan, anugerah itu akan diserahkan kepada komposer Edry Abdul Halim dan Anuar Zain menerusi lagu Sedetik Lebih yang memenangi dalam kategori Lagu Pop Terbaik.
Pada anugerah itu, Yuna menggondol tiga anugerah iaitu Persembahan Vokal Wanita Terbaik menerusi lagu (Penakut) dan Anugerah Kembara atas pencapaian cemerlangnya di Amerika Syarikat selain Lagu Terbaik (Penakut).
Tuesday, November 22, 2011
Tahniah Harimau Muda
Final Sukan Sea 2011 di Jakarta. Perlawanan yang cukup mendebarkan. Syukur alhamdulillah, pasukan Malaysia berjaya menewaskan pasukan tuan rumah Indonesia dalam sepakan penentuan sepakan penalti 4-3 selepas terikat 1-1 sepenuh masa tambahan.Seperti sedia maklum, Stadium Gelora Bung Karno Senayan di Jakarta sememangnya tempat keramat bagi Indonesia. Difahamkan seramai hampir 80,000 peminat setia pasukan merah putih memberi sokongan padu kepada pasukan negara mereka. Berkat semangat tidak kenal erti penat lelah serta pengalaman beraksi di tempat yang lebih mencabar seolah-olah menjadi perangsang untuk pasukan Malaysia.
Malaysia ketinggalan seawal minit ke-5 melalui tandukan simple oleh pemain bek Indonesia, Gunawan. Pada minit ke 35, Asraruddin berjaya menyamakan kedudukan. 1-1 seterusnya kekal hingga ke sepakan penalti. Skipper Malaysia, akhirnya menjadi wira apabila menyempurnakan sepakan ke-5.
Tahniah sekali lagi Malaysia!!!..Kemenangan yang kedua berturut untuk pingat emas dalam acara bolasepak Sukan Sea.
"We are the Champions"..(Queen)
Labels:
Harimau Muda,
Indonesia,
pingat emas,
sukan sea
Subscribe to:
Posts (Atom)
