Tuesday, June 5, 2012

Kejohanan Euro2012

Kejohanan EURO2012 akan berlangsung tidak lama lagi. Dijangka bermula pada 8 Jun sehingga 2 Julai. Nampaknya, demam bolasepak akan melanda. Tuan rumah bersama Poland dan Ukraine sudah bersedia sepenuhnya.

Difahamkan, juara edisi kali ini akan menerima sejumlah 23.5 juta Euro (RM94 juta) hadiah kemenangan. Seperti kejohanan yang lepas, 16 pasukan akan bertarung dengan dibahagikan kepada 4 kumpulan masing-masing.

Kumpulan A akan menampilkan bekas juara 2004, Greece, tuan rumah Poland, Russia dan juga Republik Czech. Sementara Kumpulan B yang dilabelkan sebagai kumpulan maut terdiri daripada Denmark, Belanda, Jerman dan Portugal.

Crotia, Republik Ireland, Itali dan juara bertahan, Sepanyol berada di Kumpulan C. Kumpulan D pula terdiri daripada tuan rumah, Ukraine, Sweden, Perancis dan pasukan pilihan saya, England.

Jika melihat kepada jadual perlawanan, kesemua akan bermula pada pukul 12 tengah malam dan 2.45 pagi jam waktu Malaysia. Mungkinkah ramai akan mengambil cuti sakit atau cuti tambahan semata-mata untuk menonton perlawanan di kaca tv?

Sebagai seorang peminat setia sukan bolasepak, saya mengambil perhatian penuh kepada setiap edisi EURO. Seperti yang kita sedia maklum, antara kejutan terbesar EURO adalah ketika edisi 1992 di Sweden dimana Denmark telah muncul sebagai juara. Denmark pada awalnya tidak tersenarai antara 8 finalis yang bertanding. Disebabkan negara Yugoslavia ketika itu yang mengalami krisis perang saudara, maka Denmark selaku pasukan di tempat ke dua kelayakan kumpulan selepas Yugoslavia dipanggil untuk memenuhi 8 pasukan.  Aksi memukau Denmark dengan mengalahkan Belanda di separuh akhir dan Jerman di Final menobatkan mereka sebagai juara.

Edisi 2004 pula meletakkan pasukan Greece sebagai juara. Satu lagi kejutan besar dengan mereka menewaskan pasukan tuan rumah, Portugal ketika final 1-0. Itulah bagi saya, antara kejutan dalam sejarah kejohanan EURO.

Macam mana pula dengan sejarah pasukan pilihan saya, England? Bagi saya, edisi 1996 adalah peluang terbaik mereka untuk muncul juara. Selaku tuan rumah, England telah melakukan yang terbaik sehinggalah tewas dengan penentuan penalti pada separuh akhir dengan pasukan juara edisi tersebut iaitu Jerman. 

Untuk edisi kali ini, saya tidak meletakkan pasukan England sebagai pilihan. Mungkin untuk melepasi peringkat kumpulan adalah sebagai kejayaan bagi mereka. Tapi bagi saya pasukan pilihan semestinya Sepanyol, Belanda dan Jerman.

Selamat Menonton di kaca tv!!!..




Sunday, May 27, 2012

Anak Kampung - Jimmy Palikat (Versi 2011 With Lirik)

Lagu selingan yang selalu kedengaran dalam majlis-majlis pada masa kini..suka dengan melodi nya..

Saturday, April 14, 2012

Kempen Kitar Semula

Saya seorang yang minat membaca suratkhabar. Antara yang mesti dibeli setiap hari semestinya Borneo Post dan mana-mana suratkhabar nasional. Pagi tadi, saya sempat menjual suratkhabar lama yang agak lama tersimpan di rumah ke pondok sementara Kempen Kitar Semula.

Kempen Kitar Semula

Kita biasa mendengar 3R iaitu Reuse, Reduce dan Recycle. Antara barangan yang boleh dikitar semula adalah seperti kertas (suratkhabar, majalah), tin aluminium, bateri kereta, plastik, bahan scrap komputer dan sebagainya.

Antara suratkhabar terkumpul yang saya bawa

Tidak semana-mana saya berjaya membawa balik RM20 bagi suratkhabar lama yang saya bawa tersebut. Untuk 1kg= 20 sen. Kalau dicongak berat suratkhabar yang saya bawa adalah hampir mencecah 100kg.

Senarai barang dan harga yang boleh dikitar semula

Terima kasih diucapkan kepada pihak berwajib yang menganjurkan Kempen tersebut. Sedikit sebanyak dapat mendisiplinkan diri kita tentang kebersihan dalam menjaga alam sekitar pada amnya disamping memberikan pendapatan tambahan. Jadi kita perlu meneruskan kempen kesedaran alam sekitar, kebersihan dan kitar semula ini.

Monday, April 9, 2012

Manchester United semakin mara..

Malam tadi saya menyaksikan 2 perlawanan yang penting dalam memburu kejuaraan EPL. Di Old Trafford, MU menewaskan QPR dengan jaringan 2-0. Kemenangan yang dicemari dengan kontroversi penalti dan kad merah.

Sementara, Man City pula semakin menyusut kemaraan mereka apabila tewas dengan pasukan tuan rumah, Arsenal 1-0.

Sebagai seorang peminat setia MU, ia pasti 2 keputusan yang begitu menggembirakan. Dengan berkelebihan 8 mata dengan pencabar City serta berbaki 6 perlawanan, saya rasa tiada masalah untuk mereka memburu kejuaraan EPL yang ke 20 musim ini. Glory, Glory Man United!!

Sunday, April 8, 2012

Sarawak vs Kelantan

Malam tadi, sememangnya perlawanan yang ditunggu-tunggu oleh peminat kedua-dua pasukan.Tidak hairanlah sambutan penonton begitu memberangsangkan yang memenuhi hampir keseluruhan tempat duduk Stadium Negeri. Dan yang lebih menyeronokkan, saya duduk di kelompok sebahagian besar penyokong setia The Red Warrior.

Suasananya begitu menarik dan saya merasakan seolah-olah duduk di stadium 'away'. Difahamkan mereka adalah gabungan guru-guru, kakitangan kerajaan dan pelajar-pelajar IPT yang berada di Kuching ini. Begitulah semangat nya mereka memberi sokongan kepada pasukan negeri. Kehadiran Timbalan Presiden FAM yang juga Presiden KAFA, Tan Sri Annuar Musa juga menambahkan lagi hangatnya perlawanan.

Sebahagian penyokong Kelantan

Berbalik kepada perlawanan malam tadi, pasukan Sarawak menurunkan kesebelasan utamanya. Sementara pasukan Kelantan agak tempang tanpa penjaga gol utama Khairul Fahmi (Apek) dan penyerang utama Nor Syahrol Idlan Talaha (Mat Yo). Sarawak mendahului pada minit ke 12 hasil sepakan percuma yang cantik daripada pemain tengah import, Bwele.

Sehingga tamat separuh masa pertama, pasukan tuan rumah mendahului pasukan pelawat. Dan bermulanya separuh masa kedua, pasukan Kelantan menguasai permainan dengan melancarkan banyak serangan ke pintu gol pasukan Sarawak.

Bwele mengelecek pemain-pemain Kelantan

Kemasukan Mat Yo pada 15 minit akhir perlawanan, seolah-olah menambahkan lagi bisa serangan pasukan Kelantan. Hasilnya, Nor Fahlan Mohamad berjaya menjaringkan gol pada minit ke 88 untuk menyamakan kedudukan 1-1. Sarawak juga terus mengasak pada minit-minit terakhir perlawanan. Banyak peluang disia-siakan. Dan terpaksa berpuas hati dengan keputusan seri 1-1..NGAP SAYOT!!!