Thursday, January 30, 2014

Happy Chinese New Year 2014


My Journal wishing all especially Chinese readers, Gong Xi Fa Cai. May this year of the horse be filled with abundance, happiness and prosperity. :)

"HAPPY CHINESE NEW YEAR 2014"

Tuesday, January 14, 2014

Salam Maulidur Rasul 1435H / 2014M


My Journal ingin mengucapkan kepada seluruh umat Islam, Salam Maulidur Rasul. Semoga kita sentiasa memantapkan keyakinan, meningkatkan kecintaan, mencontohi perlakuan dan menghayati Al-Quran dan sunnah Rasulullah SAW . Perbanyakkanlah berselawat. Sekurang-kurangnya minimum 100 kali sehari. Amalkan. Insya- Allah..:)

Saturday, January 4, 2014

Bolasepak Piala Dunia

PAGI tadi, membaca mengenai penjelajahan trofi Piala Dunia ke 88 buah negara. Kebetulan semalam trofi bolasepak yang paling berprestij tersebut berada di ibu negara untuk dipamerkan sementara bagi tontonan umum.

Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaludin bersama trofi Piala Dunia

Pada tahun ini, kejohanan 4 tahun sekali tersebut akan berlangsung dari 12 Jun hingga 13 Julai di Brazil. Perlawanan dijangka bermula sekitar jam 1 pagi hingga 8 pagi waktu tempatan. Semestinya demam bolasepak akan melanda tidak mengira jantina dan umur pada umumnya.

Pasukan yang saya sokong? Semestinya England. Pada edisi kali ini, mereka diletakkan sama kumpulan dengan Italy, Uruguay dan Costa Rica. Peluang untuk melepasi ke pusingan kedua agak mencabar. Sama-sama kita tunggu dan lihat nasib mereka.

Ingin juga nak berkongsi mengenai sejarah ketika saya mengikuti Piala Dunia pada kejohanan sebelum ini. Saya nak mulakan pada tahun 1986. Ketika itu masih di darjah 2. Apa yang saya ingat penaja ketika siaran langsung di Malaysia adalah Benson & Hedges. Mexico menjadi tuan rumah kejohanan. Pemain tumpuan semestinya Diego Maradona dan pasukan Argentina yang muncul juara setelah menewaskan Jerman Barat 3-2 di final. Pasti anda tidak lupa dengan kelincahan Maradona sepanjang kejohanan dan jaringan menggunakan tangan ketika menewaskan England di suku akhir.

Jaringan tangan oleh Maradona ketika menentang England, Piala Dunia 1986

Pada tahun 1990, kejohanan berlangsung di Italy. Dianggap sebagai edisi yang agak hambar dan membosankan. Kedua-dua separuh akhir ditentukan dengan sepakan penalti. Sekali lagi, final menemukan Jerman Barat dan Argentina. Akhirnya, Jerman berjaya membalas dendam dengan jaringan gol penalti 5 minit sebelum tamat permainan oleh Adreas Brehme. Selepas kejohanan tersebut, FIFA memperkenalkan peraturan hantaran ke belakang kepada penjaga gol bagi mempercepatkan dan merancakkan tempo permainan.

Cameroon menewaskan juara bertahan Argentina ketika aksi pembukaan Piala Dunia 1990

Edisi di USA pada tahun 1994. Ketika itu, saya berada di tingkatan 4 sekolah berasrama penuh. Agak terhad masa untuk menonton perlawanan. Walaupun begitu, pelajar dibenarkan menonton pada hujung minggu atas pengawasan guru warden di bilik khas. England tidak layak ke pusingan akhir. Final ditentukan dengan sepakan penalti. Brazil menewaskan Italy. Semestinya, anda tidak akan melupakan gandingan Romario, Bebeto bersama Brazil.

Marzinho, Bebeto dan Romario. Pastinya aksi yang tidak dilupakan ketika meraikan gol Piala Dunia 1994

Kejohanan pada tahun 1998 pula kembali ke Eropah. Kali ini, France selaku tuan rumah. Edisi tersebut kebetulan saya tengah cuti semester sebulan. Dan peluang sepenuhnya menonton perlawanan. Siapa tidak ingat dengan kelincahan Michael Owen yang menjaringkan gol solo ketika pertembungan pusingan suku akhir dengan Argentina. Namun, England tewas dengan penentuan sepakan penalti. Final, pasukan tuan rumah menewaskan Brazil dengan 3-0. Aksi garang dari Zinedine Zidane yang menjaringkan 2 gol dan aksi yang 'kehilangan' bagi Ronaldo dari Brazil.

Jaringan solo Michael Owen ketika menentang Argentina pada Piala Dunia 1998

Tuan rumah pertama bagi Asia pada tahun 2002. Korea Selatan bersama Jepun. Yang menariknya, perlawanan berlangsung pada tengahari sehinggalah awal malam pada waktu tempatan. Ketika itu, saya masih berkerja secara shift di kilang. Ada ketika memohon cuti seminggu semata-mata untuk menonton perlawanan. Pasukan tuan rumah bersama, Korea Selatan mara sehingga jauh ke peringkat separuh akhir. Namun, tewas kepada pasukan Jerman. Final, Brazil menang ke atas Jerman 2-0 hasil jaringan 2 gol oleh Ronaldo.

Cafu dan rakan sepasukan Brazil meraikan kemenangan Piala Dunia 2002

Pada tahun 2006, kejohanan kembali lagi ke Eropah dengan Jerman selaku tuan rumah. Apa yang saya ingat, ketika perlawanan suku akhir antara Portugal dan England. Aksi pergaduhan oleh rakan sekelab United, Rooney dan Cristiano Ronaldo yang menyaksikan Rooney dikenakan kad merah. Perlawanan yang menyaksikan kemenangan Portugal. Final mempertemukan Italy vs France dengan kemenangan Italy dalam penentuan sepakan penalti. Zinedine Zidane dikenakan kad merah akibat mengasari Materazzi dengan menggunakan kepala.

Tandukan kekasaran oleh Zidane ketika aksi final Piala Dunia 2006

Edisi 2010 berlangsung buat pertama kali di benua Afrika. Kali ini, Afrika Selatan selaku tuan rumah. Sepanyol bermula dengan tewas kepada Switzerland pada aksi pertama. Namun, akhirnya menang pada Final setelah menewaskan Holland hasil jaringan Iniesta. Semestinya, bagi peminat England pasti tidak dapat melupakan jaringan Lampard yang tidak dikira ketika menentang Jerman pada pusingan kedua.

Bola yang sudah melintasi garisan gol oleh Lampard pada aksi Piala Dunia 2010. 

Begitulah serba ringkas mengenai kejohanan Piala Dunia pada edisi yang lepas. Pastinya, saya akan bercerita lagi mengenai Piala Dunia pada artikel akan datang.

Wednesday, January 1, 2014

SELAMAT TAHUN BARU 2014

Hari ini genap 1 Januari 2014. Terima kasih diucapkan kepada tahun 2013. Tahun yang pasti menyimpan segala suka duka kehidupan. Semoga tahun baru mendatangkan kebahagiaan dan kebaikan untuk anda semua. Bersama kita mengharungi cabaran tahun 2014 dengan tenang dan berkesan. Terima kasih kerana sentiasa memberi sokongan kepada blog My Journal selama ini...:)