Tuesday, August 30, 2011

Selamat Hari Raya Aidlifitri


Hari Raya Aidilfitri tiba lagi. Ianya disambut menandakan kesyukuran umat Islam diatas kejayaan mereka melaksanakan fardhu puasa sepanjang bulan Ramadhan.

Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya kepada sanak saudara, sahabat taulan dan rakan-rakan yang meraikannya. Maaf zahir dan batin jika ada tersilap kata dan tingkah laku amnya.

Saturday, August 20, 2011

Malam Lailatul Qadar

Malam Lailatulqadar merupakan amalan yang sengaja dirahsiakan Allah SWT sebagai ujian kepada umat Islam dalam mencari rahmat dan kasih sayang-NYA. Malah, jika dihitung: seribu bulan adalah bersamaan 83 tahun dan 4 bulan, ini bermakna satu malam ini saja adalah lebih baik daripada seluruh umur seseorang.

Marilah sama-sama kita mengerjakan nya. Kadang-kadang mood raya seolah-olah sudah menenggelamkan pengertian ibadah puasa yang sebenarnya. Saya mempunyai beberapa rakan yang sanggup mengambil cuti 10 hari sebelum raya setiap tahun semata-mata untuk mengerjakan ibadah tambahan sebelum raya. Dan tidak pula mereka memanjangkan cuti ketika berhari raya..

Mudah-mudahan, dalam menghitung hari terakhir Ramadhan kita dapat bermuhasabah diri. Insya-Allah..

Saturday, August 13, 2011

Musim baru English Premier League 2011/2012

Selepas berehat selama 83 hari, musim baru English Premier League 2011/12 akan bermula malam ini. Seperti kebiasaannya, 20 pasukan akan berentap dengan tiga pasukan baru iaitu Queens Park Rangers, Norwich dan Swansea akan beradu tenaga dalam pertembungan kali ini.

Pasukan pilihan?. Semestinya saya memilih Manchester United untuk kekal menjadi juara kali ini. Jika dilihat dari prestasi semasa, musim baru ini mereka lebih hebat dan berpengalaman. Sebuah pasukan yang tidak mengenal erti kekalahan dan sentiasa mengejar kejuaraan.

Pasukan yang dijangka akan sentiasa mencabar ialah Chelsea, Liverpool dan Manchester City. Arsenal dan Tottenham pula mungkin tidak seberapa jika dibandingkan dengan 3 pasukan tersebut.



Selamat maju jaya kepada true die hard fan pasukan masing-masing. Nampaknya, kali ini kita akan 'berperang' lagi di wall facebook (FB)...hehehe..:)

Friday, August 12, 2011

London Riots 2011

Video yang memaparkan Muhammad Asyraf di serang disiarkan dengan meluas di laman web Youtube. Pelajar Malaysia yang mengambil jurusan Akaun atas tajaan MARA tersebut teruk dibelasah oleh sekumpulan 20 remaja dan kanak-kanak. Beliau difahamkan sedang berbasikal dengan seorang rakan di timur London 3 hari lalu untuk membeli juadah berbuka puasa apabila dibelasah.



Kejadian itu menggemparkan Britain sehinggakan Perdana Menteri Britain, David Cameron menyifatkan ia sebagai satu tanda-tanda keruntuhan moral dan akhlak masyarakat di Britain. Sebagai rakyat Malaysia, ketika menyaksikan video tersebut saya begitu sedih dan rasa marah dengan perkelakuan remaja Britain tersebut.

Keadaan di London sudah beransur pulih. Namun, ia telah menular ke Manchester, Birmingham dan Liverpool. Perlawanan pembukaan EPL untuk musim baru 2011/2012 pada penghujung minggu ini menyaksikan hanya satu yang tertunda iaitu Tottenham vs Everton di London.

Tuesday, August 9, 2011

Aizat-Pergi with lyric

Awal pagi tadi ketika menuju ke pejabat terdengar lagu ini, di sebuah stesen radio. Saya suka betul dengan liriknya. Begitu puitis dan meaningful sekali...

Sunday, August 7, 2011

Piala Perisai Komuniti (Community Shield) 2011

Malam ini pertembungan jiran setempat Manchester iaitu United dan City dalam Community Shield pastinya dinantikan oleh peminat kedua-dua pasukan. Perlawanan juara EPL dan juara Piala FA di Wembley bukan sekadar pemanas badan sebelum bermulanya musim baru minggu depan tapi dianggap sebagai perlawanan yang penting untuk kedua-dua pengurus pasukan.

Kali terakhir mereka bertemu di Community Shield yang dulunya dikenali sebagai Charity Shield ialah pada tahun 1956 yang dimenangi oleh MU dengan 1-0. City pada musim baru ini adalah pencabar utama untuk United dalam mempertahankan kejuaraan EPL yang lepas. Pemilik City telah berbelanja besar untuk memantapkan lagi pasukan. Namun, kewangan yang hebat bukan menjamin kegemilangan sesebuah pasukan.

Pada pengamatan saya, kerancakan pertembungan mereka dalam musim yang baru ini, 2011-2012 adalah sebagai ulangan kepada pertembungan jiran setempat Merseyside pada tahun 1980-an antara Liverpool dan Everton.

Sebagai peminat setia MU, semestinya saya mengharapkan kemenangan malam ini berpihak kepada mereka. GLORY, GLORY MAN UNITED!!!!

Saturday, August 6, 2011

Undian Piala Malaysia 2011

Petang semalam ketika membeli juadah berbuka puasa di Satok, saya menerima satu sms dari seorang rakan yang juga 'die hard core fan' bolasepak tempatan. "bro, petang tok pkl 6 ada live draw Msia Cup". Yeah, memang tepat sekali.

Majlis undian disiarkan secara live melalui Astro Arena yang julung kalinya diadakan di Stadium Bukit Jalil, KL. Dan juga buat pertama kalinya disaksikan sendiri oleh Menteri Belia dan Sukan.

Undian kali ini dibahagikan kepada 4 kumpulan. Dengan setiap kumpulan diwakili oleh pasukan top seedings Liga Super iaitu Kedah, Terengganu, Kelantan dan Selangor. Pasukan negeri Sarawak diundi bersama dengan pasukan Kelantan, Johor FC dan juga Felda United di Kumpulan C.

Pasukan Sarawak akan berentap di Stadium Negeri, Kuching. Difahamkan akan bermain pada sebelah malamnya setelah pihak kontraktor menyiapkan maintenance lampu limpah. Dengan kejayaan bolasepak negara di Piala AFF, sokongan yang semakin meningkat kepada pasukan negara serta persembahan yang mantap pasukan negeri Sarawak di Liga Perdana, saya pasti penonton akan membanjiri Stadium Negeri ketika saingan Piala Malaysia pada bulan September nanti.

SAYOT NGAP SAYOT!!!

Thursday, August 4, 2011

OGOS 2011


Pada hari ini genap 4 hari umat Islam menunaikan puasa di bulan Ramadhan dan tepat 4 hari juga kita berada di bulan Ogos 2011. Tidak merasa langsung, begitu cepat masa berlalu pergi. Sudah semestinya, sambutan perayaan Hari Raya pada penghujung bulan adalah bersamaan dengan sambutan Hari Kemerdekaan Negara yang ke -54.

Adek dan Akak pun bergembira di bulan Ramadhan..

Dan sebagai peminat setia bolasepak EPL, musim baru 2011/2012 sememangnya dinantikan. Pada penghujung minggu ini, perlawanan Piala Sumbangsih antara pasukan fav, MU menentang jiran setempat Man City. Pada 13 hb depan, bermulalah pembukaan EPL. Diharap MU dapat mempertahankan kejuaraan EPL dan terus menggandakan kemenangan kepada 20th pada penghujung musim nanti. Insya-Allah..


Sebelum mengundurkan diri, selamat berhibur dengan kumpulan lama dari Manchester iaitu Herman's Hermit dengan lagunya My Sentimental Friend..