Sunday, October 3, 2010

Awang Import

John Hunter bersama Mazelan Wahid..Piala FA 1992..


Baru-baru ini, Naib Presiden FAM yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Tempatan FAM, Datuk Hamidin Amin telah mengumumkan untuk membenarkan penggunaan pemain import bagi musim liga M 2012. Tapi semuanya ini adalah bergantung pula restu daripada Jawatankuasa Eksekutif FAM, Isnin ini.

Jika dilihat, sememangnya usaha ini adalah untuk menarik kembali seri Liga M yang seolah-olah makin dilupakan oleh peminat tempatan. Majoriti stadium lengang dan kosong dan kedengaran hanya jeritan dari pemain, coach yang memberi arahan dan pengadil yang meniup wisel sekali sekala.

Berbalik kepada pasukan negeri kesayangan saya, Sarawak. Walaupun penggunaan pemain import mula diperkenalkan pada Semi Pro 1989, tetapi Sarawak hanya bermula pada tahun 1991 dengan trio dari Australia iaitu John Hunter, Jeff Curran, David Evans dan sudah semestinya coach cum manager Sarawak, Alan Vest. Saya masih ingat lagi kata-kata Vest dalam akhbar tempatan semasa mula-mula mengemudi pasukan Sarawak...'We will play like Manchester United'....:)

Setahun kemudian, pasukan Sarawak berjaya memenangi Piala FA. Kejohanan tempatan yang pertama sekali dimenangi oleh Sarawak. dan selepas itu, awang import pun bertukar ganti..John Hunter tidak bertahan lama dan diganti oleh striker Neathan Gibson. Gibson bukanlah seorang striker yang betul-betul diharapkan. Selalu saja kehilangan bola.

Pada tahun 1997, Alistair Edwards menyertai Sarawak diikuti oleh pemain tengah, Billy Bone. Tahun kemuncak Sarawak di mana telah memenangi Juara Liga Perdana 1997. Ketika itu juga, pasukan Sarawak telah berpindah ke Stadium baru setelah tamatnya Kejohanan Bola Sepak Belia Dunia 1997..

Kemasukan pula pemain dari Afrika seperti Kambou dan Eshun. dan pemain tengah PJ Roberts yang kini bertugas sebagai pengulas sukan ESPN. Hingga sekarang, saya pun tidak berapa ingat lagi dengan nama-nama pemain import Sarawak yang lain. Ada antaranya hanya sempat beberapa bulan sahaja dengan pelbagai masalah masing-masing. Dan yang lebih sakit hati lagi, ada level pemain import lebih rendah dari tahap pemain tempatan..:p

Diharap pasukan Sarawak akan memanfaat pemain trio import untuk kemajuan dan kejayaan pasukan di masa akan datang. Dan yang lebih baik adalah perlu dijalankan ujian pemilihan untuk pemain import. Janganlah hanya berpandukan kepada 'cakap-cakap/janji-janji' kosong dari ejen sahaja..

Monday, September 27, 2010

Manchester United!!!

Sebagai penyokong setia MU, sememangnya saya begitu kecewa dengan keputusan seri 2-2 dengan Sunderland kelmarin. Sepatutnya, MU ambil kesempatan dengan kekalahan Chelsea dan Arsenal untuk terus mengejar persada atasan.

Corak persembahan MU tidak begitu menyakinkan terutama dengan prestasi Rooney yang masih terumbang ambing dengan masalah peribadinya. Apa yang ketara adalah corak berhati-hati yang digunakan. Seolah-olah serangan dari sayap makin tidak menjadi.

MU yang ketika dulu terkenal dengan overlapping pass dari Dennis Irwin, Paul Parker untuk menghasilkan gol.. kelincahan Ryan Giggs ketika zaman mudanya..tak lupa kepada hantaran silang merbahaya Beckham kepada Yorke, Cole & Nistelrooy.....Ronaldo dengan larian kencang dari sayap. itulah yang saya carikan selama ini yang sudah hilang dan tiada kepada pasukan MU sekarang...

dengan perlawanan menentang Valencia dan Sunderland di tempat lawan..diharap MU akan bangkit!!!

Friday, September 24, 2010

Dunia Yang Mengejutkan

Ketika menunggu seruan azan untuk solat Maghrib berjemaah di Masjid Bahagian Kuching beberapa hari yang lepas, saya disapa oleh seseorang. Umur nya boleh lah dikatakan di lewat 50 an ataupun awal 60 an. Berbadan tegap dan sihat hendaknya. Dia pun terus memperkenalkan dirinya.. dan begitu juga saya. Sebenar nya, sudah lama saya memperhatikan beliau sejak saya selalu berjemaah di Masjid tersebut..

Selepas selesai solat Maghrib berjemaah, kami pun berbicara kembali. Rupa-rupanya, beliau adalah seorang penulis buku. Dia pun memperkenalkan buku yang ditulis nya. "Dunia Yang Mengejutkan"..Research yang telah dilakukan nya sendiri sejak 20 thn yang lepas. Boleh tahan juga lelaki tersebut. Berkereta BMW hitam. Ketika saya hendak membayar buku tersebut, beliau menolak nya. Katanya beliau selalu berjemaah di Masjid tersebut. Bila-bila masa pun boleh bayar...

Beliau menceritakan tentang pengalaman hidup nya dan diceritakan dalam buku tersebut. Saya sudah membaca hampir separuh darinya. Ia adalah berkisar tentang agama Islam dan permasalahan yang berlaku pada masa sekarang. Begitu hebat sekali buku tersebut..

Akhir sekali, beliau sempat menasihati saya, untuk berjaya dan keberkatan dalam hidup..jangan tinggalkan solat!!!...

Insya-allah!!!

Friday, August 6, 2010

Hampir 2 bulan lebih...

yeah...saya kembali lagi..

Mungkin hampir 3 bulan saya tidak meng'update' kan diri dalam blog ini. Sepanjang 1 bulan Kejohanan Bola Sepak Piala Dunia, saya juga menyepi dan tiada langsung menghebohkannya di sini.

Bulan Ramadhan akan menjelang tiba tidak lama lagi..jadi tidak lama juga perayaan Hari Raya Puasa juga akan menyusul..

Insya-allah, saya akan kembali aktif memblog kan diri lagi....tungguuuuuuuuuuu!!